Outdoor Family Potraiture: Hatta’s Family Part 1

28 12 2009

Salam. Tarikh 27 Disember 2009 akan menjadi detik yang akan aku ingati dalam melangkah ke dunia menjadi ‘tukang ambik gambar’ yang baru belajar bertatih. Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya aku dapat juga ambil tugasan sendiri untuk mengambil gambar ‘family potraiture’ seperti yang aku idamkan.

Terima kasih kepada sahabat baik aku Hatta dan isteri beliau yang memberi kepercayaan pada aku untuk merakam detik2 ceria family mereka. Walaupun pada tarikh asal untuk untuk sesi ini hujan turun dengan lebatnya dan dengar khabar ramai sahabat2 yg menunda sesi outdoor pada hari sabtu 26 Disember. Dan aku juga terpaksa menunda harinya. Kalau majlis kawin mahu tak mahu kena gak ambik gambar rasanya…sebab semuanya dah ditempah dan disewa..termasuk pakaian dan tukang ambik gambar yang banyak tugasan di hari lain.

Sedikit gambar muqaddimah dari aku untuk Hatta’s Family di sekitar Masjid Negeri dan Tasik Shah Alam. Nanti next entry aku masukkan lebih banyak gambar dan cerita.

Terima kasih Ieja dan Darwisya yang comel sangat walaupun susah nak senyum. Nanti gambar2 akan menyusul lagi dalam part 2.

Nota: Kepada Pn Wahida’s family tarikh 3 Januari 2009 kita jumpa ambik gambar yang cantik2 kat Putrajaya. Kalu sifu aku free aku ajak dia sekali.





Klik Detik Ceria Anak-anak kita

25 12 2009

Salam, sedikit gambar yang mungkin anda sentiasa lihat tentang keletah anak2 anda. Jika anda sempat snap gambar tersebut ia mungkin menjadi satu detik indah anda dan anak-anak anda.

Mengambil gambar anak-anak memerlukan sedikit kesabaran untuk dapat detik yang tak dijangka…kerana anak2 agak susah bila disuruh ‘posing’. Tak macam suruh pengantin ‘posing’. Tapi ambik gambar pengantin pun susah jugak rupanya. Ingat dulu main ambik je….hee..hee

Jadi layan lah sikit detik2 indah jika anda mencuba untuk mencipta detik ini. Hubungi lah saya…hee..hee







Anak2 adalah harta yang ternilai harganya. Hilai, tawa, tangis dan sebagainya….jika dapat dirakam dan dapat diabadikan membuat kita tersenyum bila menatapnya.

Jagalah anak2 kita sebaik2nya..dengan agama dan ilmu. Bukan dengan harta dan kemewahan semata2.

Menunggu detik ‘jobs’ pertama aku petang esok ’shoot’ family potraiture kawan baik aku En Hatta n Family. Arap2 esok petang cuaca baik insyallah. Hatta esok jumpa kat masjid wokey!!!





Family Potraiture: Baby Face

21 12 2009

Salam, entry kali ni nak expose sedikit gambar2 B/W atau hitam putih untuk baby dan anak2 kecil.

Senang ke ambik gambar ‘baby’ kecik ni. Agak senang jugak jika dia tak menangis. Mula2 kena standby mak dia kat sebelah…past tu kena standby susu dia…kalu dia dah mula nangis kita snap la muka dia yang cute tengah nangis tu…best gak…

Jika nak best lagi ‘baby’ tu perlulah buka semua pakaian dia. Aku ambik gambar2 ni mula aku buka semua sampai bogel ‘baby’ ni. Past tu dah lam sikit pakaikan lah pempers dia….

Kalu ‘baby’ tu dah pandai senyum kira orait dan cute la….kalu dapat baby tembam lagi best nak shoot….

Layan sikit gambar2 dalam percubaan aku yang baru belajar nak ambik ‘job’ shoot gambar2 cam ni. Ada dah kawan2 yang bagi respon nak suruh shoot gambar family diaorang….tapi korang kena ready la ngan keletah anak2 korang nanti….

