Final Piala Malaysia 09:Bukit Jalil

Salam. Sebut saja tentang bola mesti ramai orang minat pasal sukan yang satu. Bukan setakat kat kampung, kat jalan raya pun ada orang main bola. Bola ni bila masa piala dunia lagi ada orang ‘fanatik’. Sampai ambik cuti jika team diaorang dapat masuk final.

Entry ni nak citer sikit pasal Final Piala Malaysia yang baru berlangsung pada 7 November 2009. Panjang sikit sebab bukan selalu.Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Cerita aku mesti bergambar.

Macam2 ragam yang dapat dilihat pada hari tersebut sampailah ke wisel penamat. Yang korang dengar mercun kat TV tu, masa kat dalam stadium lagi pekak telinga aku ni. Ngalahkan liga Argentina. Kenapa aku gi jugak dah tahu macam tu? Negeri aku bro yang main. Bukan selalu…sejak 49 tahun yang lepas. Tak hairanlah penyokong kelantan malam tu hampir 70% dari jumlah penyokong malam tu.

Dan aku lihat ramai kelibat kawan2 fotograper yang masing duk ambik candid penyokong2 kedua2 pasukan. Masing bawak ‘gear’ yang boleh tahan jugak (ni bukan fotografer yang kat tepi padang tu). Ni yang macam aku je…hobi dan nak belajar ambik gambar. Ada nikon, sony, canon, olympus dan macam2 lagi. Best jugak….bila pegang DSLR ni bile je hala kat muka orang mesti diorang akan ‘posing’ punya…lepas tu tanya ni masuk ‘paper’ mana?? Nak tergelak pulak aku..Mungkin sebab malam tu aku pakai baju yang tak menunjukkan aku ‘dari negeri mana….mereka ingat aku wartawan.

Layan dulu gambar sambil bercerita:

e1

Pukul 3.30 aku dah gerak ke sana. Ingat awal lagi…rupanya orang dak siap parking kat tepi highway dah…Jem la…nak hujan pulok tu…aduss dah aku tak de ‘flash’…masa ni aku kena banyak belajar tul tak?? Harap2 tak hujan lebat sangat la. Aku bawak kereta sebab moto aku dah tak boleh nak gerak jauh….w’pun Bukit Jalil ngan umah aku dalam 20 km je.

e2

Aku pilih untuk parking sebelah penyokong N9. Sebab penyokong Kelantan ramai sangat. Jadi senang jelah aku dapat parking. Tapi korang jangan la pakai baju negeri korang. Tup…tup aku jumpa hulubalang ‘Hobin jang Hobin!!’…apalagi aku ambik la gambar dia…nasib baik aku leh cover aku punya loghat…

e3

Aku pusing2 dulu kat luar stadium sebelum masuk ngan adik ipar aku. Aku kan suka ambik gambar budak2…jumpa yang agak2 ok dia punya posing aku ambik la. Mak dia pun sporting. Tu la lebihnya pegang DSLR w’pun tak reti sangat. Kalu korang yang terer2 tu mesti tak ambik gambar cam aku ni..kan?? Tolong beri tunjuk ajar la mana yang terkurang ya.

e6

Makcik ni datang dari Kelantan ni. Anak dia pun dah letih nak tunggu masuk stadium. Tertidur. Memang fanatik betul orang negeri aku ni. Macam piala dunia pulok demam dia. Layan gambar lagi.

e5

Bila dah kena jalan 20 langkah sejam macam ni la jadinya…mulalah langgar ‘bontot’…ni masa tunggu pintu stadium dibuka. Ada yang dah mengamuk2 dah..macam stadium tu kecik je. Aku tanya kenapa nak masuk awal bang?? nak rebut tempat duduk ‘grand stand’…macam nak tengo F1 pulok. Saper yang selalu masuk stadium tu tahu la ‘port’ mana yang bset nak duduk..ye tak?

e7

Habis ditinggal bendang kat kampung….semata2 sebab bola. Kelab penyokong pesawah…hee..hee

e8

Korang pun pelik kan macam mana mercun boleh dibawa masuk. Ni antara sebabnya. Ada pemercun berani mati punya geng….takbir!! takbir!!

e9

Aku malam tu ada pegang tiket kawan2 yang datang lambat. Biasalah bila dah sosak2 cam ni mulalah ‘line’ HP problem. Aku pun heran jugak…tengah2 snap gambar tu bila aku tengok bailk dekat skrin D60 aku rupanya ada ‘musuh’ maskot DiGI. Patut la line telefon problem dalam stadium malam tu. Masak kawan aku tak dapat masuk sebab tiket ada ngan aku. Saper suruh korang datang lambat….

Layan dulu gambar2 sebelum game mula..

e10

e12

e13

e14

First time pak cik ni tengok final Piala Malaya 40 tahun dulu umurnya baru akhir baligh…katanya la..cayalah pakcik w’pun dah tak larat nak buat ‘mexican wave’…

e15

Aku tak ‘tele lens’..nak shoot jauh2 memang tak dapat la…’tele lens’ macam kat atas ni banyak la..tapi jenis jenis zoom bunyi punya. Ukuran dia pun ikut mm jugak. Ini rasa aku 341mm ni….pergi gak dekat 500m. Kalu satu tak pe jugak, ni keliling aku orang pakai zoom ni. Nak ‘tuli’ telinga aku..(tuli tu adik sikit dari pekak)..hee..hee

Gambar masa dah tahu Kelantan kena 3-0 tak banyak aku sempat ambik. Sebab penyokong2 pun tak mahu dah tunjuk muka diorang yang ‘monyok’ tu kat kamera aku. Ada gak yang menitis air mata. Bola2 oh..oh bola…

e17

e11

e4

W’pun Kelantan tak dapat bawak balik Piala Malaysia yang asli dapat bawak balik replika pun kira ok jugak. Semua ni kenangan. 40 tahun dulu last ada macam ni. Aku pun tak de lagi.Tak tahu bila pulok aku leh tengok negeri aku masuk final. Tapi kalu ada negeri lain pun aku gi jugak stadium sebab nak ambik gambar punya pasal.

