Suatu Permulaan:Family Potraiture

Salam semua, entry kali ni ialah satu titik tolak aku dalam permulaan untuk terjun ke bidang yang dinamakan fotografi. Seperti mana niat awal aku ialah untuk bersama-sama merakam detik2 ceria family aku bersama kawan karib aku “acai” dan dari situ aku memasang azam aku akan cuba juga melangkah dalam mencipta kerjaya ini.

Kata orang kalau tak cuba mana nak tahu. Orang juga kata jika kita buat apa yang kita minat insyaallah kita akan bersungguh ke arah itu. Dan dalam kesempatan proses belajar ini aku akan cuba jadikan azam aku ini satu kenyataan. Dan azam ini akan bermula dengan tahun baru hijrah 1431 yang akan datang.

Jadi kepada kawan2 atau kenalan di luar sana yang ingin merakam detik2 ceria keluarga mereka ,aku akan cuba lakukan yang terbaik.

Sedikit gambar dalam proses pembikinan album Family Potraiture. Jika anda berminat bolehlah hubungi aku.













Kita mungkin boleh berkongsi pengalaman membesarkan anak2 dengan bercerita. Tetapi jika kita bercerita dengan gambar ianya akan lebih menggambit nostagia. Abadikan kenangan2 ‘ceria’ family kita kerana gambar boleh menceritakan segala-galanya dan boleh disimpan sampai kita dan bergelar warga emas…hee..hee

Nota: gambar2 ni diambil dilokasi padang awam berdekatan masjid Negeri Shah Alam. Bukit2 tu cuma rendah je. Banyak composisi gambar belajar dari sifu acai masa dia ‘shoot’ gammbar family aku tempoh hari. Thanks acai banyak memberi ilmu kat aku dan kepada kawan2 fotografer lain yang serius dalam bidang ‘fotografi perkahwinan’. Insyallah jika diberi izin Nya aku pun nak gak ambik gambar ‘wedding’ ni. Aku dah ada ambik dah sikit2 gambar2 kawin kawan2, sedara dan ‘client’ makcik aku kat kampung. Kena bersabar sikit nak beli ‘gear’ baru…..tapi belajar tetap belajar.

Sesaper nak email aku leh emailkan kat zakuan@e-zakat.com.my. Bolehlah korang nak tanya pasal zakat dan pasal ambik gambar.


8 thoughts on “Suatu Permulaan:Family Potraiture

  1. Salam, bro! Wah member aku ni makin serius dalam bidang fotografi ni… good-luck bro! Gambar pun dah makin cunnn… Ada satu ayat kalau ko komen dalam blog aku, mula2 aku tak paham tapi bila aku sebut berulang kali baru aku tau… kipidup! (keep-it-up rupanya :))

  2. W’salam bro, tak de lah serius sangat. Tapi kalu ko nak ambik gambar family ko sambil kita belajar shooting best gak….tak gitu…kawan2 FOC je. Ko leh ajar aku guna D90 ko tu…hee..heee

  3. waaaa…
    cayalah awe…
    maki maju selangkah ni…
    betul kate ko…
    kalu buat mnde yang kita minat..
    insyaALLAH ade hasilnya…
    moga terus b’jaya dlm bidang yang diminati…

  4. Salam bro kerul…apa2 pun aku kena banyak belajar lagi ni..bila lak leh kompol kawan2 otai ni. Aku pun sokmo doakan ko n team sukses selalu.

    Terima kasih kerul…gambar2 ko memang best nak layan. Buat aku jeles nak belajar ni…

  5. Awe, gambar ko ni masa ko crop kena taruk lebar tu brape supaya tak jadi penyek camni..coding ko tak betul…sbnrnya gambar ko cun tapi sebab ko tak taruk coding betul jadi tak brape lawa gambar tu..nanti jumpa aku ajar yang betul..:)

    1. Okey sifuu..nanti aku jumpa ko sesegera mungkin..mekasih la banyak ajar aku…moga Allah murahkan rezeki ko…n dapat anak yg comel macam ko n fiza….hee..hee..pastu leh buat album family…aku yg shoot..sebab ko takkan nak shoot gambar sendiri..ya tak?? huu…huuu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s