Perihal zakuanhasan

Ambo Budok Baru Blaja Ambik Gambar

Hanif + Yati : Kuala Terengganu

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah ari ni baru boleh up load gambar setelah lama PC aku ada masalah teknikal. Bulan April dan awal Mei kat opis kerja hakiki pula agak padat dan perlu disiapkan dengan segera. Tetapi kerja-kerja shooting dan editing tetap aku teruskan macam biasa pada belah malam. Inilah rutin photografer picisian…hee..hee.

Yati dan Hanif ialah adik ipar aku. Diaorang nak juga aku yang shoot diaorang. Tapi pada hari kenduri aku tak dapatlah nak cover penuh macam majlis-majlis psangan yang lain. Aku kenalah juga menolong sedara-sedara buat kerja kenduri. Ni pun kira celup-celup ngambik gambar. Mana yang sempat lah ya adik iparku…ngeee….selamat menjamu mata gambar nikah diorang. Masa hari bersanding ada satu kejadian yang agak menyedihkan berlaku, sampai sesi ‘outdoor’ pun terpaksa dibatalkan. Yang tu sambung citer kat bawah.











Hari bersanding macam biasa ramai tetamu yang datang. Maklumlah mertua dah lama tak buat kenduri. Hampair semua tetamu yang dijemput hadir. Lauk pauk pun sekejap je habis. Nasi pula bertambah masaknya. Orang kata berkat kenduri kalau tetamu ramai datang. Tapi selalu orang sebut ‘malang tak berbau’. Pada petang hari bersanding berlaku kes kecurian dalam bilik pengantin. banyak jugalah duit dan barang-barang yang hilang. Hilang ‘mood’ pengantin nak keluar bergambar. Mujur masa berlaku tu tetamu dah beransur reda. Berani betul orang yan buat kerja macam ni. Patutlah Allah buat hukum hudud. Bagi semua orang takut nak buat benda-benda macam ni. Layan gambar Majlis persandingan.





















Gambar-gambar pengantin banyak diambil dilokasi pelamin hari tu. Sesi outdoor dibatalkan disebabkan kes kecurian tersebut. Peristiwa macam ni lah yang merisaukan photografer jika berlaku. Maklumlah photografer ni orang luar dan bukan sedara mara. Jadi buat pengantin jika photografer mohon izin untuk bersolat di ruang tamu rumah berilah izin walaupun kami ni disuruh bersolat di bilik pengantin kadang-kadang tu. Mohon jauh perkara ini berulang dan sama-sama lah kit ingat dan memberi ingat.











Tahniah keluarga aku menerima ahli baru lagi. Moga cepat menimang cahaya mata. Harap-harap kali yang ‘girl’ pulak. Setakat mertua 5 cucunya semuanya ‘baby’ girl.

Nota: Mat Nor bila pulak nak naik pelamin.

Citer Pasal Anak

Selalu kita dengar citer orang buang anak selepas anak dilahirkan. Itu yang selalu kita dengar. Tapi dalam tak sedar ramai juga antara membuang anak msa mereka tengah membesar bersama kita. Bukan buang mereka diluar rumah, dalam tong sampah dan sebagainya tetapi kita buang perasaan mereka. Ramai kita itu termasuk aku juga agaknya. Kadang-kadang kita tidak sedar kita tidak mengendahkan anak kita ketika mereka memerlukan kita. Ketika mereka meminta kita sesuatu, ketika mereka bertanyakan pertanyaan-pertanyaan remeh-temeh kepada kita, ketika mereka menuntut janji kita kepada mereka yang kadang-kadang kita lupa akan janji kita yang kita ingatkan anak kita lupa akan janji yang kita pernah ucapkan. Banyak kita buang perasaan mereka. Ini yang aku dengar dalam satu ceramah Ustaz Don dalam You Tube yang bertajuk bapa buang anak. Bila nak ini besar mereka kana buang kita pula.

Gambar after wedding pasangan Hafiz dan Saiyiddah di Bukit Tinggi, Pahang. Nice place to capture a picture.
















Glamour pengantin hari tu sebab ramai pelancong arab nak bergmbar dengan diaorang. Terpaksa jugalah aku memberi ruang kat pelancong-pelancong tu buat kenangan.

Bertandang Hafiz & Saiyidah : Sungai Pinang, Sg. Besar

Salam, baru dapat up load gambar bertandang pasangan ini. Rumah pengantin lelaki betul-betul dikelilingi sawah padi yang menghijau. Memang idaman photografer jika dapat ‘shoot’ kat kawasan sawah padi. Nampak sejuk je pengantin dalam suasana begitu. Thanks pengantin yang berjaya menghabiskan ‘shooting’ sebelum hujan turun.

