Di mana kasih di mana sayang

Pagi ni aku ada menerima e-mail petikan berita dari akhbar utusan mengenai cerita lagi ada orang buang anak. Buang anak. Aku ulang tanda protes ni dengan perbuatan yang tidak masuk akal ini. Atau amalan zaman jahiliah dulu. Kasar sikit bunyinya.

Jika setakat berita sahaja tak de lah nak menyayat hati sangat. Ini bila dah ditunjuk gambar sekali luluh hati bagi mereka yang sudah bergelar ibu, ayah, ummi, abah dan sebagainya yang melihatnya. Tambah pulak aku yang kadang2 ada ambik gambar anak2 kecil yang comel ni….

Aku mohon maaf la jika gambar dari Utusan ni ada yang tak boleh tengok. Tapi untuk peringatan dan pengajaran kita bersama.

Hati mana yang tak pilu melihat seorang anak kecil comel dengan kulit gebu terkaku menjadi mangsa mungkin oleh tangan2 yang melahirkannya sendiri atau orang lain yang tak berhati perut. Bagi aku ini lebih zalim dari kes pembunuhan 4 orang sekeluarga di Negeri Sembilan hari tu. Sebab kes buang bayi ni biasanya dilakukan oleh orang yang waras dan sedar atas perbuatan yang dia lakukan.

Kita bayangkan jika anak ini membesar dengan senyum manis di bibir halusnya, tawa manjanya meriangkan kita, tangisnya memenuhi kesunyian kita, rengekkannya membuat kita rindu….dan….macam2 lagi teletah anak ini semasa mereka membesar….semuanya itu adalah nikmat dari Allah.


gambar akram dan anaknya client dan sahabat aku

Sedangkan orang diluar sana masih ramai yang mencuba pelbagai cara, tips, petua dan cara malah ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapat seorang zuriat sendiri. Aku, korang dan sesiapa yang diluar sana mungkin menyimpan rasa geram dan pening kenapa masih berlaku hal2 sebegini dalam masyarakat kita.

Perbincangan, persoalan dan perdebatan jenuh dibuat bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah ini. Kita mohon agar Allah membuka hati kita dengan iman. Agar kita jauh dari segala hal2 sebegini. Sampai bila….sampai mana…sampai hati kah kita??

Wassalam.


9 thoughts on “Di mana kasih di mana sayang

  1. Salam warahmatullah… Hiba rasa hati bila tgk keratan tu…Tak dapat nak digambarkan masa “Si ibu” atau :Si ayah” yg tinggalkan anak mcm tu…tak der sikit rasa belas atau simpati…sebesar kuman pun jadi lah…

    Semoga Allah membuka pintu hati “ibu dan ayah” bayi ini untuk bertaubat…

  2. dunia akhir zaman. ada segelintir manusia yang tak pakai akal bila bertindak. ikut nafsu serakah saja..semoga dikurniakan hidayah bagi mereka ni..

  3. salam..dh lmer x tgk blog a.wan
    tertarik dgn entry nie…btul…
    bkn stakat married couple,r parents jer,.yan (on behalf of yg x kahwin lg) nie pn trase geram n sedih tgk baby2 yg x brsalah ni…da next day after kes baby nie plak, was the case yg baby kne bakar tu…lg teruk..kejam btul org2 yg melakukan…
    mereka x brsalah shngga di perlakukan begini..
    sume ini dijadikan iktibar n pedoman…

    1. W’salam..dik Yan, x kira kita di kategori mana yang penting kita ada kesedaran. Bila ini berlaku biasa yang di salahkan ialah org perempuan. X adil..kenapa pompuan saja yg disalahkan??….Lelaki patut yang patut ada sensitiviti yg lebih tinggi…dan yg pertama dipersalahkan….w’pun a.wan lelaki…

      Jadi pilih yg terbaik untuk hidup kita…bukan saje dunia tetapi akhiratnya sekali…

      Thanks sudi layan blog ni…nantikan entry2 lain lagi..ya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s