Zakuanhasan Photography

Let My Picture Make U Smile

Pulau Kapas : Episod 1

9 Komen

Salam, lepas entry kawin dah tak de, kebanyakan wedding photographer akan post kan gambar-gambar macam foto santai-santai, foto makan-makan, foto pemandangan, foto percutian dan sebagainya. Nanti takde lah orang cakap bosan asyik tengok gambar kawin je. Dan juga itulah peluang wedding photographer meningkatkan skill mereka dalam bidang foto.

Sifu aku cakap makin banyak tekan punat kamera makin banyak ilmu kita dapat belajar. Betul ke? Ok layan sikit perjalanan aku dan geng ke Pulau Kapas, Marang Terengganu. Kali pertama aku sampai sini waluapun aku orang pantai timur. Huu..huuu. Itulah yang biasanya jadi. Tempat jauh kita dah sampai sebelah rumah kita tak pernah jengok. Ini pepatah aku lah.

Tarvel log trip ke Pulau Kapas.

Friday 25 June

11.00 mlm bertolak ngan bas dari Shah Alam

Saturday 26 June

6.00 pagi solat subuh di Masjid Marang (kampung apa entah)
8.00 pagi sarapan kat Pasar Marang (dekat jeti ke Pulau Kapas)
10.00 pagi naik feri ke Pulau Kapas
10.20 pagi sampai kat Pulau
11.00 pagi mandi laut dulu sebelum check in. (x tahan tengok air)
1.00 tgh makan tengahari n check in

To be continue…..

Ok layan dulu gambar episod satu.


Lepas solat subuh aku terus ke tepi jeti nak ambik seketul dua sunrise lepak sorang2 layan langit blues



peneman aku kat jeti pagi tu….kesian dia pun sorang2 gak jadi aku ambik la gambar dia


Hampir jam 7.15 pagi barulah si mentari ni yang dari awal macam malas nak bangun tidur tu muncul. Masa ni lah orang giler ambik gambar macam aku nantikan. Macam nanti aweks nak kuar dating plak rasanya. Berdebar2 pun ada mana tahu tiba2 matahari pagi tu keluar sebelah barat….tu tandanya kiamat.

Huu..huuu sempat gak aku menginsafkan diri sekejap masa ambik ‘moment’ ni. Takut tiba-tiba pagi tu matahari tak muncul-muncul. Mahu aku terus ke masjid Marang semula sembahyang tobat..hajat…dan macam-macam ibadah aku buat rasanya. Tu lah best gak jadi photographer nih walaupun tak terer tapi hal-hal empatize kena ada dalam jiwa. Cewahhh.


Agak lama jugak aku ambik gambar sunrise pagi tuh, tiba-tiba perut mula mintak tolong diisikan barang seketul dua isi pagi tuh. Aku tengok jam dah hampir jam 8.45 pagi dah. Aku terus carik kawan-kwan kat bas. Rupanya diorang dah siap sedia kat meja makan. Bukannya nak call aku cakap waktu sarap dah time.

Pagi tu aku order sarapan pagi orang Terengganu. Bukan nasi dagang tapi nasi kunyit. Korang tahu ke nasi kunyit tu habendanya?? nasi kunyit tu rupanya pulut kuning je. Cuma kat sini orang makan ngan lauk nasi dagang.Pastu kena ngan teh tarik buih tepi pantai….huu..huuu layan gak. Kawan-kawan lain banyak order roti canai…sebab ramai dari kaum sebelah pantai barat diaorang ni. Perut diaorang mana biasa masuk makanan berat pagi-pagi lagi.

Lepas sarapan aku ronda-ronda jap tengok orang-orang kampung macam aku ni berniaga. Aku usha-usha gak kut ada orang jual obat kuat, sebab aku nak gi berenang sampai malam kat Pulau Kapas tu.

Tengok makcik-makcik, pak cik-pak cik kat sini berniaga sekali lagi aku menginsafkan diri sendiri betapa perlunya usaha dalam hidup ni. Teringat aku dolu-dolu masa umur tingkatan 3, 4, pagi-pagi ikut pakcik aku meniaga selipar jepun kat pasar pagi macam ni. Best jugak. Dapat pegang duit sendiri walaupun upah cuma 5 ringgit.

