Outdoor:Bukit Gambang Resort City

Sala, sambungan dari entry sebelumnya. Aku letak sikit gambar2 masa mandi-manda dan bergumbira…horeyy…horeyy..bergumbira.

Ambik gambar tepi kolam renang ni kena banyak berhati2. Anak2 aku tu bila mintak bagi pose..diaorang main simbah2 air kat aku pulak. Lain kalu aku ada ‘tele’ punya. Kena banyak cuba lagi ni..sebab nak bagi pergerakan air tu nampak cun sikit…leh la lepas aku menuntut lagi ngan otai2…

Ok lah layan dulu. Kolam kat Resort Carribean Bay, Gambang ni bagi ok la…setakat nak layan menyelam bagi mata merah..huuu..huuu.












Bila bercuti ni korang jangan lupa bawa kamera. nanti menyesal. Aku dulu pun selalu gi bercuti lupa bawak kamera. Kalau bawak pun kamera lama yang kena isi filem tu..lepas tu tak jumpa kedai nak beli filem..pastu pulok…kedai tutup..hee..heee.

Gambar kat atas tu aku tengah main editing color…buat macam nampak gambar lama sikit. Sebab gambar2 lama ni kaler dia tu yg nampak old skoll….

Kawan 2 yang nak buat gambar family potrait beraksi dalam swimming pool lepas ni boleh lah. Baru nampak hepi go lucky sikit gambar korang…lupakan make up..lupakan baju yang lip..lap..lipa..lap..yang nampak ialah muka korang nampak keceriaan tu.

Note: Sepanjang aku kat Bukit Gambang Resort City tu aku salute la kat mereka punya staf di meja pendaftaran. Hospitality diaorang 5 star bagi aku walaupun masa nak check in tu ramai yang dah marah2 sebab lambat dapat kunci bilik. Diaorang bagi layanan dengan senyuman je…ada benda bagi aku dalam belajar sesuatu??

Esok pagi sensei aku ajak pergi lihat keindahan alam kat atas bukit Broga di Semenyih. Lepas tu ada sesi2 photografi kat atas tu. Katanya leh ambik gambar sunrise. Esok kul 6.00 pagi kami kena berkumpul dah untuk naik ke atas bukit tu. Ramai jugak yang nak join dengarnya. Saper2 nak join boleh lah masuk blog acai.


Tinggalkan komen