Akram’s Family

Alhamdulillah, entry penuh Akram, Shira dan cute boy Muhammad Asyraaf Hafiy dapat juga aku terbitkan. Maklumlah aku orang baru dan masih banyak lagi aku tengah dan terus belajar dalam meningkatkan kualiti gambar2 yang diambik. Dan aku percaya semakin banyak gambar yang aku ambik makin banyak yang aku dapat ilmu baru dan pengalaman baru.

Rupanya ambik gambar family potrait ni perlukan banyak jugak ilmu. Terutama dalam bab nak dapatkan keselesaan si kecik. Dapat pulak si kecik macam ‘heroes’ aku letih photographer dibuatnya. Jika masa nak ambik gambar tu si kecik baru bangun dari tidur itu di kira waktu tebaik. Sebab budak kecik waktu aktif mereka ialah kira2 5 minit -10 minit mereka terjaga dari tidur. Ini tips la bagi mereka2 yang bakal timang anak nanti.

Masa aku ambik gambar Akram’s Family hari tu si Asyraaf baru bangun dari tidur dan itu bagi aku kira time yang baik. Aku sempat gak la snap gambar dia tengah tidur.















Layan tengok muka anak ni best jugak. Bila penat2 balik kerja ke? Balik shoot ambik gambar ke…tengok muka cute anak kita mesti kita dapat satu ‘rasa’ yang orang yang dah ada anak je yang tahu. Tips lagi ni. Korang kalu penat2 ke ada nak marah2 ke..cubalah bawak2 bergurau ngan anak. Mesti emosi korang akan jadi neutral balik.

Lagi satu kalau ada selisih faham ngan isteri ataupun suami…anaklah biasanya tempat kita meluahkan atau tempat kita tempiaskan bila nak memujuk balik isteri atau suami….hee..heee ye ke ni?? Korang rasa lah sendiri.Korang tengok muka si Asyraaf yang comel ni lama2 mesti sejuk mata memandang.



Detik yang paling bermakna bila aku ambik gambar family potrait. Aku lebih suka letak tajuk ‘the kiss’.


yang ni kena sensor sikit..hee..hee

yang ni baru a kissing

Last nya aku sekali lagi nak ucap terima kasih kepada pasangan keluarga bahagia Akram, Shira dan Asyraaf yang sporting bagi pose yang cool walaupun hari dah nak panas. Tunggu album korang siap dan insyaallah untuk ambik gambar potrait satu ‘big’ family Shira nanti kita bincang untuk buat yang terbaik.

Sayang dan selalulah cium anak2 kita walaupun masa mereka tengah tidur…


9 thoughts on “Akram’s Family

  1. cantik giler gambar2 ni..
    masih ingat ngan mak ajie ke?
    mak ajie akan support pak ajie dalam usaha menjadi photograper yg professional…

    1. Salam Mak Ajie..naper pulok tak ingat citer Mak Ajie & Pak Ajie tu..boleh buat story album nyer. Thanks la atas support yg diberi…boleh la nak promote kat kawan2…ofis Mak Ajie

  2. makin cun aku tgk gambo2 yang ko shoot wan… baguih2 ada peningkatan. keep it up… tak lama lagi ko boleh jadi jutawan macam saiful nang. cuma kene digilap sikit je lagi… esok kalo ko dah kaya raya jgn lupa kat kengkawan heheheh

    1. Salam Pn Anis…mcm mana ngan proses pemindahan ko nanti. Harap ko dapat la duduk dekat2 balik ngan kawan2 lama…baru happening sikit.

      Thanks Anis, aku akan belajar dan terus belajar lagi Anis…nanti leh la aku ambik gambar family ko plak…

  3. Cayalah awe🙂 makin lama bertambah baik dan makin confident..::) greenish tu boleh di perbaiki..benda tu editing tapi angle dan kreativiti tu yang keluar masa amik gambar tak boleh perbaiki kalau dah balik rumah,hehe..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s