Pasangan ini memilih untuk membuat sesi outdoor majlis persandingan diaorang yang tak sempat hari tu kat Bukit Tinggi Pahang. Tempat ni 1st time aku pergi. Ni yang seronok jadi photografer ni. Boleh travel. Tapi letih tak ingat jugak. Janji aku enjoy ngan kerja aku dan pengantin pun boleh ‘smile’ bila tengok gambar mereka nanti.

Majlis Perkahwinan Hafiz + Saiyidah

Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja macam biasa aku layan Sinar Fm. Pagi tadi selain SY, KE dan Kerel ada tetamu jemputan Dr Fadhilah Kamsah. Pagi tadi diaorang berbincang soal kerenah bos di tempat kerja. Bermacam-macam cerita pasal bos. Peratus tertinggi ramai yang menceritakan kebanyakan bos bersikap pemarah, suka mengarah dan macam-macam. Semuanya banyak yang negetif.

Apa yang menarik dan dapat aku ambil pengajaran dari Dr Fadilah Kamsah pagi tadi ialah hasil kajian yang telah dibuat hanya 1% dari pekerja yang mendoakan supaya bos mereka menjadi seorang yang positif, penyanyang, baik dan lai-lain. Hanya 1%. Aku pun rasa aku tak termasuk dalam peratus 1% tersebut. Moga lepas ni kita menjadi orang yang lebih positif kat orang lain termasuk bos aku dan kawan-kawan di tempat kerja. Dr Fadilah bagitahu lagi. Jika kita inginkan sayang, sayang yang datang kepada kita. Kita inginkan kebencian, kebencian yang datang kepada kita. sama-sama kita iktibarkan.

Gambar tatapan pasangan pengantin lelaki Hafiz dari Sungai Besar, Selangor bertemu jodoh dengan orang pantai timur Saiyidah dari Kota Bharu, Kelantan.





















Terima kasih keluarga pengantin yang memberi layanan baik sepanjang majlis berlangsung. Kaum keluarga pun semua ramah-ramah belaka. lagipun Saiyidah ni anak sulung. Jadi majlis pun agak ramai sedara jauh datang. Tahniah buat korang.

Majlis Akad Nikah Hafiz + Saiyidah: Kota Bharu, Kelantan

Malam selasa lalu aku berkesempatan menghadirkan diri satu majlis ilmu yang membicarakan satu hadith menyebut tentang ‘setiap amalan itu dimulakan dengan niat’. Ini adalah salah satu hadith yang paling lazim dan selalu kita dengar. Memang semua benda yang kita buat memang datang dengan niat dulu. Allah S.W.T Maha Pemurah. Setiap niat yang baik akan dicatit amalannya walaupun kita belum lakukannya lagi. Kalau niat buat jahat amalannya akan dicatit bila amalan tu dah berlaku. Alangkah bagusnya agama Allah ini. Dengan niat pun ia telah memandu kita dalam menentukan gerakkerja kita seharian.

Jadi setiap hari sebelum keluar rumah selalulah berniat untuk melakukan perkara-perkara kebaikan. Moga hidup kita pun selalu ke arah yang positif dan kita menjadi orang yang berfikiran positif. Cewahh macam ceramah Dr Azizan pulak. Aku tak pernah pergi pun. Harga ceramah dia pun boleh tahan gak. Tapi ramai orang yang datang. Padahal dalam pengajian hadith dah ada ajar tentang perkara ini. Kita je yang jarang nak mendengar huraian hadith Rasullullah. Pengajian ni pun ‘free’ je kat surau-surau. Tapi ‘belenggu’ memang banyak menghalang kita untuk ke majlis ilmu. Ingatan untuk diri aku sendiri juga.

Sedikit gambar majlis akad nikah sahabat aku Hafiz dan Saiyidah yang telah bergelar suami isteri. Aku mohon maaf di atas kelewatan up load gambar kalian. Lepas ni insyallah akan menyusul gambar-gambar majlis seterusnya.

















Nota: Sebarang pertanyaan untuk ‘booking’ majlis kawin bolehlah emailkan saya di awemerahmerah@yahoo.com atau lihat FB saya zakuan awe

Hari Kelahiran

Masa hujung minggu yang lepas masa aku hadir satu kuliah agama kat surau rumah aku ustaz Hamdan tengah menyampaikan berkaitan tajuk meraikan hari kelahiran Rasullah S.A.W. Aku cukup suka dengan kesimpulan yang dibuat oleh beliau tentang ramai sekarang orang mengatakan bahawa amalan ini adalah bidaah. Ustaz Hamdan bagitahu; hari jadi sultan pun kita sambut, hari jadi anak kita pun kita sampai bertiup lilin, ini pula hari jadi Nabi Muhammad S.A.W. Siapa yang lebih utama. Jadi beliau menambah lagi, jika sesuatu amalan baik seperti amalan memuji Rasullah kita tak nak buat jangan sampai kita bertindak atau menjatuhkan hukum untuk menghalang orang lain untuk melakukannya.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Teaser pasangan Hafiz dan Saiyidah

