NILAI SEBUAH MAJLIS PERKAHWINAN

Perkahwinan merupakan suatu ketetapan oleh Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w. Fungsi perkahwinan bukan hanya semata menyatukan dua jiwa untuk melayari bahtera yang dinamakan rumah tangga. Malahan perkahwinan lebih kepada suatu ibadah dan melaksanakan sesebuah perkahwinan memerlukan tanggungjawab kedua-dua pihak.

Terdapat banyak dalil al-Quran yang menerangkan kepentingan perkahwinan dalam kehidupan manusia. Antaranya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:

“Dan di antara kekuasaan- Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Bagi rakan-rakan fotografer terutamanya antara orang yang paling rapat dalam sesuatu majlis perkahwinan. Ini kerana gambar menceritakan segalanya tentang majlis perkahwinan. Gambar adalah suatu aset tetap yang boleh disimpan lama. Tiada virus boleh merebak, tiada tarikh luput malah makin lama usia sesuatu foto semakin bernilai gambar tersebut.

Aku dah lama tak ambik gambar di majlis orang kawin ni. Maklumlah aku bukan pro punya fotografer. Aku masih lagi bertatih. Belajar dan aku akan terus belajar. Sampai masa aku akan bersedia jugak untuk terjun ke bidang ini bila kompiden level aku betul2 sampai ke tahap yang mememuaskan sekurang2nya. Tetapi untuk mencuba aku rasa aku dah berani..hee..hee.

Sedikit gambar2 ala retro yang aku belajar dan korang boleh menilainya yang aku sempat ambik masa hadri ke majlis kenduri seorang sahabat seofis ngan aku iaitu Firdaus. Dia ni jugak rakan sepasukan aku dalam bolasepak dan futsal..dan kadang2 main luncur air sama2…hee..hee bila ni plak Daus kita pandai main luncur air.

Layan….dan korang agaknya boleh imbas kembali segala apa yang ada masa sesuatu majlis berlangsung….benda2 mcm ni lah yang menambah nila pada majlis perkahwinan.


orang yang paling banyak cakap….Mr Deejay

artis jemputan….kareoke la tu.

Pelamin…benda paling glamour masa majlis

Budak kecik yang keletihan tunggu mak ayah bersembang..hee..hee

Cenderahati…

Makanan pengantin…sedap jugak kalau kita pun lauk yang sama…

Ragam tetamu…masa ambik jamuan


Fesyen rambut baru….

Fesyen baju baru…

Bekas air basuh tangan..penting ni kalau tak de maknanya alas meja la jadi mangsa…mcm biasa buat je.

Bunyi kompang…kalau korang dengar bunyi drum tu majlis lain tu…

Tetamu pulang bawak buah tangan..dan perut yang kenyang….

Jadi inilah antara capture yang perlu ada dalam album perancangan korang yang nak buat majlis perkahwinan. Tanpa benda2 di belakang tabir ini maka tak akan wujud sebuah nilai majlis perkahwinan yang akan diingati dan didoakan oleh para tetamu yang datang.

Nanti gambar2 pengantin Mr Firdaus akan aku upload dalam sedikit masa lagi..sebab tunggu otai Kerul OP majlis ni bagi izin dulu. Masa sebelah umah pengantin perempuan dulu Otai Acai yang jadi OP. Gambar pengantin bagi aku tak perlulah banyak sangat nak buat kaler retro sebab nanti kan orang mesti tertanya2 apa warna baju pengantin tu..senang diaorang nak ambik idea untuk saper2 yang belum kawin lagi tu…(pandai je aku..)

Kepada kawan2 yang nak kawin tu jika nak gambar korang best carilah fotografer yang best jugak…ikut kemampuan dan penilaian dari mata hati korang….

Nota: jgn lupa beli hadiah bila datang majlis kawin kawan2…bukan diaorang menuntut yang mahal2 tapi kita hargailah….


8 thoughts on “NILAI SEBUAH MAJLIS PERKAHWINAN

  1. Wah, bro! Gambau sudah manyak baguih skrg… Gambau 1st tu member keta Nissan Sentra tu ek?

    Kalau ada sesapa member photog yang nak job wedding 5 Jun 2010 bleh tepon 0172467722 (Syah). Brader ni just nak shot n burn je. Just a simple wedding day. Keterangan lanjut bleh hubungi brader tu ek. Aku kebetulan ada job pada minggu tu.

    Kipidup bro…! 😀

  2. Salam Bro, Ya tu Fazdli member aku hari tu. Dia wat part tiem deejay org kawin. Kalau ada sesaper nak carik deejay bolehlah bagitahu.

    Aku free je tarikh tu. Bolah lah aku contact member ko ni. Apapun ko maklum la dulu ngan dia. Nanti terkejut plak dia. Thanks bagi offer ni kat aku yang baru ni..hee..hee

    1. Salam cikgu. Thanks singgah sini.Ni pakai CS3 je cikgu. Bagi nampak oldskol sikit gambar. Nanti kelik ganu umah isteri leh jumpo geng2 cikgu tak??….Insyallah.

  3. perrghhh, dah cun editing ko awe,hehehe..:) angle2pun dah semakin bagus..kalaulah dapat join pada hari kejadian mesti lagi best..dapat jumpa time outdoor je..nape ko tak shoot gamabr sampai outdoor awe?hehe..fazli ngan azhari ye buat benda tu? perrghhhh, aku tak pernah dengar lagi celoteh depa..

    1. Mana boleh lawan sensei lagi. Fazli ngan azhari kira okeylah…leh la nak promote. Aku tak sempat nak ikut outdoor hari tu. Sebab petang kena gi taklimat kat kursus kawin. Kalu tak aku ikut je…leh belajar lagi ngan sensei acaii ngan sensei kerul. Tapi thanks banyak sensei atas ilmu yg dicurahkan.

  4. terbaik la we, ak da start nk jd fan ko plak laa.. hehee.. mmg nmpk old school la we. cun laa.. terkilan ak xdpt pi daus kawin. ada hal lain la mse tu. dan time kasih ats sharing ilmu psl kawin2 ni we. ko mmg best laa.. =)

    1. Salam Din, nak jadik fan plak. Boleh2 Din tapi x de tandatangan la ya. Haa..haa. Lagi sorang lutut longgar player bola kita. Tunggu ko la plak ni Din…Esok pagi ada main bola lagi. Lupa nak bagitahu. Aku ada bengkel 2 hari ni…senang2 datang la kat padang SMK Wawasan USJ. Jam 8 pagi esok Din.

Tinggalkan Jawapan kepada zakuanhasan Batal balasan