Layan….

gambar baby bawah kain ni memang best nak shoot….


aku hanya harapkan cahaya semulajadi…no flash..tapi ok gak la bagi aku yang baru ni…

Layan gak gambar kaler2


Aku guna selimut anak2 je wat backgroud belakang…jika ada kain putih lebar2 lagi best jadi background….yang penting kata sifuu aku kena kreatif dalam bekarya ni…haa..haa..macam bagus je aku ni…apa2 pun belajar tetap belajar.

Ok..kepada kengkawan yang dah bagi date nak shoot gambar family korang tu…bolehlah fikir2kan tema baju apa yang korang nak pakai…sebab ni bukan majlis sanding..tak de tukang make up…sendiri make up pun jadik la…

Tajuk cover tu leh tukar2..jika korang dipanggil Pa & Ma taurk la pa & ma. Kalu taruk Ayah n Ibu kita tukar lak tajuk tu….korang leh e-mail aku zakuan@e-zakat.com.my atau komen je kat sini…atau tepon aku
019-3880575…jika berminat.





Hot FM Zoomer: Kenapa Aku suka ngan kerja aku??

17 12 2009

Salam, entry kali ni nak citer sikit gak pasal kerja aku. Aku pun percaya semua orang ada kerja. Masing-masing ngan kerjaya masing-masing. Dan aku percaya setiap benda yang Allah cipta mesti kena ada pekerja yang menguruskannya.

Yang aku nak sebut kat sini samada kita antara suka, minat, paksa atau main-main dalam kerja kita. Ada orang boleh kerja 24 jam sehari. Ada orang kerjanya cuma goyang kaki. Ada gak kerja dia cungkil gigi..korang tahu kan tu kerja ‘doktor gigi’…kawan ni lah ada sorang yang jadi doktor gigi buat lawak macam ni. Jika nak sebut pasal jenis2 kerja ni rasanya tak abis.

Aku ingin berkongsi ilmu dangan kengkawan tentang kerja ni. Aku dapat info dakwah masa hari aku ngan kengkawan ofis aku nak jawab soalan ‘exam’ pada 5 disember yang lalu. Ofis aku setiap tahun semua kakitangan wajib menghadiri ‘exam’ ujian kefahaman dan kecekapan kakitangan untuk memenuhi salah satu daripada ‘penilaian’ prestasi tahunan.

Macam biasa sebelum ‘exam’ kami akan dihidang dulu dengan ceramah agama. Yang bestnya ceramah hari tu cukup memberi aku beberapa ilmu baru pasal menjadikan kerja itu ibadah.

Ustaz hasrizal atau korang leh masuk blog dia saifulislam.com memang best memberi penyampaian hari tu. Beliau manyatakan ada 4 jenis pekerja biasanya dalam satu2 organisasi ni.

Pertama: Pekerja yang datang kerja kerana terpaksa.
Kedua: Pekerja yang datang kerja kerana niatnya nak cari rezeki sahaja.
Ketiga: Pekerja yang datang kerja sebab nak cari rezeki dan sebab tanggungjawab.
Keempat: Pekerja yang datang kerja untuk cari rezeki, tanggungjawab dan yang penting adalah memikirkan dengan bekerja dia mendapat pahala. Allah yang tentukan pahala kerja selagi kerja kita halal.

Huu…huu panjang pulok aku menaip ni…tajuk atas lain aku tulis lain. Tapi aku suka ngan kerja aku sekarang ni…nanti aku bagi tahu sebab2nya. Part2…mcm best je bunyi nye. Aku suka w’pn kengkadang aku kena kerja hari minggu.

Tak pe korang layan gambar aku snap masa buat kerja2 marketing tempohari..sambil2 dalam proses belajar ambik gambar…








Geng2 pemisah…..skuad marketing ni…aku tukang pandu arah je…tu tak de dalam gambar..

Program siangnya ngan skuad viva zoomer hot FM..esoknya ofis aku punya team futsal frenly ngan team Futsal Hot FM pulok….dapatlah bergambar sebelah Kiran…D.J HotFM tu….aku pun baru kenal..biasanya dengar suara je…

Team aku yang badan kecik2 tu je..yang macam pemain ragbi tu semua pemain HotFM. Acaii malam tu nak datang tapi kesian dia motor dia pancit kat federal higway….biasa dia yang kaki shoot ni….tapi kadang2 dia shoot goll sendiri…haa..haaa..tapi untu tempoh sejam pertama kami menang..la…lepas dah masuk jam kedua semua dah abis angin….

