Zakuanhasan Photography

Let My Picture Make U Smile

Ikan Hiasan: Aquarium Shah Alam

6 Komen

Salam, berapa ramai dari kita yang minat membela ikan hiasan. Aku rasa ramai dikalangan kita suka akan hobi ini. Ada orang kata bela ikan itu mudah. Tak perlu ruang yang besar-besar. Maksud aku bela ikan dalam aquarium. Bukan bela ikan dalam kolam ternakan. Tapi hobi bela ikan ni juga boleh jadi satu kegilaan juga. Macam orang minat ngan DSLR jugak lah. Harga ikan hiasan ni boleh tahan jugak lah. Tengok spesis la. Kalu setakat ikan ‘guppy’ tu murah je. Ini ikan yang harga boleh mencecah ratusan ribu Macam ikan arowana. Pelik juga. Ada yang kata bela ikan ni boleh bawak tuah dalam perniagaan. Macam-macam kepercayaan ada.

Hari tu adalah pergi jalan-jalan kat Aquarium Shah Alam. Yang kat tepi ‘Wet World’ Tasik Shah Alam tu. Saje je menyinggah. Biasa pergi tak bawak kamera. Lagipun tempat ni free je. Bawak anak-anak kenal ngan ikan. Mana tahu satu hari nanti salah sorang anak aku jadi tokey ikan hiasan yang terkenal macam ‘uncle’ tokey Aquarium ni yang dah glamour sampai oversea. Kalau aku kaya rasanya aku pun beli jugak ikan arowana ni. Nampak ada style sikit bila ada ikan ni kat rumah. Kalau korang ada pendapat pasal ikan ni leh citer kat komen aku.

Ok layan sekeping dua gambar yang tak berapa cantik. Mujur ikan, kalau orang mesti mereka marah ambik gambar kualiti cam gitu…ye tak?









Seronok jugak kadang-kadang pergi tengok ikan ni. Leh lapangkan fikiran. Tenang sikit jiwa. Nak cari ilham pun boleh kat sini. Lepas tu leh pusing-pusing keliling Tasik Shah Alam. Ada masa aku nak ke sini lagi. Banyak lagi gambar ikan yang tak sempat nak “snap” ari tu.

Author: zakuanhasan

Ambo Budok Baru Blaja Ambik Gambar

6 thoughts on “Ikan Hiasan: Aquarium Shah Alam

  1. Artikel ini menarik. Teruskan usaha anda.

  2. lawa-lawa ikan kat situ.tapi harga mahal skit la kot..

  3. hai zakuan…. nk tau kedai aquarium tu pindah kemana ye???

    • Salam Ella, thanks singgah sini. Kedai aquarium tu pindah ke seksyen 23 Shah Alam. Masuk ikut belakang Carrefour sekarang ni dah tukar Aeon Bigs. Masuk situ terus lalu depan Aeon Bigs cari PASTI Al-Fateh masuk kiri lorong PASTI tu nnt nampak akuarium tu belah kanan. Macam rumah kedai. (Jalan ke Highway LAKSA) masuk bulatan nak ke seksyen 18,19-terus ke depan. Tahu kan?

  4. Howdy! This post couldn’t be written any better! Reading this post reminds me of my good old room mate! He always kept talking about this. I will forward this post to him. Pretty sure he will have a good read. Thank you for sharing!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.