Tip bercuti dengan kos minimum

Salam, entry kali ni pasal cuti…maklumlah aku baru je berpeluang pergi bercuti ngan family belah wife aku tahun baru cina yang lalu. Sempat aku ambik beberapa gambar untuk kenang-kenangan. Lagipun banyak yang aku dapat belajar masa ambik gambar time macam ni.


wife aku yang jadi model aku kali ni…next entry aku nanti uploadkan lagi gambar2…

Pergi bercuti bermakna perlu ada bajet yang mencukupi. Apatah lagi bila ada beberapa orang anak yang masih kecil. Keinginan pergi bercuti kadang kala terhenti bila memikirkan kosnya yang banyak.
Bagaimana hendak pergi bercuti dengan kos yang minimum? Ikuti tip-tip yang disediakan untuk dikongsi bersama.

Buat perancangan awal
Rancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan. Jangan buat kerja di masa2 kecederaan. Nanti cedera betul korang nanti.

Tentang kewangan, peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Misalnya, ketepikan dua atau tiga ratus setiap bulan. Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi jadi masalah. Jadi tak delah bila dah balik cuti poket kita pulak yang kering.

Pilih masa yang sesuai
Jika boleh elakkan daripada bercuti sewaktu musim perayaan ataupun cuti sekolah. Cara ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak belum bersekolah. Ini betul..kalu korang terpaksa bersesak2 ngan orang ramai masa tu…letih dibuatnya.

Tempat penginapan
Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan kuantiti keluarga anda. Jika ahli keluarga kecil, bilik hotel atau chalet sangat sesuai. Tetapi untuk keluarga yang besar, pemilihan apartment mungkin dapat meminumkan kos.

Memasak sendiri makanan
Ini sungguh menjimatkan. Terutamanya bagi keluarga yang besar. Pilih apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Anda boleh membawa barangan keperluan memasak dari rumah. Jadi, tidak perlu membelinya di tempat percutian kerana harganya mungkin mahal sedikit.

Jika tinggal di hotel bawa sendiri makanan atau minuman ringan kerana apa yang disedikan dalam mini bar akan dikenakan bayaran yang mahal dibandingkan dengan harga di luar.

Masak makanan yang ringkas
Jika memilih untuk memasak sendiri, tidak perlu menyusahkan diri memasak hidangan yang susah. Pilih sahaja masakan yang ringkas dan mudah. Korang beli yang ready made punya..kalu korang masak kat dapur apartment tu takut2 nanti bahan yang dibawa tak lengkap….jadi rasa pun tak cukup la…

Bawa bekal
Berjalan dengan kanak-kanak memang banyak kerenahnya. Apa yang dilihat pasti mereka hendak beli. Pastikan sebelum berjalan, anda sudah memberi mereka makan atau bawa sendiri makanan ringan yang menyihatkan dalam beg anda. Ini paling penting….budak2…nampak je nak..nampak je nak..makannya tak..last bapaknya yang kena makan ais krim la..coklat la..dan macam2. Yang ada baby jangan lupa buat bekal susu yang mencukupi…tak de tengah best jalan ‘baby’ nangis nak susu….

Beli yang perlu
Bila melancong pasti ada sahaja buah tangan yang hendak dibeli. Belilah barangan yang tidak ada di tempat kita ataupun yang setimpal dengan harganya. Jangan biarkan diri tertipu dengan pelbagai tawaran. Ingat! Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan.

Selamat Bercuti dengan jimat dan Selamat…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s