Tips Anak Cepat Bercakap


“Abahh…” perkataan pertama anak ke 3 aku Mufid Mikail yang dah masuk usia 13 bulan. Seronok bila anak dah mula sebut nama kita kan?

Sedikit perkongsian isu anak lambat atau cepat bercakap:

Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun masih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”

Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap. Saya cemburu melihat mereka.”

Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.

Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.

Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.

Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.

Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.

Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk boleh bercakap juga boleh jadi akan lambat boleh bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.

Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat, biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.

Jadi, bagaimana nak tahu yang anak anda termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”, sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka anda tak perlu risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.

Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.

Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.

Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.

“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”

Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.

Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.
Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.

Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.

Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Dan yang terakhir, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.

Nota: Aku ada satu petua dari seorang pengamal perubatan Islam bagaimana nak ransang supaya anak cepat bercakap iaitu dengan mengamalkan menyapu madu di lelangit mulut anak kita seawal usia mereka mencecah 6 bulan dengan didahului selawat. Aku ada amalkan dan alhamdulillah dengan izin Allah anak aku cepat menutur perkataan. Iktiar dari kita, Allah yang menentukan. Insyallah.

Perihal zakuanhasan

Ambo Budok Baru Blaja Ambik Gambar
This entry was posted in Tips and tagged , , , . Bookmark the permalink.

36 Responses to Tips Anak Cepat Bercakap

  1. Acaii says:

    dah boleh jadi motivator ni awe,hehe.. good info!!

  2. kak hanim says:

    Terima kasih. Info yang memberi kekuatan kepada ibu-ibu yang ada anak yang lambat bercakap untuk terus usaha tanpa putus asa. Anak sulong saya lambat bercakap, hanya perkataan tertentu yang saya dengar ketika umurnya 4 tahun. Sekarang umurnya 9 tahun. Rupanya dialah pelajar yang pandai menggunakan bahasa bila berbicara terutama bila berbicara dengan saya.

    • zakuanhasan says:

      Salam Kak Hanim, terima kasih sudi singgah di blog ni. Itulah. Sabar. Jangan putus asa. Anak-anak adalah hadiah yang tak terhingga. lain anak lain perkembangannya. Anak saya no 1 lain, 2 lain no 3 pun lain. Jadi ajarnya pun lain-lain.

      Senang-senang leh lah sharing kat sini.

  3. shera says:

    Saya punya masalah berbeza sedikit. sehingga kini anak masih belum boleh bertutur Bahasa Malaysia. Ayat mula-mula yang di tuturkan ‘Allah’ selepas tu ayat-ayat Zikirullah. sekarang di dah berusia 2 tahun 8 bulan. sebut ‘mama’ atau ‘babah’ pun belum saya dengar dari mula anak saya. tapi saya tetap dan amat bersyukur kerana anak saya boleh menyebut perkataan-perkataan walaupun dari bahasa lain.

  4. ira says:

    bagus la info nie….rasa semangat ckit…anak saya dah 1 tahun 11 bulan tapi masih blm blh bercakap mcm kanak2 yang sebaya dia…tapi ayat – ayat yang mudah tu boleh di tuturkan dan memahami arahan saya…Alhamdulillah…x risau sangat dah baca blog nie..maknernyer anak saya x sakit atau lambat perkembangannya…

    • zakuanhasan says:

      Salam Ira, tahniah dah ada anak yg semakin membesar. Biasalah tu ada anak yg cepat dan ada anak yg lambat. Anak saya 4 orang semua berbeza-beza level pertuturan mereka. Yg penting kita galakkan mereka berani bercakap. yang penting sekali doa kat Allah.

      Terima kasih menyinggah kat blog ni.

  5. ida says:

    fuuuuh…lega sikit rasa,patut pengasuh di nursery anak saya baca info ni sebab dia bagitau anak saya yang berumur 1 tahun 9 bulan ni dah lambat sangat bercakap dan tak boleh dibiarkan,sedangkan banyak arahan yang dia dah faham.Lagi satu, kami dedahkan penggunaan 2 bahasa, english dan bm.adakah cara ini beri efek lambat bertutur?

