Enal & Enab’s Family : From Taiping With Love

Salam, entry kali ni gambar pertama job aku kat luar dari mukim aku atau kat luar Selangor dan Lembah Klang. Job ni pun bukan orang lain. Aku ambik gambar adik aku sendiri.

Adik aku ,suami dan anak sulung dia tinggal kat dan kerja kat Hospital Taiping. Tapi adik aku ni bukan doktor…tapi jururawat je. Jadi sesaper yang kebetulan kena tidur kat Hospital Taiping mungkin korang boleh jumpa ngan adik n adik ipar aku.

Dia tahu aku ambik gambar, jadi dia tanya aku leh tak buatkan album dia sekeluarga?? Tak kan aku nak kata tak boleh…lagipun memang dah lama aku nak ke Taiping nak klik gambar2 pokok2 yang berusia lebih seratus tahun tu. Memang cantik.Bila kita lihat sesuatu yang cantik kita kena ucap ‘subhanallah’. Ini sunat. Jadi kepada kawan2 photographer jika korang dapat client yang cantik2, lawa2 n cute2 tu sebutlah subhanallah dan alhamdulillah. Moga2 kerja kita dipermudahkan.

Sedikit hasil yang tak seberapa dari aku yang masih terus belajar. Terima kasih dulu pada sensei aku Acai yang selalu memberi tunjuk ajar. Nanti kalu Acai ada job kat sana aku nak ikut sebab tak puas lagi ambik view yan cantik kat sana.

Gambar last ni adalah percubaan aku setelah aku ada SLR. Dulu mula2 aku beli canon ‘Big Finder’ dengan duit ‘loan’ belajar aku selalu jugak ambik gambar kawan ikut sebelah ‘angle’ kaki la, sebelah tangan sajer la…dan macam lagi yang orang cakap gambar2 yang membazirkan filem. Tapi dengan teknologi sekarang ilmu fotografi yang makin hari makin best macam gaya gambar rupanya boleh dihasilkan….(apa aku cakap ni??)

Dan aku juga percaya, dengan mentelaah pengalaman photographer2 otai2 semuanya bermula ambik gambar kawan2, keluarga dan kenalan2..sebelum terbang jauh. Aku rasa dengan pengalaman inilah yang mmenaikkan ‘kompidem’ level aku dalam proses belajar ambik gambar. Terima kasih kepada yang telah memberi kepercayaan pada aku yang mentah ini.

Nota: aku dan sahabat Fahmi (budak taiping) telah merancang untuk satu aktiviti bermalam di Bukit Larut Taiping yang subhanallah menakjubkan tu….katanya kat atas tu ada ladang bunga Tulip…mesti best ambik gambar kat situ nanti….Harap planning ni jadik. Leh ambik gambar lagi kat Taiping.

Aku masih lagi bersabar nak ambik lens baru yang disyorkan oleh sensei acai…arap lebih cepat aku dapat memilikinya…hee.hee

Next Entry job family potraiture ke-4. Senior sekolah dan ketua pengawas sekolah aku dulu. Akram dan isterinya Shira dan anaknya Asraf. Insyallah.


15 thoughts on “Enal & Enab’s Family : From Taiping With Love

  1. Wah bro! makin mantop dan murah rezeki ko…. Aku pun terasa mcm nak gi amik gambau kat tempat tu lak😀 Tapi betul kata ko kena banyak amik gambau untk naik level konfiden. Ok la, tahniah dan selamat maju jaya…!

    1. Salam En Azman, banyak dalam percubaan ni Man. Aku pun dok pikir n bincang ngan SIfu aku… nak kena gak tukar ‘gear’ yg up level sikit. Sebab dah ada yg bertanya2 nak ambik gambar. Insyallah ada rezeki anak2 dan diberi aku kekuatan untuk buat benda2 yg aku minat ni.

      Nanti jika xpdc aku nak ke Taiping leh la ko ikut jadi ahli sekali. Ada Bran??

  2. salam awe..
    cayalah..
    dah sampai perak ko pegi we..
    mmg tempat ni lawa…
    kalu b’peluang, aku pn nak pegi tmpt ni..hahaha…
    lepas ni we, cuba banyakkan angle..
    mst makin cun😉

    * sifoo racun lense ape we…ULTRA WIDE ANGLE ke..kekekkeke

  3. Boleh jer kalau kena dengan tarikhnya… bagi tau aku awal sikit bro! Nak gak join. Minggu depan aku cuti seminggu fly to Sabah, bah.. hihihihi Good luck bro!

      1. Insya-Allah bro, nanti aku tangkap yang cun2 nya… tak sia2 ko jadik anak murid Mr Acaii… Pelan-pelan n survey dulu kalau nak beli barang bro supaya tak menyesal nanti.😀 Ko nak kirim beli apa? Insya-Allah, kalau ada aku boleh belikan…

    1. Alhamdulillah Shira, Nanti gambar Shira akan menyusul jugak….Asraf banyak bagi Pose best hari tu. Biasa je gambar tu Shira. Abg Masih lagi belajar.

      Thanks percayakan abang utk klik detik ceria keluarga Shira. Abg cuba buat yg terbaik untuk album. K.

  4. Ke Perak tu pun kebetulan adik aku sendiri yang mintak Cots. Kalau org lain aku tak berani la Cots. Dan aku pun baru kali pertama turun sana. Boleh je nak ke sana Cots. Mesti best ambik gambar wedding kat atas pokok tu…

    Nanti dah ada ‘gear’ baru mungkin aku leh main banyak angle lagi kan?? Insyallah Cots dpt yg murah pun ok gak. Tengah usha2 ngan Sifoo…rege2nya.

  5. fuyoo..cantik..ade improvement!! ..teringat time wedding fahmi dulu ktrng dok round2 lake garden taiping..amik gmbr posing2..hehe..

    1. Terima kasih CIk Aji, aku rugi tak dapat pegi masa wedding fahmi tu. Best oo..kat situ. AKu ada gak gi mandi jeram kat kaki bukit Larut tu. Air dia lebih kurang Kalumpang la.

      Bila Ji nak ngambik gambar kat Sg Sama Gagah ni…??

  6. Waaaaaaa, terbaiklah awe…:) makin lama makin nampak peningkatan..gambar no 5 superb!! aku suka..cuma kaler editing kena di perkemaskan lagi..angle semua dah ok..:) nanti aku tunjuk camne nak kemaskan lagi editing ko tu..bulan 5 nanti aku ada job wedding kat taiping..:) jom jom,hehe..

    1. Tima kasih Sensei….nanti aku belajar lagi ngan sensei camna nak edit tone kaler. Bulan 5 nak gi Taiping?? Nak ikut..nak ikut. Mungkin masa tu dah ada boday n lens baru jika ada rezeki…hee..insyallah. Berangan je aku ni.

  7. *awe gambar last tu nampak pecah sebab lebar image tu 520px tapi ko buat dia jadi 550px..:) lenkali ko pastikan lebar tu betul dulu weh..gambar tu dah cun!!

    1. **tu la…aku ni asyik leka je time belajar. Kalu dulu cikgu2 kita rotan je..banyak kali ckp masih buat benda yang sama…hee..hee. Thanks Acai…tegurlah mana2 yg ko rasa perlu aku up improvement aku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s