Dalam kul 10.00 pagi baru feri kami sampai. Feri ke Pulau kapas yang besar boleh muat dalam 35 orang berulang alik dalam masa 30 minit sekali kata ejen kat sana la. Tapi aku menunggu hampir sejam gak la. Sebab ferinya besar ni ada 2 je. Kalau nak cepat naik je bot-bot laju yang kecik tapi boleh muat dalam 5, 6 orang. Harga pun lebih kurang sama je dalam RM10 ke RM15 ringgit pergi balik.

So layan gambar lagi perjalanan merentasi laut ‘marang’ ke Pulau Kapas.





gambar ni diambik sebelah kanan jeti


ni sebelah kiri jeti

Korang yang pernah sampai sini rasa-rasanya canti tak pulau ni? Ada macam Maya Karin tak lawanya? Bagi aku boleh tahan la. Sebab pantainya memang dijaga dari sampah-sarap. Air dia agak ok nak mandi berbanding Pulau Pangkor kat area Teluk Nipah tu. Pasir nya lagi ok dari Pantai Cenang Langkawi.

Tapi kat sini tak berapa besar dia punya area. Tapi bagus jugak tak ‘croud’ ngan ramai orang nak mandi-mandi manda. Tak ramai orang berniaga baju, cenderahati dan sebagainya. Bagi aku bagus sebab aku leh jimat duit melancong aku..hee..heee.

Ini resort yang kami book untuk menginap. Ada la beberapa resort n chalet kat Pulau Kapas ni tapi yang ni paling besar dan paling lengkap la. Aku dapat pekej untuk 2 hari 1 malam hari tu harganya RM140 siap ngan tambang feri pergi balik, makan tengahari, malam ada barbeque sikit n sarapan pagi esoknya. Bilik aircond untuk 3 orang tidur.Sebenarnya 4 orang pun masih selesa lagi.

Korang leh lawat kapas island resort kat google n korang leh pilih macam-macam chalet kat sini. Tapi ada setengah chalet tu tak nak ambik group ramai-ramai sebab tempat dia kecik je.


sumber tenaga kat Pulau Kapas

Bot kalau korang nak gi mencandat sotong atau nak pergi ‘snorkling’. Karang n ikan kat sini boleh tahan jugak. kat tepi-tepi jeti pun dah banyak ikan. Nanti gambar seterusnya akan membuktikanya.Antara taman laut yang termasuk top 10 kat pulau di negara kita. Tapi korang kena ambik pekej la lagi bagus. Sebab takut sampai sana jadi macam geng aku tak dapat nak gi snorkling dan mencandat.

Ok nanti aku sambung lagi citer n gambar-gambar. Apapun dapat bercuti otak rasa lapang sikit. Yihaaaa….

About these ads

Author: zakuanhasan

Ambo Budok Baru Blaja Ambik Gambar

9 thoughts on “Pulau Kapas : Episod 1

  1. salam bro…
    cantik la gambar2 abg wan shot…
    mane gambar bdo&jkt? anta lah kat pija…..
    ok take care

  2. Assalamualaikum,
    Bila ambik gambar lanskap pastikan horizontal line jangan senget. Lepas tu saya tengok WB gambar2 ni macam tak kena jer sebab nampak pelik sikit warnanya. Sekian komen saya hehehe…

  3. bila nak bawa mak ajie ngan anak2 nie…along mesti suka nie…

  4. pulau kapas mmg cantik..tetapi x bole lawan kecantikan perhentian…kalu ader rezeki, pergi lar ke sana,..criously, sagt cantik + amazing!!!
    btw, the presentation mkin cantik…lg setahun dua nie dh pro lar abg wan tgkap gmbr..=)

  5. cantik sngt lah….saya nk minta kebenaran utk ambil 2 dr gambar yg encik paparkan di sini. bukan utk apa2 tetapi nak letak sbagai latarbelakang desktop. dan nk tunuk pd kawan arab di abu dhabi(sy ddk sini)
    Terima kasih.

    • Salam Sham, terima kasih kerana singgah kat blog saya ni. Boleh je Sham nak ambik mana2 gambar yang ada. Semua tu ciptaan Allah yang Maha Agung. Kerja kat Abu Dhabi ke? Kat Malaysia duk mana?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.