    • zakuanhasan says:

      Salam Puan Ida, terima kasih singgah kat blog ni. Saya pernah menghadiri saya kursus berkaitan ‘how to talk effitively’. Trainer tu bagitahu bagaimana kanak-kanak punya penerimaan pertuturan bahasa mengikut yang mana lebih mudah dahulu otak mereka menerima. Percakapan kita di rumah agak mempengaruhi anak-anak kita dan tetapi lebih banyak bergantung kepada persekitaran anak-anak kita contoh mereka lebih banyak menghabiskan banyak masa di rumah pengasuh. Otak mereka mampu menerima kedua-dua arahan samada BM atau english. Bila mereka faham setiap arahan kedua-dua bahasa bermakna mereka boleh menerima kedua-dua bahasa tersebut. Puan hanya boleh terus menyokong mereka untuk melihat bahasa mana yang anak puan lebih dominan. Latih dan terus menyokong mereka dalam usia yang begitu mereka masih memilih untuk menuturkan bahasa mana yang lebih baik dan senang diterima oleh mereka yang mendengar. Banyak ucapkan ya dan yes.

  6. Norizan says:

    Thanks for info… Anak sy dah 3 tahun. Pada umur 2 tahun dia x pndai sebut apa2 perkataan. Dia guna bahasa dia je…tp dia paham apa yg kita suruh, dia suka menari and dengar muzik.. Dia mula bertutur pd umur 2 tahun setengah.., dia dh pandai sebut mama, papa, jom, nah, duduk, air, sampai sekarang dia blum pandai brtutur dlm satu ayat, tp dia cepat ingat, apa2 lagu dia boleh hafal, dia boleh menyanyi…dgn , walupun sesetengah prkataan x jelas, tp kita boleh tangkap lagu apa dia nyanyi… Dgn info yg diberi, sy rasa lega ckit… Terima kasih…

    • zakuanhasan says:

      Salam Puan, terima kasih kembali…saya pun banyak ambil manfaat dari info ni…

      • Assalamualaikum empunya blog..Sy berasa lega baca blog ni,seblum ni sy rase trtekan bila ank sy lmbt brckap.skg umr ank dh 3thn 1bln.sy dh pg jmpa pkar.ada sdikit perubhn tp blum pndai bina ayat je.apa yg dia pndai sebut ok,dah,aa asu(ma susu),baby,abah n byk lg.ABC,NUMBER,SHAPE,ALIF BA TA,COLOUR agak memuaskan,tp ad sKt2 yg x jelas la.ank sy x suka permainan,main2 kejap je.dia lbh brmint dri segi pelajaran.

      • zakuanhasan says:

        Wassalam Puan Lana, terima kasih singgah kat sini. Mana yang baik kita sama-sama sharing perkongsian kat sini. Moga anak puan terus petah bercakap dan menjadi seorang yang hebat berbicara. Sentiasa rajin menyokong pembesaran mereka. Kita kadang-kadang jarang nak meluangkan masa bersama anak-anak dan bermain dengan mereka. Maksud saya kita cuba masuk ke dunia mereka. Seingkali kita mahu anak kita faham dunia kita sahaja.

  7. rafiah kasman says:

    Assalamualaikum,terima ksiah atas info yang tuan tuliskan,sangat bernilai dan menyejukkan bila dibaca.Anak adalah anugerah Allah dan dengan pelbagai dugaaan.Anak saya umur 6 tahun baru boleh bercakap.Ibu mana yang tak sedih bila anak tak boleh bercakap seperti anak orang lain.Alhamdulillah ,saya kembali kepadaNya dan jangan putus asa.Kini bahasa anak saya sangat menyejukkan hati apa bila dia bertutur.antaranya “terima kasih ibu, jangan lupa saya ibu.Pesan saya jangan cepat putus asa, setiap yang berlaku ada hikmahnya…

    • zakuanhasan says:

      W’salam Puan, sejuk baca luahan puan ni. Syukur kita punya anak yang sempurna. Ada insan lain ada anak yang ‘istimewa’ tapi mereka juga berasa bangga dengan anak-anak mereka. Satu perkara yang saya selalu pesan kat isteri sy. Anak adalah ‘harta Allah’. Jadi ia adalah amanah yang sangat besar dan besar ganjarannya.