Malam ni layan Malaysia vs Vietnam….

Korang jangan terkejut pulok bila dengar iklan zakat dekat Hot FM…dakwah ni kena ikut peredaran masa.betul tak??

Yang penting aku dapat ambik gambar…heee..heee

Last skali nak promote jugak…





Suatu Permulaan:Family Potraiture

13 12 2009

Salam semua, entry kali ni ialah satu titik tolak aku dalam permulaan untuk terjun ke bidang yang dinamakan fotografi. Seperti mana niat awal aku ialah untuk bersama-sama merakam detik2 ceria family aku bersama kawan karib aku “acai” dan dari situ aku memasang azam aku akan cuba juga melangkah dalam mencipta kerjaya ini.

Kata orang kalau tak cuba mana nak tahu. Orang juga kata jika kita buat apa yang kita minat insyaallah kita akan bersungguh ke arah itu. Dan dalam kesempatan proses belajar ini aku akan cuba jadikan azam aku ini satu kenyataan. Dan azam ini akan bermula dengan tahun baru hijrah 1431 yang akan datang.

Jadi kepada kawan2 atau kenalan di luar sana yang ingin merakam detik2 ceria keluarga mereka ,aku akan cuba lakukan yang terbaik.

Sedikit gambar dalam proses pembikinan album Family Potraiture. Jika anda berminat bolehlah hubungi aku.













Kita mungkin boleh berkongsi pengalaman membesarkan anak2 dengan bercerita. Tetapi jika kita bercerita dengan gambar ianya akan lebih menggambit nostagia. Abadikan kenangan2 ‘ceria’ family kita kerana gambar boleh menceritakan segala-galanya dan boleh disimpan sampai kita dan bergelar warga emas…hee..hee

Nota: gambar2 ni diambil dilokasi padang awam berdekatan masjid Negeri Shah Alam. Bukit2 tu cuma rendah je. Banyak composisi gambar belajar dari sifu acai masa dia ’shoot’ gammbar family aku tempoh hari. Thanks acai banyak memberi ilmu kat aku dan kepada kawan2 fotografer lain yang serius dalam bidang ‘fotografi perkahwinan’. Insyallah jika diberi izin Nya aku pun nak gak ambik gambar ‘wedding’ ni. Aku dah ada ambik dah sikit2 gambar2 kawin kawan2, sedara dan ‘client’ makcik aku kat kampung. Kena bersabar sikit nak beli ‘gear’ baru…..tapi belajar tetap belajar.

Sesaper nak email aku leh emailkan kat zakuan@e-zakat.com.my. Bolehlah korang nak tanya pasal zakat dan pasal ambik gambar.





Zakat:Blog dalam penambaikan

10 12 2009

Salam, terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada pembaca2 blog ini dan kawan-kawan. Buat masa ini aku sedang dalam proses menambahbaik paparan di blog aku ini.

Lagi satu bulan 12 ni adalah bulan paling sibuk dalam diari kerja aku dan kawan2 lain se’ofis’. Maklumlah masa hujung2 tahun macam ni lah orang ramai berkejar2 nak bayar ‘zakat’ kerana mungkin dah cukup haul, cukup dah harta nak bayar, atau dah semput2 dah masa.

Bagi aku yang ada kat bahagian pemasaran ni lagi2 nak kena buat last persiapan menghadapi gelombang pembayar2 yang akan datang ke kaunter zakat, pembayar internet banking, pembayar potongan gaji, pembayar melalui macam2 cara lagi muslim yang akan melunaskan zakat mereka.

Aku dan kakitangan zakat yang lain biasanya bulan 12 ni wajib bekerja 7 hari seminggu dalam waktu2 macam ni. Bila 28,29 dan 31 disember biasanya kami akan kerja sampai jam 9.00 malam dan mungkin ada kaunter yang lebih dari tu jika ramai yang datang membayar.

Jadi kepada sesiapa yang ada kat luar tu cepat2 lah datang bayar zakat. Jangan last minit baru nak muncul kat depan pintu. Satu lagi bulan 12 ni kami banyak cenderahati nak bagi kat pembayar.