Nota: Tahniah dan terima kasih kepada isteri aku yang telah selamat melahirkan putera ke-4 aku yang diberi nama Muhammad Firdaus Waiz. Nanti gambar-gambar si kecil ni akan banyak menghiasi blog aku ni. Hee..hee. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mengucapkan selamat dan datang ziarah.

Majlis Perkahwinan Faizal + Nurul

Semalam bermulalah sesi persekolahan baru bagi tahun 2012. Macam biasa juga pejabat juga lenggang dengan staf-staf yang ada anak yang baru masuk ke sekolah terutamanya baru masuk darjah satu bercuti. Macam-macam ragam juga akan berlaku di hari pertama sesi persekolahan. Ada yang tak mahu ibubapanya meninggalkan mereka bersendirian. Ada yang menangis. Ada yang gembira. Ada yang macam tak apa-apa berlaku.

Aku masih ingat lagi masa mula-mula masuk darjah satu. Masa tu kat Kelantan bulan Januari masih lagi musim tengkujuh. Semua baju, seluar dan kasut baru habis basah kena hujan. Masih lagi aku ingat aku kena pindah ke kelas B sebab kelas A dah penuh. Nama aku kan mula dengan huruf ‘Z’. Tapi ayah aku tak kisah pun. Masih aku ingat lagi dulu darjah satu kena pakai seluar pendek. Tapi dulu ayah aku tak de kamera. Kalau tak mesti ada gambar aku berseluar pendek pergi sekolah. Lepas tu arwah mak aku letak air teh o dalam botol buat bekal. Aku ingat lagi beg sekolah pertama aku warna merah. Lepas tu aku suka bawak ‘stail’ sandang tali tu kat kepala depan. Dulu buku sekolah nipis je. Dulu rambut mesti sikit belah tepi je. Lepas tu ‘mak’ letak bedak putih kat muka. Nak kasi ‘hensem’. Kenangan dulu-dulu kan. Semua masih dalam ingatan. Tapi kalau ada gambar lagi boleh ditatap-tatap dan ditunjuk kat anak-anak aku sekarang.

Sambungan gambar Faizal dan Nurul di Tanah Merah, Kelantan. Pengantin yang paling banyak persalinan bajunya. Ada 6 pasang kalau tak silap aku la. Semuanya cantik-cantik dan padan dengan pilihan Nurul. Layan dan komen dialu-alukan.

Masa bersanding hujan turun agak lebat juga. Tapi petang sikit hujan dah reda dan dapat juga kitaorang buat ‘outdoor’ kat stesen keretapi Tanah Merah. Meriahnya ramai sedara nurul nak ikut sama sesi outdoor ni.

Terima kasih Nurul dan Faizal sudi memberi banyak ‘pose-pose’ menarik untuk klik detik indah mereka. Tahniah sekali lagi.

Welcome 2012


Gambar malam tahun baru: Masjid Negeri, Shah Alam

Salam, akhirnya 2011 berlalu dan datang pula 2012. Dan saat ini juga semua orang bercerita pasal azam tahun baru. Semua orang masing-masing mengharapkan yang terbaik dalam hidup. Semua orang nak supaya tahun baru lebih baik dari tahun yang sebelum ini. Bagi aku sambutan tahun baru kat Shah Alam kali ni agak berbeza dari sebelumnya. Tiada dentuman bunga api seperti kebiasaan.

Malam tersebut penganjur iaitu kerajaan negeri mengambil pendekatan menarik golongan muda dengan mengadakan program sembang santai yang di’host’kan oleh Zizan Raja Lawak dan panel Ustaz Azhar Idrus. Kehadiran memang diluar jangkaan penganjur. Semua orang terhibur dengan penyampaian ilmu agama dalam keadaan santai. Aku juga tak jangka kehadiran seorang ustaz yang sebelum ini ‘hit’ di You Tube juga mendapat tempat dihati masyarakat untuk bertemu beliau secara dekat. Populariti beliau mengalahkan ‘artis’ tanahair yang terkenal. Moga ilmu yang ingin beliau sampaikan secara dakwah sedemikian dapat meresap ke jiwa orang-orang yang dahagakan agama dan yang masih mencari agama. Moga tiada lagi melebelkan Islam agama yang ‘rigid’. Islam adalah agama yang universal atau syumul. Cuma kita yang masih dibelenggu ‘dungu’.