  8. Susan says:

    Helo..lega perasaan saya setelah membaca blog ni.. Anak saya berusia 2thn 4bln namun masih belum bercakap dengan sebutan yang jelas..hanya baby talk..tapi mampu memberi arahan menggunakan bahasa tubuh dan sangat bijak menggunakan ipad..ada yang menyarankan saya untuk berjumpa pakar..saya akan sentiasa sabar menunggu anak memanggil saya mummy:)..

    • zakuanhasan says:

      Assamualaikum Puan, Alhmdulillah anak puan nampaknya bijak dalam IT. Nasihat saya jgn terlalu biarkan dia leka dgn Ipad. Nnti skill komunikasi dia perlahan terutama dlm percakapan. Ajak dia sama dlm perbualan harian. Moga nak puan menjadi seorang yang petah berbicara. Jgn lupa doa.

  9. Ummi Irrham says:

    Assalam sy percaya pada Allah & terus istiqamah dlm membantu ank sy yg hampir 3 tahun & masih blum bertutur tp bahasa tubuhnya sgt indah utk sy fahami.

  10. pn.risa says:

    assalammualaikum..
    rupanya sy tidak berseorangan dalam masalah ini, bermaksud, anak lmbat brcakap ini bukanlah satu hal yg luarbiasa, tanx kepada empunya blog krn artikel anda telah mglenyapkan kerisauan hati ini..anak lelaki sy 3y7m masih belum boleh bertutur dgn lancar tpp boleh mggunakan bahasa tubuh dgn baik dan sgt cepat mghafal pelbagai lagu dan sudah pun mghafal serta mengenal alif baa taa, abc dan,123 pd usia 1y8m..ramai kawan2 n sedara mara yg kagum atas kelebihan anak sy itu ttp sy berasa sgt down bila mana meraka hairan kenapa anak sy belum bertutur lg..apapun, seiring dgn doa yg xputus kepadaNya, sy tetapkan keyakinan bahawa ank sy ini bukanye lembab cuma ambil masa lebih ckit brbanding kanak2 lain..

    p/s : segalanya dgn izin dan ilhamNya jua..;)

  11. dlieya says:

    Assalamualaikum . Sbg ummi saya risau sbb ank dh hmpir 4thn namun msh blm petah berckp . Ada apa2 yg blh bantu ??

    • zakuanhasan says:

      Salam Ummi, sebagai ibu kita memang risau akan perkembangan anak-anak kita. Usah terlalu risau dari pengalaman2 pembaca blog ini ada anak mereka umur 6 tahun baru boleh bercakap dengan jelas. Biar mereka berkembang dengan naluri dan sokongan kita sebagai ibubapa. Jangan putus harap. Selalu berdoa dan rajin bercakap dan mendangar anak2 bercakap.

  12. afifah mohamed yusoff says:

    alhamdulillah..rs lega skit + bertambah semangat saya bila singgah di blog ni..anal k3 saya sh umur 2Y9Mth..belum bleh berckap..bahasa jerman je yg dpt sy dgr..guna ipad agak mahir..sblm ni sy amat risau sesgt2..ingatkan sya keseorangan dgn anak special mcm ni..smlm sy br je jumpe dokt..tu pn nurse yg sarankan bila dia tgk anak sy tk bleh bercakap lg..insyallah saya akan terus berdoa + berusaha..demi anakku ABQARI HAZIM.. :)

  13. shahidah says:

    umur ank saya 2 tahun.. dh bole sebut pa, atuh, minum susu n ada la lg.. bole menerima arahan.. tapi arahan tertentu jer, bole simpan kasut bila disuruh. bila tanya mana papa dia tunjuk.. tp tanya mama dia buat x tau jer.. adakah saya per bawa jumpa dokter pakar..