Aku bertugas kat kaunter puchong. Saper2 nak jumpa sifu acai kena la gi kat kaunter kajang. Selamat berzakat.

Ada gak sikit gambar dalam proses upgrade level belajar ngan acai. Nanti blog makin baik aku akan uploadkan lebih banyak gambar. Layannn dan terima kasih kepada yang layan blog aku ni.

Gambar kategori family potraitureyang aku belajar ambik. Wan Noor dan Mufid Mikail

Kepada kawan2 aku yang nak ambik gambar free family potraiture mereka bolehlah aku tolong ambikkan. Makin banyak aku ambik gambar makin banyak aku belajar.





Selamat Hari Raya Aidil Adha

25 11 2009

“Larangan Menjadikan Bahagian Korban Sebagai Upah”..

Salam tajuk di atas mungkin nampak simple tapi perlukan sedikit kefahaman hukum untuk kita yang bakal menjalani ibadah korban sempena ibadah korban di hari raya Korban nanti. Jagi bacalah ini sebagai panduan kita bersama. Semoga ibadah kkorban kita tidak menjadi sia-sia.

Menjelang musim hariraya kurban, maka peringatan-peringatan yang berdasarkan kepada as-Sunnah perlu diulangi agar para pelaksanaannya tidak melanggari batasan yang digariskan.

Seluruh para fuqaha bersependapat bahawa adalah haram hukumnya daging sembelihan kurban(al-Adhiyah) itu dijual. Kata Ibn Rusy di dalam Bidayah al-Mujtahid: “Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging kurban” (jld. 1, m.s. 703, cetakan Dar al-Khair, Beirut)

Perkara ini telah diketahui oleh kebanyakan kita, namun ada yang terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging kurban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah dari kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja. Larangan memberikan daging atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadith-hadith yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim.

Riwayat-riwayat hadith tersebut adalah daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)
Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali: “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.

Walaupun hadith di atas berkaitan dengan sembelihan haji namun sama juga hukumnya dalam masalah kurban. Apa yang penting ialah larangan dari menjadi sembelihan yang disembelih bagi melaksanakan suatu tuntutan ibadat sebagai bahan jual beli, iaitu membeli tenaga kerja dengan bayaran daging sembelihan kurban atau al-hadi (sembelihan haji).

Ini telah dijelaskan oleh al-Imam as-Son `ani dalam Subulus as-Salam, katanya: Hadith ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binantang kurban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan sebabkan kedudukan sebagai upah. Hukum sembelihan kurban sama juga dengan hukum sembelih haji dimana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya. (jld. 4, m.s. 148 cetakan Dar al-Ma’rifah, Lubnan)

Dengan hadith di atas jelas bahawa dilarang sesiapa yang melakukan kurban memberikan daging atau apa-apa bahagian yang boleh dimanfaatkan dari binatang kurban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah, seperti memberi daging atau kulit atau apa yang ada dibelakang binatang tersebut seperti pelana dan lain-lainnya. Sehingga al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim mengkritik pendapat Hasan al-Basri yang membenarkan diberikan kulit kepada penyembelih atau pelapah. Al-Imam an-Nawawi terus mengulas ringkas pendapat ini dengan katanya: “Pendapat ini telah memcampakkan (membelakangi) sunnah” (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)

Ketika mengulas hadith ini, al-Imam al-Imam an-Nawawi menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim: “Hadith ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan kurban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)

Maksud al-Nawawi ialah dengan perbuatan ini bererti kita telah menjual daging kurban sebagai tukaran dengan khidmat penyembelihan. Ini juga boleh dikiaskan dengan sebarang upah yang diberikan dari sembelihan korban maka sama hukumnya iaitu haram.

Al-Imam al-Nawawi sekali lagi menegaskan pendirian al-Mazhab al-Syafi`i di dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu’: “Telah sepakat al-Imam al-Syafi`i dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafi`i bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah (الهدي) dan sembelihan kurban dijual. Samada ia kurban nazar atau sunat. Ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih ..”(juz. 8 m.s. 419-420 ctk. Dar al-Fikr, Beirut)

Kata al-Imam Taqiyuddin al-Syafi`i di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar: “Tidak boleh dijadikan bahagian dari kurban itu sebagai upah untuk penyembelih walaupun kurban itu adalah kurban sunat.( m.s. 149 ctk. Dar So`ab, Beirut.)

