Indoor:Gambang Resort City

Salam, minggu kira lapang sikit la. Kat ofis masih ramai lagi yang sambung cuti sempena Hepi Chinese New Year. Ni kira ada masa lapang sikit nak masukkan entry baru kat sini. Lagipun nak tunggu gambar yang ada story baru best nak upload….hee..heee.

Alhamdulillah semua berjalan lancar percutian yang aku dan wife aku rancang sejak hujung tahun 2009 yang lalu. Kami merancang mengumpul semua adik-beradik belah wife aku untuk bercuti bersama-sama untuk mengeratkan lagi kasih dan sayang seluruh keluarga kami.

Aku dan wife aku memilih ‘Gambang Resort City’ bagi lokasi kali ni. Kami tempah satu unit apartment dengan keluasan 410ft dan ada dua bilik tidur dan 2 bilk air dengan katil saiz queen. Kira selesa untuk kami sekeluarga yang berjumlah 10 orang dewasa dan 5 orang kanak2.

Aku juga dapat menguji skill ambik gambar aku untuk ‘job’ ambik gambar ‘family day’ department aku pada 26 -27 Febuari ni di Negeri Melaka. ‘Family Day’ tu bos aku yang merancang semuanya….kira bos aku ni pun kaki jalan2 cari makan la jugak…satu kapla la ngan aku ni. Jika ada kawan2 yang minat nak ambik ‘family potraiture’ diaorang masa tu boleh lah suruh aku kalu minat…hee..heee.

Okey lah layan sikit gambar yang aku ambik dengan tidak berapa terancang ni….



Gambar masa menunggu nak check in…lama betul sebab ramai orang

Gambar anak aku Mufid yg kekenyangan lepas dinner malam tu..

Seterusnya gambar2 wife aku yang selalu cakap aku asyik gambar orang lain je…pagi esoknya aku suruh dia jadi model yang x berbayar dan baru dia tahu susah gak nak ambik gambar ni….tima kasih my dear sudi bagi pose yang agak cun…

href=”https://zakuanhasan.files.wordpress.com/2010/02/201.jpg”>


Aku kalu pergi hotel ke resort ke aku suka tengok diaorang punya ‘decoration’ atau gubahan di meja makan. Nampak kemas dan berselera bila nak makan. Jadi aku ada la snap beberapa sudut yang agak menarik aku nak simpan buat idea decoration kat rumah aku. Aku kan ni jenis suka ke dapur…tak caya korang tanya wife aku..tapi pergi dapur tu ada 2 la.

1. Rajin masak
2. Rajin makan….heee… dua2 aku suka…


Chef ngan anak buah aku..hee..hee bukan chef tu adik wife aku la

kalau dah suka ambik gambar celah mana pun jadik lah

oren ke kuning telur


Wife aku siap nyanyi2 lagi sebab sronok leh jadi model..hee..hee

Thanks la semua adik2 dan keluarga yang turun ke Gambang hari tu untuk bercuti walaupun drive dari Kuala Terengganu hampir 3 jam setengah perjalanan. Nanti ada rezeki lagi aku nak buat belah family aku pulok…tapi family aku kena buat dekat2 je lah ngan kampung sebab ramai sangat. Ada lah lebih kurang dalam 40 orang kalu kumpul2..mesti best tu.

Next entry aku upload plak gambar outdoor kat pool n waterpark…

Nota: muka anak2 aku abis kena sun burn…nasib baik aku tak nampak sangat sebab kulit aku dah semulajadi burning.


2 thoughts on “Indoor:Gambang Resort City

  1. biler masa lak wife pak ajie nyanyi? dia pandai nyanyi ke?
    i can’t wait to see the pic at pool and water park, hope will see today.

    1. Ada masa tu dia nyanyi dalam hati..sebab dia suka hati. Apapun very nice holiday that we can hold it’s together. Next time we plan the other great holiday….

      Next week travel to Melaka plok…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s