Note: ambik lah gambar buat simpanan kenangan. Saper nak ambik gambar wedding tu aku leh rekemen kan ‘sensei’ aku…..mohon maaf la kalu ada tulisan kat atas tu terkena kat saper2….


10 thoughts on “Final Piala Malaysia 09:Bukit Jalil

    1. Sil-salam…memang colouring habis malam tu…apapun saya sendiri pun tak setuju dengan tindakan segelintir penyokong melanggar adab2 dalam stadium….nanti gambar2 ganas2 penyokong pulok saya akan masukkan..insyallah.

  1. Terbaiklah awe..:) sejak ada dslr ni makin rajin amik gambar,hehe..:) gambarpun makin best, cuma kena perbaiki dari segi composition skit..tapi overall dah best ni..

    Malam tu aku sokong nogori awe,sebab mak den orang nogori,hehe..:) tapi betullah cakap ko memang tak patutlah diaorg buat camtu, satu malaysia tengok..persepsi kat penyokong kelantan dah tercalar skitlah. biasalah sikit je yang buat hal, yang kena kutuk ramai plak..

    Apapun kelantan main tak best sangat malam tu, macma lemau skit,defence kucar kacir..takpe, tahun depan cuba lagi,hehe..

    1. TQ sensei acai…composition.. nanti aku belajar lagi ngan ko…apapun ko memang yg terbaik antara yg ada nikon..

      Betul2 ckp ko tu…bini aku pun pun ckp ore kelate ni samseng…tak best la bilo dengar mcm tu..kan??kan?? padahal aku ni baik …hee…heee..sebab nila 2,3,4 titik abis rosak susu sebaldi….

      Jgn serik ajak aku ikut ko jd assistant…leh try lens black ice piece ko lagi…aku pun nak cr speedlight gak lah.

  2. ~ cylah awe, layan gak tgk gmbr2 ko ni. psl gmbr ni ilmu ak cetek lg. xdapek nk komen pe pun. yg pntg memey best.
    ~ dgn bola ni mmg mcm2 hal leh brlaku we. dan dgn bola la fabregas kamcing ngn gerrad (sbg cth) hehee.. sedih dan keciwe tgk fan kelantan mcm tu. mlm tu kalo negeri ak sokong kelantan sbb mak ak asal sane. tp kalo nk ikutkan manager ngn player aku sokong n9 sbb wan jamak, idris karin ngn rezal zambree yahya asal johor. hehehe.. =D
    ~ hope perkara cm tu xberlaku lg dan thniah pd kelantan walaupn hanya msuk final. taun dpn ade lg.

    1. Aku pun bukan jenis nak layan sgt tentang keputusan tu. Tapi aku respect gak kat ore kelantan yg sanggup berpusu-pusu memberi sokongan. Tapi tentang sikap tu aku pun tak setuju…n9 layak menang malam tu…

      Tahun depan arap2 aku leh lagi masuk stadium dan ambik gambar yg lebih baik yg ini….insyallah!! bila nak angkat satu SLR?? Jumaat ni kat sport planet sek 16 ok..

  3. salam awe..bkn main lagi ye ko shoot..hahhaa…dh makin ok gmbr ni..juz kebiasaannye, kalu nk shoot candid, kne ade mate yg tajam u cpt kesan subjek n rakam moment2…kalu ade bnde2 mmg satu kelebihan lah..hehehe..byk plk aku merepek…satu lg kne rajin std lah sblm kite nk shoot…hehe..psl fan kelantan² xleh nk kate ape lah..sesetengah fan menyebabkn name ngeri jd buruk…xpsl2 aku kt cni pn kne tempias walaupn aku org trg.. :p..truskn b’karya we..

    1. Cots, terima kasih otai sudi jadi pemerhati gambar2 yg x seberapa ni…terima kasih jugak atas bimbingan ko…aku akan terus belajar…bilo lak leh nak kuar ngeteh ni..sebelum sifuu tukar ‘orang puteh’?? Ko datang la main futsal ngan kitaorang…sifuu ada skali…

  4. aku tak tgk pun..kt tv pun x tgk tapi aku blh tgk kt sini hehehehe…bagus2.. sekurang2nye ko berjaya captured beberape (byk kot..) moment mase tu.. kadang2 gambar yang cantik bukan saje dinilai berdasarkan rules fotografi tetapi juga berdasarkan momentnye..

    sibiknye ayat aku kakakakaka…teruskan ambik gambar..bio sampai lebam sbb ko bkn saje ambik gambar tapi ko belajar skali..nnt blh ajar aku pulak..

    p/s: Chelsea menang kakakkakaka…

    1. Zenn, TQ sudi singgah. Aku pun x berapa reti lagi pasal rules fotografi tu…nanti aku menuntut ngan sifuu aku ..Bro Acai….apa-apa hal pun banyak moment yg best tapi aku simpan dalam memori kepala aku jelahh..hee

      Tahniah la chelsea menang lagi….asyik MU je jadi juara x best aaaa……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s