Kata Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris iaitu seorang ulama dari Jordan dalam kitabnya Ahkam al-Zabaih fi al-Islam: “Tidak halal (haram) bagi sesiapa yang melakukan kurban memberi walaupun sedikit bahagian kurban kepada penyembelih sebagai upah sembelihan atau melapah.( m.s. 143. Ctk.: Maktabah al-Manar, Jordan)

Seperti yang ditegaskan tadi bahawa termasuk dalam larangan ini ialah memberikan bahagian kurban kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengurusan kurban atas dasar upah atau kerja yang dilakukannya

Mungkin akan timbul persoalan apakah para petugas sembelihan tidak memperolehi apa-apa ganjaran dari kerja yang mereka lakukan? Kita perlu jelas bahawa hadith-hadith tersebut bukan melarang memberikan upah kepada para peneyembelih atau pelapah. Larangan dalam hadith-hadith berkenaan hanya jika upah itu diambil dari bahagian kurban.

Adapun jika upah itu berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian kurban maka itu adalah tidak termasuk dalam larangan, bahkan adalah sepatut kerja dan tenaga seseorang itu dibayar upah. Sebab itu dalam riwayat tambahan al-Imam Muslim yang disebutkan tadi, Saidina Ali menyebut: “Kami memberikan kepada penyembelih atau pelapah dari harta kami sendiri. Ertinya mereka akan tetap mendapat ganjaran dari hasil kerja mereka melalui upah yang beri dari wang atau sebagainya tetapi bukan upah itu tidak diambil dari bahagian kurban.

Setelah melihat penjelasan ringkas ini maka perlulah kita sedari kalaulah amalan ini diteruskan iaitu mengambil mana-mana bahagian dari binatang kurban yang disembelih samada daging, kulit atau sebagai upah bererti kita telah merosak pahala kurban yang dijanji dan kurban kita terbatal. Kata Mustafa al-Khin dam Mustafa al-Bugha dalam Al-Fiqh al-Manhaji ketika menjelas fiqh kurban di dalam mazhab al-Syafi`i: “Tidak boleh untuk sesiapa yang melakukan kurban itu menjual atau memberinya kepada penyembelih sebagai upah sembelihan, kerana ini mengurangkan apa yang dikurbankan dan merosakkannya”.( juz 1 m.s.235. Ctk. Dar al-Qalam, Damsyik.)

Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dari bahagian kurban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah. Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya. Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan kurban.

Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: “Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikurban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa“. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Ini seperti memberikan kepada penyembelih di atas dasar kemiskinan atau persahabatan yang sekirannya tanpa kerja yang telah dilakukan pun dia tetap akan diberikan. Dalam contoh yang lain, diberikan kepada penyembelih atau pelapah atau petugas upah mereka dalam bentuk wang umpamanya, kemudian ketika dibahagi-bahagikan daging kepada orangramai maka turut diberikan kepada penyembelih atau pelapah atas dasar pemberian biasa, setelah mereka memperolehi upah yang sebenar dalam bentuk wang. Perkara seperti ini tentulah dibolehkan kerana pemberian itu tidak lagi di atas dasar upah dari bahagian kurban kerana upah yang sebenar telah mereka perolehi.

Kata as-Syaukani dalam Nail al-Autar bahawa diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah dan al-Baghawi bahawa dibolehkan memberi bahagian kurban kepada penyembelih jika dia adalah seorang yang fakir dan setelah diberi kepadanya upah yang lain (selain dari bahagian kurban). ( juz. 5 / m.s. 221, Ctk. Dar al-Jil, Beirut)

Apa yang dikehendaki dari keterangan di atas, agar bahagian yang diperolehi oleh penyembelih atau pelapah atau petugas itu tidak disebabkan oleh kerja yang dilakukannya. Jika ini berlaku bererti telah melanggar larangan Rasulullah dan membatalkan kurban.

