Zakuanhasan Photography

Let My Picture Make U Smile

Gambar Hari Raya Aidilfitri 2011

7 Komen

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas nikmat Mu mengizinkan aku menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tahun ini dengan tubuh badan yang sihat dan boleh berpuasa penuh. Moga-moga segala amal kita samada yang besar atau yang kecil dihitung olehNya jua. Aku juga boleh berasa bangga kerana adanya puasa aku boleh turunkan berat badan aku ke ukuran sihat berbanding sebelum ini terdapat lebihan lemak dalam badan. Hee..hee rasa kacak plak bila kurus sikit ni.

Macam tahun-tahun sudah habis puasa datang pula bulan raya. Bulan bagi seluruh ummat Islam meraikan hari paling bahagia dan perasaan gembira mereka. Tak kira kecik besar, tua muda juga miskin kaya. Tiba raya bagi perantau macam aku yang kampung halaman terletak sejauh 500 km dari ibu kota Kuala Lumpur adalah sesuatu yang aku dan family nanti-nantikan. Rindunya aku nak balik kampung. Maklumlah dalam setahun sekarang aku dapat balik kampung paling kerap pun 3 kali. Aku rasa ini adalah ‘trill’ beraya paling best yang rata-rata dirasai oleh semua rakyat Islam kat Malaysia. Tak kisah walaupun terpaksa meredah perjalanan selama 13-15 jam untuk sampai ke kampung halaman. Cukup puas bila tiba di kampung. Paling lama sejarah aku bawak kereta pulang ke kampung ialah 14 jam masa kejadian kemalangan maut bas ekspress yang mengorbankan 13 nyawa di Merapoh, Pahang.

Ada sedikit gambar masa beraya hari tu. Tahun ni aku beraya di Kelantan dulu. Ada juga ‘job’ ambil gambar bertunang masa raya. Nanti gambar Majlis bertunang akan menyusul. Layan dulu gambar yang sempat diambil.


Aku bertolak dari rumah jam 3.30 pagi dan bersahur di R&R LPT. Gerak time macam ni jalan dah lenggang jadi tak de lah aku kene meredah kesesakan.

Aku sampai kat kampung 2 hari sebelum Syawal. Macam biasa mak aku mesti tengah sibuk buat ‘ketupat palas’ untuk hari raya. Ketupat palas dia lain sikit sebab dia buat bertangkai. Bila nak makan kena pulas kat tangkai tu. Aku pun tak tahu kenapa kena buat cam tu. Aku tahu makan je. Nak tolong ‘bungkus’ ketupat tu memang tak ramai yang pandai. Letih juga buat ketupat ni. Jadi hargailah menu tradisi kita. Jangan ada anak kita yang dah reti nak makan menu tradisi ni. Kene ajar dan kenalkan kat diaorang.


Dah siap ‘upat’ cakap anak kecil aku Mufid yang baru tahun ni kenal ketupat. Tahun lepas dia baru umur setahun.

Dan menu yang paling ‘exotic’ time nak raya kat kampung aku di Kelantan ialah korang tengok gambar kat bawah. Kalau orang jawa popular dengan makanan ‘exotic’ kulit lembu tapi aku nyer lain sikit tapi bahagian lembu juga. Hee..hee. Kalau ad yang nak cuba boleh ikut aku balik kampung.


Ini dia korang teka apa? Bahagian Idung lembu…tapi kena bakar dululah kasi kulit ngan bahagian luar hangus.


Ini rupa bahagian yang telah siap dibersihkan dan dipotong kecik-kecik. Pastu bolehlah dibuat sup. Tapi kene reneh lama sikit dalam 1-3 jam baru sedap. Saper2 nak resepi bolehlah mintak ngan aku.


Gambar malam raya bermain bunga api ngan anak dan anak-anak buah. Dah 2 tahun bersara dari main mercun ngeee….


Anak-anak aku dah bersiap seawal jam 6.45 pagi. Semangat nak raya.


Tahun ni kami tema ungu. Ramai pulak aku jumpa kat surau orang pakai ungu masa sembahyang raya.


Gambar pakai ‘timer’ tapi tak de tripod. Guna 4 pod je iaitu kerusi yang ada depan mata…macam ni lah jadi gambarnya..hee..hee


Menu wajib di pagi raya. Nasi dagang. Ada lauk Udang, ikan tongkol dan ayam. Pagi dah makan nasi orang pantai timur.

Raya ke 4 baru semua adik beradik aku ada kat rumah ayah aku. Semapat lah aku ambik gambar satu-satu keluarga belah aku. Keluarga belah Terengganu menyusul nanti. Ni pun semua dah tak pakai baju raya. Main sebat je baju…


Ayah dan bonda


Family kakak


Family abang


Family adik


Aku nyer keluarga

Last sekali aku nak ucapkan Selamt Hari Raya buat semua keluarga aku, kawan-kawan, client aku dan saper yang pernah menjengok blog aku termasuk fren kat FB. Maaf Zahir dan Batin. Jemput datang beraya umah aku kat seksyen 27 Shah Alam walaupun aku tak buat open house. Apartment Seri Ixora. Telefon dulu takut tak jumpa rumah. Wokey……


Selamat Ari Raya..pose istimewa dari Muaz Naufal

Author: zakuanhasan

Ambo Budok Baru Blaja Ambik Gambar

7 thoughts on “Gambar Hari Raya Aidilfitri 2011

  1. Salam awe, waaaaa meriah betul aku tengok hari raya ko awe :) bilalah aku nak sampai umah mak ngan ayah ko. Thanks awe sudi kongsi. Makin lama gambar ko makin bestlah awe,hehe. Insyaallah nanti sempat aku singgah umah ko ek :)

  2. nak ikot balik kampong makan ape tah tu yg pelik tuh! hehe

  3. Salam bro, wah mmgmenarik hidung lembu ni , aku suka benda2 eksotok ni , kat mana ada jual?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.