Outing: Pantai Bt Pelanduk Kg Kuala Abang.Dungun

Salam, entry ni menyambung kembali gambar yg sempat diambil semasa perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. Orang kata ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’. Tapi kalu kita pandang je..sah kita dah hilang segala yang kita pandang tu. JAdi kaki2 ambik gambar jangan lupa bawak kamera bila jauh berjalan tu.

Kali ni gambar2 kat pantai Bt Pelanduk Kg Kuala Abang. Pantai ni dekat2 ngan Rantau Abang yang dulu pepulor ngan tempat ‘penyu’ landing.

Dah selalu aku lalu jalan ni bila balik kampung. Nak singgah asyik ak jadi je..sekali aku singgah tengok ciptaan Allah kat sini…subhanallah. Cantiknya.

Jadi layan la sikit gambar2 dalam pengembaraan solo outing aku ni. Lepas ni jika ada rezeki aku nak ambik banyak gambar yg mungkin tak terjangka oleh kita bila ‘berjalan’…


Subjek pertama yang aku sapa bila turun ke tepi pantai. Tak sah kat pantai kalu tak de pokok kelapa atau pun buah kelapa.

Kulit2 siput yang menceriakan gigi air bila surut. Jika kat pantai timur banyak cengkerang2 yg menarik kita boleh jumpa. Tapi tak ramai pulok orang yang suka collect benda2 ni. Padahal kalu dah jadi cenderahati tu harganya boleh tahan. Sebabnya satu; seni.

Satu lagi ciptaan Maha Pencipta yg kita jarang tahu apa tujuannya diciptakan. Tapi tiap2 sesuatu yg dicipta itu ada manafaatnya. Teritip yg macam siput melekat2 tepi batu. Okey layan la gambar2 aku ni dulu.


Batu2 kat pantai ni memang cantik pembentukannya. Kalu dari dekat lagi macam bentuk yg ada. Yang macam kayu pun ada.

Aku mencuba jugak teknik ‘slow shutter’ untuk ambik gambar ombak. Tapi masa aku tiba kat pantai ni air tengah surut jam 1 tgh. Jadi ombak perlahan sangat. Nak tunggu ombak kuat mahu nak magrib nanti. Jadi ada sikit percubaan ombak yg kecik ni. Kalu tak mesti menarik tengok ombak menghempas batu2 kat sini. Tak pe lain kali aku akan singgah lagi.


Gambar2 pemandangan tepi pantai yang aku suka sangat lukis masa sekolah rendah dulu. Subjek pendidikan seni. Aku selalu dapat A subjek ni….hee..hee betul tak tipu.

Last sekali gambar yg aku paling suka. Aku main letak je kamera kat batang pokok kelapa tu tanpa aku lihat ‘view‘. Test2 2,3 kali akhirnya jadi gak macam aku tengok sample orang buat. Belajar tetap belajar..ye tak??

Jika korang nak singgah sini, lihat signboard ni kat tepi jalan menghala ke Rantau Abang. Best ooo..dah lama dah aku tak mandi pantai. Sekarang ni kampung aku dan wife aku musim tengkujuh….best gak nak mandi..tapi mandi kat rumah jelahhh…ombak masa tengkujuh ni mahu dalam 2-4 meter tingginya. Nak main luncur bolehlah…

Wassalam. Tunggu lagi gambar ‘proses buat keropok kat terengganu’.

Nota:dan aku nak ucap selamat hari raya haji atau raya korban. Aku balik kampung insyallah hari Khamis ni. Tu pun jika jalan nak balik umah aku tak naik air. Tapi balik shoot gambar banjir best gak….nanti la jika ada rezeki. Aku kena balik jugak sebab kena jadi OP sepupu aku kawin raya kedua…..mintak banjir dah ok dah.


12 thoughts on “Outing: Pantai Bt Pelanduk Kg Kuala Abang.Dungun

  1. As Salam…lawo doh gambor-gombor deme…ni pakai D90 baru ka?🙂 Ambe tgk gambor-gambor deme dlm blog ni mcm exposure lebih sikit…mungkin blog ni penyebab gambor deme jd cerah sikit… Selamat berkarya….

    1. W’slam brother Risha, Timo kasih la singgah sini. Ni masih kat Miri lagi ko?.raya aji balik dok? Ambe balik esok insyallah. Raya kedua ambik gambar kawin kat kg…

      Gambar tu kawe cerahkan sikit guna cs3. Masa ambik gambar kat pantai hari tu cuaca mendung sikit..tapi sayang awan dok berapo comel hari tu…timo kasih la atas teguran yg membina tu…kawe lo ni tengoh nok beljar wat gambar HDR mcm demo buat..leh bagi tips2 tak?? kawe baru ada baca tutorial dio…

      Gambar demo ado class tersendiri jugak…

  2. ae, gambar2 ni aku dah tengok,hehe..tapi aku rasa memang dah cantik ni..pasal over tu ko boleh lagi mainkan level dan curve tu,hehe..satu hari nanti aku nak pi sana dan singgah sini,hehe..nak amik gambar gak..:)

    1. Salam En Acai, thanks atas tunjuk ajar. Boleh sangat ko nak ke sana. Ko kan dah lama tak ke pantai timur. Gi sana dalam bulan 3-4 air dia cantik. Biru kehijauan gitu lah…nanti aku leh bagitahu ko mana tempat2 best.

  3. cayalah we..
    dh ade kemajuan gambar² ko…
    best kan abik gambo ni…
    tp nk buat gambar² jd lawa mmg susah..
    hahhahaa..
    truskan b’karya we…

    1. Salam En Cots..wahh makin mantop dah ko..dengarnya dah ambik job dah. Leh la I follow. Tak dapat ambik gambar dapat bawah lens 700 ko pun jadilah….hee.hee

  4. Salam bro..pantai ni namenye pantai batu pelanduk..dekat je dgn umah isteri aku..tiap2 kali balik, aku mesti pegi lepak sini..nnt aku up jugak la gambo2 kat sini hehehe.. gambo semakin best..chaiyok2..!!

    1. W’slam my fren, ye ke namanya mcm tu? Maaf lah aku mana tahu. Sebab ‘sign’ kat tepi tu tulis mcm tu. Mesti ketua kampung isteri ko marah kalu baca blog aku…hee.hee.

      Sibuk ke sekarang?? Meh la turun K. L…leh ngeteh…sama2

  5. Salam bro, ko kirim salam kat ketua kg tu ye….wahh dah makin mantop sejak masuk sinar ni…blog pun dah berwajah baru..gambar2 ko makin menawan hati…kipidup zenn…

    1. W’salam, terima kasih singgah sini. Saya pun menyinggah sini masa balik ke Kuala Terengganu. X th plak saya pasal ketua kg kat sana. Setahu saya area tu mmg perkampungan nelayan. Rasanya majoriti orang melayu tinggal area tu. Kalau kaum lain maybe area bandar dungun yg terletak lebih kurang 4 km dari pantai tersebut. Boleh lah ke sana utk buat research. Tmpt memang menarik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s