Qada & Qadar Allah Taa’la

Salam, entry sajer je nak menyelit sikit kisah diluar topik ambik gambar. Tapi entry ni pun bergambar jugak.Cuma gambarnya nyata atau hanya gambaran yang mampu kita rakam. Terselit kisah dan cerita yang tak mungkin hilang dari ingatan aku. Dan korang yang mengikuti berita ni dari dulu pun mungkin tahu kisah ni.

Cerita seorang kawan. Kawan rapat sebelah bilik aku di U dulu. Kawan rapat satu team sukan di U dulu. Kawan satu negeri ngan aku. Kawan suka dan ketawa aku.Kawan satu tempat kerja aku dan dia di stesen minyak dulu. Kawan bermain aku dan rakan2 lain.

Semua cerita tu berlalu kira2 5 tahun yang lalu. Semua cerita ni macam mimpi bagi aku. Berita beliau yang keluar di newspaper hujung minggu lepas memang ‘menyentap’ juga perasaan aku sebagai seorang kawan.

Semua kawan2 lain terkejut. Mulanya 5 tahun lepas terkejut dengan tindakan beliau sanggup bertindak diluar pemikiran logik kita yang waras. Sanggup ‘membunuh’ kerana satu alasan dan satu patah perakataan . Iaitu ‘CINTA. Dan 5 tahun dari tarikh itu pula aku terkejut yang beliau akan dijatuhi hukuman gantung.

Irawadi atau wadi….sudah lima tahun aku tidak berjumpa dengan dia. Sudah lima tahun kami kawan2 mengikuti perkembangan dia. Berdoa agar hukuman yang diterima tidak seperti ini atas dasar perasaan seorang kawan. Tapi inilah takdir Allah. Atau kita diwajibkan beriman dengan Qada dan Qadar.

Bukan maksud aku ingin membesarkan isu ini. Tetapi sebagai peringatan kita yang bernama Muslim dan mengaku beriman. Semua berlaku tidak tidak pernah kita terfikir. Kita selalu membaca berita tentang orang lain terlibat dengan kes2 seperti ni. Bila contoh terdekat ini berlaku dekat dengan kita. Baru kita tahu apa rasanya.

Peringatan untuk semua. Iman bukan sekadar diucap dan dikata. Iman nyata bila kita diuji oleh Nya. Sentiasa kita selalu berdoa. Moga hal2 yang tak mampu tertanggung oleh kita dijauhiNya.

Al-fatihah untuk Arwah Norzi Ayu. Moga rohnya mendapat tempat dikalangan orang2 yang dikasihi.

Orang yang membunuh dan orang yang dibunuh keduanya kawan baik aku. Tak tahu aku dan kawan2 yang lain nak kata. Semua ini adalah Qada dan Qadar Nya.

Panjang cerita ini jika aku ingat kembali. Aku sempat melihat Arwah di hospital. Sempat melihat “Wadi” menyerah diri. Sempat berbicara bersama2 kawan2 tentang kenapa ini berlaku??

Ini sebenarnya satu ingatan untuk kita semua. Dalam kita berketawa…..jangan lupa mohon istighfar pada Nya.

W’slam.

Aku dan kawan2 masih lagi mengharap agar hukuman yang dijatuhi dapat diampunkan. Di dunia dan juga di akhirat.


11 thoughts on “Qada & Qadar Allah Taa’la

  1. Salam awe,
    Akupun tak tau nak bayangkan camne kalau kawan baik sendiri buat camni..dan yang kena bunuhpun member baik gak,huhu..kekadang ada masanya kita tak bersifat normal dan diluar batasan kemanusiaan..

    Sebab tu kita sentiasa digalakkan berzikir supa sentiasa ingat Allah..bila kita ingat Allah maka insyaallah benda2 camni takkan berlaku..syaitan susah nak masuk dalam diri kita..

    1. Salam brother zenn, moga sama2 kita mohon pada Allah perkara cam ni jauh dari diri kita dan keluarga kita..dan kalu ada pun mohon Allah tambahkan kesabaran pada kita.

      Banyak job lan ni bro?

  2. salam we..
    mmg ssh nk trima hakikat bnde2 cmni kan..
    lbih² lagi kalu kwn yg rapat kite..
    kwn time suke duka..
    tapi ALLAH itu ADIL kan we..
    moga kita semua dijauhkan dr p’kare2 yang tak diingini…

  3. Salam we
    mmg terkejut dan xsangka kalo berlaku kat mmber sendiri we. manusia ni mmg kompleks yg mane kekadang kite xle jangka sifat dlman dia. mudah2an taubatnya diterima Allah..
    dgn perkara yg diluar jangkaan spt ni la yg membuatkan kite berhati2 dlm semua benda tak kire dlm memilih kawan mahupun bergaul.

    minta maaf we di atas segala salah silap ak kat ko sm ada sngaja atau tak..

  4. Salam Abg zack..

    Adik baca entry neh memang shahdu.. sbb dan akibat dari kejadian tuh mmg berbekas di hati kita sume..kita berada di bawah bumbung yg sama sehari sblum kejadian, dan esoknya nasib kita sume berubah dalam sekelip mata.. Wallahualam..

    Kisah neh mmg jadi pengajaran dan kita x mampu utk jatuhkan hukum pada siapa2 pon.. Hanya Allah mampu mengampunkan dosa2 kita.. Semoga roh Arwah tenang di sana.. dan semoga Abg Wadi dirahmati Allah.. rasanya keputusan terakhir tuh x dapat memuaskan hati semua org.. cuma jika itu yang terbaik utk semua pihak, kita kne redha sajalah..

    p/s: sayang seribu kali sayang.. perjuangannya tamat di tgh jalan..tapi itulah TAKDIR…hanya Tuhan sahaja yang tahu…

    1. Wslam dek Iyra, kita semua tak kan melupakan sejarah ini dalam diari hidup kita. Moga ini jadi sempadan garis hidup kita. Abg doakan yg tebaik dalam hidup adek.

      Thanks singgah sini. Kirim salam akak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s