Nota: Azam aku tahun ini agar aku terus dapat menghayati dan mengamalkan agama dalam kehidupan diri dan keluarga. Sama-sama kita doakan. Amin.

Majlis Akad Nikah Faizal + Nurul, Tanah Merah, Kelantan

Salam, Faizal dan Nurul adalah pasangan pengantin dari negeri kelahiran aku, Kelantan. Untuk ‘job’ kali ni aku naik bas sahaja ke Tanah Merah, Kelantan. Lama betul dah aku tak ‘travel’ dengan bas ni. Masa belajar dulu ini memang pengangkutan utama aku untuk pulang ke kampung nun jauh di pantai timur. Kalau masa raya memang kitaorang berebut beli tiket bas. Takut tiket habis.

Rumah Nurul ni pun dekat dengan stesen keretapi Tanah Merah. Alhamdulillah tercapai jugak aku nak ‘shoot’ pengantin di landasan keretapi untuk majlis perkahwinan mereka. Terima kasih juga kat mak Nurul yang menyediakan aku ‘homestay’ untuk bermalam. Sikit gambar-gambar masa majlis akad nikah mereka. Tahniah buat pengantin baru ni.

Nurul ni di andam oleh ‘otai’ mak andam kat Kelantan. Dah agak berumur dah dia. Orang panggil dia ‘Su atau Ayah Su’. Seronok tengok dioarang ni bekerja. Sambil menunggu sebelum ke masjid untuk akad nikah aku borak-borak dengan mak andam ni. Ada jugak aku bertanya pengalaman-pengalaman mereka dalam bisnes ni. Mereka pun melalui macam-macam dugaan sebelum berjaya. Dapat jugak aku seketul dua ilmu dan pengetahuan hari tu dari orang lama. Kata orang kalau malu bertanya sesat jalan….sambung tengok gambar pengantin.

Sekali terima kasih dekat Nurul dan Faizal. Tak lupa juga keluarga. Sabar deh tunggu album korang. Saya akan buat yang terbaik biar puas hati.

Nota: Hari ni 31 Disember 2011 adalah hari terakhir untuk pembayar-pembayar zakat membayar zakat bagi tahun 2011. Hari ni jugak kaunter Lembaga Zakat Selangor dibuka dari jam 9 pagi hingga jam 9 malam. kalau korang tak sempat boleh juga membayar menerusi internet banking menerusi bank-bank korang yang dah biasa dibuat. Boleh telefon talian zakat selangor di talian 1 800 88 5353 atau layari portal LZS.

Majlis Bertandang Mahmud + Hidayah, Bukit Rimau, Klang

Salam, hujung tahun aku kat pejabat memang adalah bulan sibuk melayan pelanggan-pelanggan datang membayar zakat ke kaunter. Macam biasalah, zakat dah sampai hujung haul masing-masing pun berpusu-pusu ke kaunter zakat. Sebenarnya kaedah bayar zakat dah banyak alternatif lain seperti perbankan internet, ejen bank dan pos dan juga melalui mailing pun boleh dibuat. Cuma, masih ramai yang suka datang kaunter zakat .Mungkin sebab lebih rasa lega menyerahkan sendiri duit dengan tangan sendiri, pastu tu pulak ada doa dari amil dan amilah. Sejuk rasa selepas didoakan. Apa pun cara korang nak tunaikan zakat, janji korang jangan bertangguh-tangguh. Takut pulak rezeki dari Allah pun ditangguh-tangguh.

Sempat sikit ‘upload’ gambar bertandang pasangan Mahmud dan Hidayah kat Bukit Rimau, Klang. Ayah Mahmud ni sebenarnya ialah ketua Hakim Syarie Selangor. Jadi tetamu-tetamu yang datang hari tu pun terdiri ramai dari ahli-ahli agama seperti Mufti, Pengarah Jais, MAIS dan ramai lagi lah. Mahmud ni juga ialah anak sedara kepada ‘arwah ustaz Asri’-penasyid kumpulan Rabbani. Aku rasa bertuah sangat dapat shoot keluarga diaorang ni. Ada juga sedara dari Singapore yang datang satu bas rombongannya.

Majlis bertandang ni memang tak de ‘outdoor’ atas sebab permintaan pasangan pengantin sendiri. Sebagai photogafer kita perlu akur dengan keputusan pelanggan kita walaupun kehendak kita lain. Tahniah buat Mahmud dan Hidayah.

Terima kasih kepada pengantin dan keluarganya yang memberi layanan yang terbaik. Rambutan hari tu memang ‘fresh’ sebab baru je dipetik dari pokok depan rumah diaorang je.