Tips Menangani Anak Meragam Di Majlis Kawin

Entry kali ni sikit TIPS bila menghadiri kenduri kawin saudara atau kawan-kawan yang banyak menghidangkan makanan dan banyak aktiviti yang majlis yang telah dirancang (tips ni aku ambik dari majlah pa & ma). Sudah pasti banyak cerita dan perkara menarik terutama tentang pengantin dan perjalanan majlis yang berlangsung.Walaubagaimanapun terkadang kita sabagai ibu bapa ada waktunya juga kita sering dibayangkan dengan suara tangisan anak-anak kecil yang sudah pastinya membuatkan kita sendiri hilang mood untuk menghadiri masjlis sebegini.

Sambil tu layan gambar kawin sahabat aku Firdaus yang berlangsung pada minggu lepas. Aku nyambil2 je ambik gambar ni. OP majlis ni saudara Kerul.

Apa kata kali ini…korang
1. Anda jangan panik dan cepat marah. Sebaiknya anda haruslah membawa sikecil atau anak anda ini jauh daripada orang ramai. Contohnya membawa si kecil ke bilik yang sunyi dan tidak sesak dengan orang ramai. Ini berkemungkinan dia menangis kerana kepanasan dan tidak selesa dengan orang yang berada disekelilingnya. Dengan cara ini ia akan dapat membantu meredakan tangisan anak anda.

2. Bukan itu sahaja malahan si kecil menangis juga mungkin disebabkan kelaparan. Adalah wajar sekiranya, sebelum anda bersiap untuk keluar pergi ke rumah terbuka tersebut pastikan anak anda telah diberi makan terlebih dahulu. Jika perlu bawalah bekalan makanan kegemarannya sekali. Lazimnya hidangan yang disediakan di rumah terbuka tidak sesai dengan usia anak anda.

3. Disamping itu juga tidur yang mencukupi turut mempengaruhi tingkah laku anak anda sewaktu majlis tersebut berlangsung. Pada amnya jika pola tidur anak anak tidak tetap seperti biasa ini akan membuatkan dia sentiasa meragam. Adalah sebaiknya anda pergi ke rumah terbuka tersebut selepas anak anda bangun dari tidurnya. Dan waktu yang paling sesuai adalah di awal waktu , ini kerana tetamu pada ketika itu tidak terlalu ramai serta ia juga akan memudahkan anda untuk bergerak ke sana sini.

4. Selain dari sudut persekitaran, pakaian juga boleh mempengaruhi mood anak anda. Elakkan memakaikan anak anda dengan pakaian yang tebal dan ketat. Ini kerana dalam suasana kemah yang memiliki kipas angin juga boleh mencetuskan keadaan persekitaran menjadi bahang. Sekali gus mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada anak anda. Seeloknya pilihlah pakaian jenis kapas dan serap peluh. Ini akan membuatkan anak anda berasa selesa didalam majlis tersebut.

5. Sekiranya keadaan semakin sesak, anda mintalah kebenaran kepada Tuan rumah untuk masuk ke dalam rumahnya yang mungkin mempunyai penyaman udara atau kipas angin yang sudah tersedia pasang. Selamatkanlah diri anda dan anak-anak. Dalam keadaan sebegini anda sebagai ibu bapa juga haruslah mempunyai persediaan mental yang cukup untuk mengendalikan karenah anak kecil meragam.

6. INGATLAH janganlah terlalu lama berada di majlis kenduri. Selepas menjamu selera dan berjumpa pengantin,sanak saudara atau sahabat andai, mintalah dulu untuk balik lebih awal sebelum anak anda meragam ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.

Kalau anda fotografer janganlah bawak anak sekali masa ambik gambar ye…silap2 tak siap job yang diberi.

Okeylah banyak dah tulis kat atas tu….layannnss sikit lagi hasil gambar dari aku yang masih belajar. Hee..hee






Silat kawin….