    • zakuanhasan says:

      Salam Shahidah, itu rasanya normal. Sbb dia baru berusia 2 tahun. Yang penting kita selalu dengar dan layan dia. Jgn ajuk ckp ikut bahasa anak kita. Ckp ikut bahasa kita…insyallah. Jgn lupa doa ibu adalah ubat yang terbaik.

  14. Sukarni Binti Mohamed Salleh says:

    Anak saya 20hb 8 nie genap 2 thn. Masih blm dapat bercakap lg. Tp dah pandai cakap Ma, nak, saja. Arahan yg diberikan dia faham. Cuma sebagai ibu risau sangat sbb kawan yg sebaya dgnnya dah dpt bertutur dgn byk. Alhamdulillah setelah baca artikel nie, hati saya lega sedikit dan tanpa jemu berdoa kpdNya untuk anak saya dapat bercakap dengan sempurna. Amin….

  15. imiza says:

    salam..anak saya dah masuk 3y2m..dia masih belum boleh bertutur menggunakan ayat yang penuh lagi..tp kalu dia nak susu dia akan panggil mama susu ataupun ayah susu..nak kencing pun dia akan bgtau kencing byk..mcm binatang pun dia boleh sebut penuh contohnya arnak asuk(arnab masuk umah)…dia juga boleh tiru apa yang kita cakap..kalu kes macam ni adakah perlu sy sebagai ibunya risau sebab kebanyakan nya kanak-kanak sebaya ni dah boleh bertutur dengan lancar

    • zakuanhasan says:

      W’salam Imiza, tahniah anak anda sebenarnya normal. Cuba galak dia bercakap dan ajar ‘wording’ contoh penggunaan dlm flash kad. Jgn cuba ajuk ayat pelet anak kita dan yakinkan diri dia

  16. siti rosma says:

    salam…masalah yang saya hadapi pon sama…anak sy dh 2Y5M..sebenarnye die lahir x cukup bulan…baby prem….tp blom bleh bercakap…nak susu pon x bleh cakap….hanya tau beberapa perkataan shj spt mama…ayah…adik…tidak…nak….risau jgak sbab sebaya dgn die dh lancar bertutur….bile dgr infi nie rase lega sikit tp stil risau jgak…

  17. Norlaila binti Hanuar says:

    Assalamualaikum..saya memiliki anak tunggal berumur 2y8m..anak prem.. lahir 1.8kg… brt bdnnya kurang semasa lahir lalu di tempatkan di (inkubator) 2 minggu. Dr lahir dia menerima rawatan pakar kanak2 di HKL sehingga kini. Alhamdulillah dia tdk ada masalah kesihatan. Semasa lahir anak saya kurus dan kecil (tdk spt kanak2 yg memiliki otot2 pejal pd tubuh) . Mula belajar meniarap umur 8 bln, merangkak & berjln pd usia 1y5m… Pd umur skrg dia memilih dan susah utk di beri mkn spt kanak2 lain. Namun dia aktif menendang bola, dpt menerima arahan dr sy, sk bergaul dgn kwn2 wlupun yg tdk dia kenali, bermain gajet, sgt fokus pd kartun yg dia minati di tv, sgt sygkan bapanya berbanding ibu krn ibu byk brckp terutama a/p di pasaraya, hampir separuh dari brg2 makanan, ikan, buah2an dll sy terangkan pdnya. Rasanya cuma 6 brg yg mampu dia tunjukkan. Namun sepatah perkataan pun tdk lg saya dengar dr mulutnya. Sy cuma dgr perkataan uuu…nak…boboi (cite boboiboi). Bila nak sesuatu dia akan menarik tgn sy dan tunjuk apa yg dia nak.. doktor pakar suggest utk speach teraphy minggu dpn. Apakah anak sy blh berckp slps teraphy? memandangkan dia begitu bolehkah sy masukkan dia ke sekolah (smart reader) usia 3-5 thn untuknya? Harap dpt membantu sy.. terima kasih byk2…..