Setelah kita melihat dalil yang sohih iaitu larangan baginda Nabi dalam hal ini serta ulasan yang jelas yang dibuat oleh para ulama, maka hendaklah kita menjaga agar tidak melanggarnya seperti yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat. Cara penyelesaiannya telah ditunjukkan oleh Saidina `Ali di dalam hadith yang yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim tadi iaitu kita memberikan upah dari duit kita sendiri bukan dari bahagian kurban yang mengakibatkan rosaknya kurban yang kita lakukan.

Sesungguhnya sikap bakhil atau mengambil kesempatan melepaskan diri dari upah wang ringgit kepada penyembelih atau pelapah dan seumpamanya dengan cara memberikan daging atau bahagian korban kepada mereka adalah lambang ketidaktulusan. Kurban ada peraturannya yang ditentukan syarak. Pastikan agar kurban itu diterima di sisi Allah.

Selamat menjalani menyambut Hari Raya Haji dan menjalani ibadah Qurban. Nanti ada masa, aku akan uploadkan gambar2 ibadah korban di kampung. Raya kedua aku kena jadi OP sepupu aku kawin pulok…
Nota: Hati2 memandu pulang ke kampung. Yang ada darah tinggi tu makan daging sikit2 je…sama gak yang ada ‘gout’.





Outing: Pantai Bt Pelanduk Kg Kuala Abang.Dungun

24 11 2009

Salam, entry ni menyambung kembali gambar yg sempat diambil semasa perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. Orang kata ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’. Tapi kalu kita pandang je..sah kita dah hilang segala yang kita pandang tu. JAdi kaki2 ambik gambar jangan lupa bawak kamera bila jauh berjalan tu.

Kali ni gambar2 kat pantai Bt Pelanduk Kg Kuala Abang. Pantai ni dekat2 ngan Rantau Abang yang dulu pepulor ngan tempat ‘penyu’ landing.

Dah selalu aku lalu jalan ni bila balik kampung. Nak singgah asyik ak jadi je..sekali aku singgah tengok ciptaan Allah kat sini…subhanallah. Cantiknya.

Jadi layan la sikit gambar2 dalam pengembaraan solo outing aku ni. Lepas ni jika ada rezeki aku nak ambik banyak gambar yg mungkin tak terjangka oleh kita bila ‘berjalan’…


Subjek pertama yang aku sapa bila turun ke tepi pantai. Tak sah kat pantai kalu tak de pokok kelapa atau pun buah kelapa.

Kulit2 siput yang menceriakan gigi air bila surut. Jika kat pantai timur banyak cengkerang2 yg menarik kita boleh jumpa. Tapi tak ramai pulok orang yang suka collect benda2 ni. Padahal kalu dah jadi cenderahati tu harganya boleh tahan. Sebabnya satu; seni.

Satu lagi ciptaan Maha Pencipta yg kita jarang tahu apa tujuannya diciptakan. Tapi tiap2 sesuatu yg dicipta itu ada manafaatnya. Teritip yg macam siput melekat2 tepi batu. Okey layan la gambar2 aku ni dulu.


Batu2 kat pantai ni memang cantik pembentukannya. Kalu dari dekat lagi macam bentuk yg ada. Yang macam kayu pun ada.

Aku mencuba jugak teknik ’slow shutter’ untuk ambik gambar ombak. Tapi masa aku tiba kat pantai ni air tengah surut jam 1 tgh. Jadi ombak perlahan sangat. Nak tunggu ombak kuat mahu nak magrib nanti. Jadi ada sikit percubaan ombak yg kecik ni. Kalu tak mesti menarik tengok ombak menghempas batu2 kat sini. Tak pe lain kali aku akan singgah lagi.


Gambar2 pemandangan tepi pantai yang aku suka sangat lukis masa sekolah rendah dulu. Subjek pendidikan seni. Aku selalu dapat A subjek ni….hee..hee betul tak tipu.

Last sekali gambar yg aku paling suka. Aku main letak je kamera kat batang pokok kelapa tu tanpa aku lihat ‘view‘. Test2 2,3 kali akhirnya jadi gak macam aku tengok sample orang buat. Belajar tetap belajar..ye tak??

Jika korang nak singgah sini, lihat signboard ni kat tepi jalan menghala ke Rantau Abang. Best ooo..dah lama dah aku tak mandi pantai. Sekarang ni kampung aku dan wife aku musim tengkujuh….best gak nak mandi..tapi mandi kat rumah jelahhh…ombak masa tengkujuh ni mahu dalam 2-4 meter tingginya. Nak main luncur bolehlah…

Wassalam. Tunggu lagi gambar ‘proses buat keropok kat terengganu’.

