Zakuanhasan Photography

Let My Picture Make U Smile

Ambil Gambar Silhouette

2 Komen


Gambar pasangan Nurol Sofa dan Aizuddin yang aku ambil semasa sesi tag ngan sensei Acaii di Putrajaya bulan lepas.

Macamana nak ambil gambar silhouette? Secara mudahnya, dalam fotografi, silhouette adalah apabila subjek kelihatan sebagai bentuk hitam dengan latar belakang yang lebih cerah. Ia telah menjadi satu ekspresi artistik dalam fotografi, yang mana setiap fotografer mempunyai cara dan citarasa mereka tersendiri untuk melakukannya.

Secara teknikalnya, effect silhouette boleh dicapai dengan apa saja sumber cahaya dan biasanya cahaya matahari adalah contoh penggunaan sumber cahaya yang paling mudah/biasa kita lihat dalam gambar-gambar yang menggunakan effect silhouette. Ada juga photografer yang menggunakan effect speedlight yang diletakkan dibelakang pengantin. Hasil sebegitu memerlukan ‘equipment‘ yang lengkap.

Dalam penggunaan effect silhouette, sesetengah orang lebih senang untuk mendapatkan imej subjek yang 100% gelap berbanding latarbelakangnya. Ada juga yang mempunyai citarasa yang berbeza dengan hanya memastikan subjeknya separa gelap contohnya gambar pengantin yang membelakangi tingkap atau langsir .

Tapi, berbeza pula kalau mengambil gambar subjek berlatarbelakangkan pemandangan sunset. Mungkin, dalam banyak-banyak gambar yang aku ambil, antara gambar yang akan aku pilih adalah gambar yang menggunakan silhouette effect dengan subjeknya yang 100% gelap. Sebab? Pemandangan sunset itu juga mungkin merupakan satu mesej yang ingin aku sampaikan melalui gambar tersebut.

Jadi, gunakanlah teknik effect silhouette ni mengikut kesesuaian dan citarasa anda sendiri. Untuk dapatkan gambar sebegini aku perlu mengetip shutter lebih 20 kali dan kadang-kadang lebih. Masa yang tepat juga perlu diambil kira kerana jarak masa matahari terbenam agak cepat lebih kurang 10-15 minit.

Author: zakuanhasan

Ambo Budok Baru Blaja Ambik Gambar

2 thoughts on “Ambil Gambar Silhouette

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.