  18. Hidayu says:

    Bila jumpa kawan, semua hairan bila anak saya masih cakap sepatah- sepatah.masing2 membezakan dengan anak mereka.saya terima seadanya kerana saya tahu Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..

  19. ita says:

    Assalamualaikum…….saya ada anak kembar lelaki yg berumur 6thn..tapi yg merungsingkan saya sampai sekrg anak saya x dpt nk ingat no n abc…..percakapan pun masih x lancar.Tapi apa2 saya saya ckp kat anak saya diaorg boleh faham.Tambahan pula tahun depan anak saya nk masuk darjah 1…..saya amat runsing memikirkan anak saya …

  20. MASWIN HASHIM says:

    saya ada anak 4 tahun tp masih blm blh bercakap .doc mmg syorkan terapi tp saya dan suami berkerja jd kami mempunyai masalah utk menghantarnya ke terapi .susah hati saya memikirkan tentangnya.apakah cara terbaik yg patutu sy lakukan demi masa depan anak saya tu?

    • zakuanhasan says:

      Salam Sis, memang risau jika anak lambat bercakap ni. Tapi perkembangan mungkin berbeza-beza mengikut anak itu sendiri. Anak Sis lambat bercakap atau butir perkataannya masih belum jelas? Dua perkara yang berbeza tu. Sis dan suami kena banyak luangkan masa dengan dia dan cuba mendengar dengan sabar setiap pertuturannya. Jika ada masa boleh berjumpa dengan terapi seperti yang dicadangkan oleh doc. Saya doakan anak sis berkembang menjadi anak soleh dan petah bercakap dan menyejukkan hati ibubapanya nnt.

  21. aliah says:

    As salam..agak lega rs ht krn ada yg sm masalahnya dgn sy.ank sy yg bmasalah ini berumur 5thn. Kakaknya petah bercakap seawal umur 3thn dan adik ppuannya kini berumur 2 thn lbh pandai menyebut pkataan drpd abgnya itu.abg d atasnya pula kini berumur 6 thn jg br ml dpt dfahami pcakapannya setlh bsekolah d prasekolah. Kwn sy yg mpunyai ank yg bmasalah serupa dan sebaya dgn ank sy ini tlh mhntar anknya k speech theraphy tetapi sy dan suami memutuskan utk tggu dahulu memandangkan abgnya sdh blh bcakap setlh berada d prasekolah…jd bsabarlah dan yakin bahawa cpt @ lmbt ank kita pasti blh bcakap dan semoga menjadi ank yg pandai mggunakan bhasa yg indah2 utk halwa telinga kita..

  22. bungawali says:

    Assalamualaikum, rrasa seronok bila mendengar sharering info dari anda sekalian , saya amat bersetuju dgn penulis blog bila mengenangkan corak perkembangan anak saya. Pada usia setahun lapan bulan dia menunjukkan tanda2 boleh membaca dengan membaca tajuk2 besar pada buku resepi saya, bila saya perhatikan , dia sebenarnya belajar membaca dari video karaoke lagu yg mempunyai suku kata. Dia terlalu berminat dengan huruf sehingga dia lambat untuk bercakap, kini usianya sudah 6 tahun dan sudah boleh menulis perkataan yang saya sebut, nombor pun boleh kira menaik dan menurun 1 hingga 100, dan saya mengikuti terapi pertuturan dan terapi cara kerja dengan konsisten, setiap hari saya juga luangkan 1 jam untuk duduk menemaninua belajar dan bermain, saya sentiasa berdoa untuk kejayaannya dunia dan akhirat, insyallah setiap usaha pasti mendatangkan kejayaan sekiranya diserta dengan tawakkal

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s