Masa ambik gambar ni aku teringat kisah seorang sahabat aku masa majlis bersanding dia dulu dalam tahun 2004 kat Kelantan. Masa tu pengantin tengah tengok orang bersilat depan dia…tiba-tiba ada sorang pemuda ni lepas bersilat dia datang dan bersalam dengan pengantin. Masa tu sahabat aku bangun sebab pemuda tersebut nak salam dan peluk dia.

Tiba-tiba pemuda tadi cabut keris kat pinggang sahabat aku ni. Dan bermulalah satu drama yang tak dirancang dan terlintas kat fikiran kita. Pemuda tersebut rupanya bekas kekasih isteri kawan aku masa dulu-dulu la. Kira pemuda ni masih menaruh harapan kat isteri sahabat aku ni.

Apa lagi riuh rendah la majlis hari tu. Nasib baik ada pak cik sepupu aku sempat menjadi benteng sahabat aku tu. Mujur sahabat aku tak kena tikam ngan keris hari pada hari bersejarah dia tu. Yang kena tikam ialah pak cik sepupu aku. Tapi umur pak cik sepupu aku masih panjang kerana tikaman tersebut cuma kena ‘area’ perut je. Sipi2 lagi ngan hati. Malam tu dia dihantar di a ke USM Kubang Kerian selepas hospital daerah tak dapat nak buat operation. Pemuda tu apa lagi ke lokap lah…

Sejak kejadian tu mak andam kat kampung aku tak buat lagi dah keris yang ada mata besi kat dalam. Keris sekarang semua jenis hulu dan sarung melekat sekali. Jadi kepada kawan2 fotografer korang pun kena hati2 jugak dalam menjalankan ‘job’. Takut jugak ada hal2 begini yang kita tak jangka. Aku sambung taip ni sebab tiba-tiba aku teringat balik kisah sahabat aku ni. Okey….harap2 semua kawan2 berhati2 dalam apa jua yang kita buat tambah2 lagi ketika kita dalam keadaan terlalu bergembira…doa banyak2.


Selamat pengantin baru buat sahabat aku En Firdaus dan Syawalthulniza. Moga ko tak lupa nak turun ‘training bola’ ngan kami lagi. Moga bahagia ke akhir hayat.


8 thoughts on “Tips Menangani Anak Meragam Di Majlis Kawin

  1. Salam, perghh.. sian kat pakcik sepupu ko. Minggu ni ada hot air balloon kat Putrajaya. Boleh bawak wife n anak2 ko gi jalan n amik gambau. Ok bro, kipidup!

    1. Hot Ballon kembali lagi ke Man? Jangan macam tahun lepas je…dia punya pasang punya lama tapi persembahan tak sampai satu jam. Pastu ballon tu tak naik atas pun…Insyallah kalu tak ada apa2 aku turun bawak anak2 jalan2.

  2. salam bro..hehe, nsib bek ko tgur aku ri tu, lau x mmg aku xprasan dah coz dgn trlalu pnas n ramai org kan msa tu…hehe, tu la..ngat ko nak folow smpai outdoor..xpela, nxt time polow r..:))

    1. W’salam otai Kerul. Tu lah…masa tu ramai sangat org. Aku kena beratur panjang masa ambik makanan. Apapun thanks dapat gak jumpa ko n belajar sikit2 ambik gambar kawin…bila la nak jadi macm korang2 ni…hee..Insyallah aku mmg nak ikut ko n the geng.

  3. Selamat pengantin baru untuk daus..semoga kekal bahagia hingga ke syurga,amin..cerita ko pasl pengantin di rampas keris tu memang ngerilah..tak boleh bayang aku..kalau kenalah memang masuk surat khabarlah,hehe..nasib baik tak apa2..kekadang perlu gak kan belajar silat ni..

  4. Selamat pengantin baru daus. slmt berbahagia dunia dan akhirat. Amin..

    waaa.. xsangka ada gak kes cam tu we, mmg di luar jangkaan. cerita ni leh la aku sharing ngn mmber2 aku ni we. sesiape nk kawen nanti kene la soal selidik dulu takut bende2 cam ni belaku. huhuhuu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s