Wahida’s Family : Cerita Cinta

Salam, alhamdulillah walaupun musim ‘bizi’ aku di ofis dah berakhir tetapi kerja2 bagi memastikan jumlah kutipan zakat masih terus dilakukan oleh ‘team’ prosesing untuk memastikan semua ‘collection’ mematuhi segala prosedure yang ditetapkan.

Dan dalam kesibukan ibubapa menguruskan hal persekolahan anak-anak dan semuanya alhamdulillah berjalan lancar. Dalam hati aku ada jugak rasanya nak merakam detik2 hari pertama persekolahan anak2 yang baru melangkah dari alam duduk dirumah masuk ke tadika, dari tadika masuk darjah satu, dari darjah ke sekolah menengah dan bermacam ragam yang dulu kita semua pernah melaluinya.

Aku sendiri pun tak berapa ingat bagaimana dulu ragam aku mula2 aku masuk ke darjah satu. Ada gak yang aku ingat ada kawan2 baru darjah satu ‘terkencing’ dalam kelas, takut nak ke kantin, mak kena tunggu dalam kelas sampai 2 minggu dan bermacam lagi keletah dan peristiwa yang kalau dirakam atau di ambil gambarnya mesti kita akan ingat sampai bila2 hingga ke tua umur kita. Ini adalah azam aku bila aku dah makin bertambah ilmu ambik gambar ni dan aku dah ada ‘equipment’ yang mungkin sudah mencukupi untuk aku beraksi….cewahhh. Mungkin lepas ni ‘client’ kita nakkan gambar2 yang sebegini untuk diklik. Rasanya tak mustahil.

Dan dalam keadaan ini dapat juga aku masukkan sikit2 gambar Puan Wahida dan familynya untuk tatapan beliau dan kawan2 lain nak abadikan suasana ceria family mereka. Puan Wahida ni satu ofis ngan aku dan satu jabatan juga lah. Jadi mudah bila dah kenal ni. Husbandnya pun spontan je bila bergambar. Terima kasih Wahida atau Wawa w’pun dah 5 bulan usia anak kedua dalam perut tetap gagah nak bergambar…haa.haa..

Okey layan la..laa..laa. (banyak pulak aku manaip…)

Kadang2 muka anak kita bila menangis pun cute sangat….

Sekali lagi aku nak ucap terima kasih kepada 2 orang sahabat aku Cots dan Azman yang sudi turun dan menurunkan ilmu kat aku pada hari tersebut. Ada masa kita main tembak2 lagi bro…

Dan untuk Wawa, Fauzan dan Hadif yang comel…tunggu album korang sefamily siap. Terima kasih kerana mempercayai aku yang baru ni untuk merakam detik ceria korang sekeluarga. Moga Hadif akan jadi anak yang soleh bila besar nanti.

W’salam.

Next entry gambar ‘from Taiping with Love’ pula akan menyusul insyallah….


11 thoughts on “Wahida’s Family : Cerita Cinta

  1. Salam bro..entry kali ni mmg meletop la..sume2 besh tp cmnepun sentiase akan ade ruang untuk kite lebih improve..betul x..?

    aku ingt, kalau ko simpan gambar2 ko kt flickr lg bagus, pastu ko link kan ke blog ko ni..mesti gambar ko akan lagi beshh..kalau x, gambar ni akan jd x sharp sbb kualitinya telah dikurangkan (ape tah aku cakap).. x caya ko cube buat..nk buat cmne..? ko tnye acaii…good luck bro..

    1. W’slam Zenn, betul kata ko. Makin lama makin banyak ilmu baru aku kena gali dan ambik. Gambar aku masih lagi tahap meniarap je ni. Aku masih lagi belajar. Thanks banyak bagi tunjuk ajar.

      Acai ada gak bagitahu…kena simpan gambar2 kat flikcr kasi lagi sharp…tapi aku x dapat nak excess masuk lagi. Nanti kalu dah okey aku akan save gambar aku kat situ dulu. Nak bagi cun cam gambar2 ko….hee.heee.

      Apapun moga terus dapat ambik gambar ngan idea2 yang lebih baru…

  2. haha..laki aku klau sesi b’gambo natural je muka dia..aku jgk yg xpndai..hadif pon menurun skill dr baba dia..ok aku tggu album siap..pape nnti kite diskus kat opis nnti..tq tgkap gmbo yg menarik tuk family aku..yuhu..

    1. Betul2..fauzan cool je bergambar…hadif sebab ko bagi dia bebas tu yg best nak snap gambar ‘neutral’ action dia tu. Apapun aku nak pun ucap terima kasih kat ko gak Pn Wahida.

      Nanti ada kawan2 yg minat leh la bagitahu…hee..hee

  3. Aku tak tahupun pojan suka amik gambar,hehe..:) bakat terpendam tu wahida..suh pojan jadi model,kekke..awe, gambar ko dah bertambah baik..cuma cam aku cakap kena crop ikut lebar tu..nanti tak pecah gambar ko..angle boleh diperbaiki lagi🙂 boleh tengok selalu gambar2 photog lain..tahniah awe, dah ada confident..

    1. Salam Sensei Acai, thanks atas nasihat dan kata2 semangat ko tu. Aku akan terus belajar dan juga terus jadikan ko ikon aku bro. Mcm ko ckp dulu kalu kita x praktis mana nak up level kompidem kita kan?…ok sensei kalu perlu tegur ko tegur je aku..ya. Dapat jugak org lain ilmu kita share2 ngan kawan2 freshie yg lain…

      Note: wawa ingat dia je leh jadi model Anis..sikit masa lagi Pojan leh jadi model Maskulin pulok…hee…heee

    1. Apa lagi Mam, angkat sebijik BMW mcm Pojan tu. Nanti bikin sikit baru level ko sama ngan KB ko. Hee..hee.

      Gambar yg ada pecah tu sebab masa aku upload saiz dia aku tarik leih besar dari saiz asal. Gambar asal ok. Nanti aku tukar balik ke saiz asal. Hah..leh la ambik gambar ko n zaujah n anak2. Buat kat umah je…senang. Aku dlm projek nak ambik gambar mcm studio rumah ke rumah. Tak payah dah lepas ni sesaper nak ambik gambar kena gi kedai gambar….ko Doakan azam aku ni tercapai.

  4. untung ko dpt b’guru dgn acaii..
    bg aku dia sememangnye guru..
    kekekekekeke…
    dlm ms yg singkat ni..
    gmbr² ko dah makin meningkat awe…
    dh byk perubahan..
    dgn confident level yg ade..
    truskan abik gambar😉

    1. Terima kasih banyak otai Cots. Ko pun banyak bagi ilmu. Selagi kita banyak kita sumbang ilmu lagi banyak ilmu yang Allah bagi kat kita. Itu yg aku selalu dengar kat ceramah2 agama.

      Dan tak mustahil org kedekut ilmu Allah cabut apa2 yg ada padanya tak kira la dlm bentuk apa. Sama gak dlm bab harta. Tu sebab ada zakat dan sedekah punya konsep tu. Hee..hee. Jadi Ustazz kejap.

      Ko pun moga terus berjaya Cots. Senang berkawan dengan korang2 ni.

  5. wei imam..laki aku despatch kelas tinggi..tu yg ble beli bm..haha..bm buruk je tuh..dlm gambo je nmpk gempak..lepas nih family imam plak ker..xsabo nak tgk..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s