Hot FM Zoomer: Kenapa Aku suka ngan kerja aku??

Salam, entry kali ni nak citer sikit gak pasal kerja aku. Aku pun percaya semua orang ada kerja. Masing-masing ngan kerjaya masing-masing. Dan aku percaya setiap benda yang Allah cipta mesti kena ada pekerja yang menguruskannya.

Yang aku nak sebut kat sini samada kita antara suka, minat, paksa atau main-main dalam kerja kita. Ada orang boleh kerja 24 jam sehari. Ada orang kerjanya cuma goyang kaki. Ada gak kerja dia cungkil gigi..korang tahu kan tu kerja ‘doktor gigi’…kawan ni lah ada sorang yang jadi doktor gigi buat lawak macam ni. Jika nak sebut pasal jenis2 kerja ni rasanya tak abis.

Aku ingin berkongsi ilmu dangan kengkawan tentang kerja ni. Aku dapat info dakwah masa hari aku ngan kengkawan ofis aku nak jawab soalan ‘exam’ pada 5 disember yang lalu. Ofis aku setiap tahun semua kakitangan wajib menghadiri ‘exam’ ujian kefahaman dan kecekapan kakitangan untuk memenuhi salah satu daripada ‘penilaian’ prestasi tahunan.

Macam biasa sebelum ‘exam’ kami akan dihidang dulu dengan ceramah agama. Yang bestnya ceramah hari tu cukup memberi aku beberapa ilmu baru pasal menjadikan kerja itu ibadah.

Ustaz hasrizal atau korang leh masuk blog dia saifulislam.com memang best memberi penyampaian hari tu. Beliau manyatakan ada 4 jenis pekerja biasanya dalam satu2 organisasi ni.

Pertama: Pekerja yang datang kerja kerana terpaksa.
Kedua: Pekerja yang datang kerja kerana niatnya nak cari rezeki sahaja.
Ketiga: Pekerja yang datang kerja sebab nak cari rezeki dan sebab tanggungjawab.
Keempat: Pekerja yang datang kerja untuk cari rezeki, tanggungjawab dan yang penting adalah memikirkan dengan bekerja dia mendapat pahala. Allah yang tentukan pahala kerja selagi kerja kita halal.

Huu…huu panjang pulok aku menaip ni…tajuk atas lain aku tulis lain. Tapi aku suka ngan kerja aku sekarang ni…nanti aku bagi tahu sebab2nya. Part2…mcm best je bunyi nye. Aku suka w’pn kengkadang aku kena kerja hari minggu.

Tak pe korang layan gambar aku snap masa buat kerja2 marketing tempohari..sambil2 dalam proses belajar ambik gambar…








Geng2 pemisah…..skuad marketing ni…aku tukang pandu arah je…tu tak de dalam gambar..

Program siangnya ngan skuad viva zoomer hot FM..esoknya ofis aku punya team futsal frenly ngan team Futsal Hot FM pulok….dapatlah bergambar sebelah Kiran…D.J HotFM tu….aku pun baru kenal..biasanya dengar suara je…

Team aku yang badan kecik2 tu je..yang macam pemain ragbi tu semua pemain HotFM. Acaii malam tu nak datang tapi kesian dia motor dia pancit kat federal higway….biasa dia yang kaki shoot ni….tapi kadang2 dia shoot goll sendiri…haa..haaa..tapi untu tempoh sejam pertama kami menang..la…lepas dah masuk jam kedua semua dah abis angin….

Malam ni layan Malaysia vs Vietnam….

Korang jangan terkejut pulok bila dengar iklan zakat dekat Hot FM…dakwah ni kena ikut peredaran masa.betul tak??

Yang penting aku dapat ambik gambar…heee..heee

Last skali nak promote jugak…


One thought on “Hot FM Zoomer: Kenapa Aku suka ngan kerja aku??

  1. adus awe..mantoppp..dalam berdakwah kena kreatif dan inovatif..mad’u (org yang didakwahkan) ada dimana-mana sahaja…pas ni, kita join dr.asri…dakwah kat disco…so, bila nak ambik gambo porait family kawe? next week..kita buat makan2 petang kat padang rekreasi MBSA…sambil hirup udara shah alam yang segar ni..(segar ke???)..

    apapun..truskan perjuangan harmoni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s