Nota:dan aku nak ucap selamat hari raya haji atau raya korban. Aku balik kampung insyallah hari Khamis ni. Tu pun jika jalan nak balik umah aku tak naik air. Tapi balik shoot gambar banjir best gak….nanti la jika ada rezeki. Aku kena balik jugak sebab kena jadi OP sepupu aku kawin raya kedua…..mintak banjir dah ok dah.





Outing:Hutan Lipur Lentang

19 11 2009

Salam, hujung minggu lepas aku sempat ambik gambar secara solo ‘outing’. Jadi tak delah model bergaya untuk aku. Yang ada cuma model2 semulajadi.

Aku singgah untuk ambik gambar ni semasa dalam perjalanan untuk ambik wife dan anak2 aku di Kuala Terengganu.

Jadi layan lah gambar dalam tempoh belajar ni.

Hutan Lipur Lentang terletak di tepi highway Karak. Jika dari K.Lumpur ianya lebih kurang 1 km sebelum tol bentong. Sesaper nak buat outdorr kat sini leh la aku tolong bawak.


Jambatan memang sesuai nak ambik gambar pengantin. Layan sambil bayangkan korang ambik gambar sambil duk dalam air yang sejuk.




Model aku yang paling cool. Aku cuba gak ambik gambar2 macam ni w’pun aku cuma guna ‘kit lens’. Belajar tetap belajar.


Kali pertama aku mencuba guna teknik ’slow shutter’..betul ke tu?….setelah aku tengok2 gambar2 contoh kat forum foto. Lepas aku ambik gambar2 air ni..apa lagi aku terjun la..mandi air jeram jam 8.30 pagiiii…..blurrrrrr…menggigil macm iklan COKE.







Gambar air jeram aku ambik agak bergegar. Sebab menurut sifu aku nak ambik gambar guna mood slow shutter kena guna ‘kaki tiga’ n guna timer shoot…baru gambar lagi ok. Tapi aku hari tu guna ‘2 kaki’ je..kaki aku sendiri. Hee..hee

Best oo saper2 nak ambik gambar kat situ…kena gi pagi2 leh ambik gambar guna ‘cahaya semulajadi’. Aku akan cuba lagi lain kali.

Next entry aku akan up load kan gambar outing aku kat pantai Kg Kuala Abang, Dungun Terangganu. Bagi aku yang tak de bajet nak ikut outing berbayar ni..cara beginilah aku belajar dan merujuk kepada yang tahu pasal ilmu ambik gambar guna SLR ni.

Apapun..makin banyak kita belajar..makin banyak yang kita tak tahu. Sebab ilmu Allah tu memang luas. Ambiklah gambar bukan sekadar hobi, income,kenangan tetapi yang penting kita dapat lihat ciptaan yang Maha Agung.

w’slam.





Outdoor: Hana & Hisyam

19 11 2009

Salam, entry ni sambung lagi gambar-gambar pasangan Hana & Hisyam. Dah tak banyak nak tulis dah. Kali ni gambar2 masa buat outdoor kat tasik belakang bukit SUK.

Bagi aku yang tengah belajar ni sebenarnya ‘ambik gambar’ outdoor ni lebih mudah kerana kita tak akan melibatkan ramai orang. Maksudnya tetamu2 dan kawasan ramai orang. Hanya fotografer dan subjek saje. Pengantin pun tak berapa malu nak bagi ‘pose’ yang diinginkan oleh tukang ambik gambar. Ni pandangan aku la. Tak tahu pulok pandangan ‘otai-otai’.

Masa kat outdoor ni aku diberi peluang untuk guna ‘tele lens’. Berapa ntah ukuran dia. Aku tak berapa mahir lagi tang2 ni.

Layan…deh.







Ambik gambar ‘outdoor’ ni bagi aku memang best. Tapi kawasan yang luas memerlukan imiginasi yang tinggi untuk hasilkan gambar yang baik. Nasib baik aku ikut otai2 masa belajar ni. Banyak yang aku belajar pasal ni.