Majlis cukur jambul: Mufid Mikail

Salam, entry kali ni pasal ambik gambar majlis cukur jambul. Majlis ni berlangsung kat kampung aku di Pasir Puteh, Kelantan. Genaplah umur Muhammad Mufid Mikail sebulan. So, ni sempena ‘monthlyvessery’ lah cakap orang putih.

Jadi akulah jadi fotograper malis ni.Senang ke susah nak ambik gambar majlis2 macam ni. Bagi aku yang tahap budak tadika ambik gambar macam ni boleh je. Cuma aku punya ‘gear’ pun tahap yang seadanya je.

Pertama kita tak yah suruh ‘subjek’ kita tu bagi ‘pose’. Tapi masalahnya ialah mungkin pose yang ada tu macam biasa2 je. Tapi yang penting ‘pose’ baby tu nampak itulah face baby tu…

Kedua pulak bila majlis tu ialah majlis ‘keagamaan’, ada selawat dan tahlil sekali. Jadi perasaan segan tu ada jugak lah…apalagi kalu aku sendiri tuan rumah. Tapi minat punya pasal nak belajar ambik gambar…tahan jelah…

Sepanjang majlis tu ayah aku iaitu ‘tok ayah’ anak aku yang banyak memainkan peranan. Thanks to ayah aku walaupun dia tak baca ‘blog’ ni. Manalah kat kampung aku ni ada ‘bloger’…tapi kat kampung2 lain banyak yang dah ada kut??

Layanlah sikit gambar2 yang menjadi dari pandangan aku:

ed1

Tengah stanby sebelum majlis. Rilek kat atas sofa w’pun masa tu sepupu2 dia tengah riuh rendah kat atas rumah ayah yang lantainya kayu…dah lama

ed2

Bagi susu dulu takut nanti dia nangis. Mufid kalu dah lapar tak mahu dipujuk dia ni.

ed3

ed4

ed5

ed6

Dah botak dah…nangis dia bila aku tunjuk cermin kat dia. Macam lah dia dah tahu tengok cermin. Semua anak2 aku aku yang jadi tukang gunting dan cukur kepala. Nasib baik ayah aku ajar gunting rambut dulu. Jimat belanja gunting rambut anak2 aku…hee..heee

ed7

Hensem gam bila dah botak ni. Berat Mufid la ni dah 4.8kg….cepat tul badannya naik….

Nota: Saper yang teringin nak ambik gambar majlis2 cukur jambul, bestday anak, anniversery dan sewaktu dengannya…bolehlah contact: Abadikan detik2 macam ni yang mungkin sekali je dalam hidup kita sekeluarga. Just tulis je kat komen.


3 thoughts on “Majlis cukur jambul: Mufid Mikail

  1. cayalah awe, dah nampak muka hero baru nih..:) pasni tak taulah dia nakal cam sapa lagik,hehe..semoga mufid jadi seorang anak yang soleh bila dah besar nanti,amin.

  2. wahhhh…kuar jugak muke hero baru dlm family ko awe…
    muke same je 3 org ni awe..
    hahahhaa..
    gmbr² ko dh ok ni..
    juz pasni kena jage² dgn white balance (benda ni aku pn slalu lupe nk tukar)..hehheehe

    1. Haa..haaa mesti anak aku baik macam aku. Tapi aku hensem kurang sikit la.

      TQ, atas teguran ko tu. Aku masih lagi terkial2 tang white balance tu. Nanti nak menuntut lagi ni. Biasa pakai auto je.

      Turun tak stadium bukit jalil. Aku ada tiket kalu nak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s