Sukaneka: Pangsapuri Sri Ixora Seksyen 27

Salam entry kali ni sedikit xtvt julung2 kalinya yang dianjurkan oleh persatuan penduduk dan AJK surau kawasan perumahan aku iaitu Pangsapuri Seri Ixora Seksyen 27 Shah Alam. Aku macam biasa akan jadi jurufoto sambilan untuk ambik gambar2 buat kenangan semua penduduk pangsapuri aku. Saje je gatal tangan sambil belajar menekan punat DSLR aku.

Antara game ari tu termasuk acara wajib rebut kerusi, tiup belon sambil merah pipi, carik gula2 dalam tepung,bawak bola ping pong dalam sudu..dan mcm2 lagi. Acara kali pertama ni semua disertai oleh kanak2 je. Orang dewasa punya game kami rancang nak buat lain kali dan lebih gempak lagi….

Ok layan dulu gambar2 potrait anak-anak kita yang comel.



















Terima kasih kepada sahabat yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti sukaneka ini. Jasa kalian amat besar dan akan dikenang oleh anak-anak ini.

Nota: kepada sesiapa yang berminat untuk ambik gambar ‘event’ seperti ini atau lain-lain bolehlah hubungi saya. Insyallah gambar2 ini akan jadi sesuatu yang pasti kita kenang sampai bila-bila.


16 thoughts on “Sukaneka: Pangsapuri Sri Ixora Seksyen 27

  1. cayalah awe,aku suka gila gambar budak yang ko taruk texture tu..wah, makin hebat ni,hehe..mana gambar sukan dewasanya? best betullah tempat ko ada camni,huhu..apartment aku surau maghrib 2-3 orang je,huhu

    1. Gambar belajar2 je ni sensei….kawan2 kat tempat aku mintak tolong. Tima kasih jugak sebab ko jugak yg ngajar aku buat mcm tu….

      Tak pe..surau aku mula2 dulu pun 2-3 je…lama2 makin ramai yg datang. Kami rai je saper2 yg nak buat xtvt ngan surau termasuk jugak pekerja2 indon yg tinggal kat situ….setakt ni alhamdulillah lah….

  2. CADANGAN ORGANISASI SURAU ALRAYYAN 2010-2013

    Pengerusi : Haji Mohd Sahari Abdullah

    Setiausaha : Mohd I’hsam Zainuddin

    Bendahari : Ahmad Fauzi Zainal Abidin

    Imam : Mohd Ikram Ahmad

    Bilal : Jalie Bin Buloh

    AJK :
    Mohd Yusery M. Jusoh
    Hamdan Hj Baharuddin
    Muhamad Awaludin Mohd Raub
    Fauzi Haji Mat Seman
    Ahmad Bin Omar
    Muhamad Nor B. Man
    Syed Abdul Nahar
    Abdul Jalil Hj Omar
    Zainuddin

    Wakil Pemuda :
    Syed Fadzil Syed Akil

    Wakil Wanita :
    Pn Zalina
    Pengurus Jenazah Wanita :
    Ustazah Siti Aisyhah

    Pemeriksa Kira-kira I : Harris Dato AHM Yahya
    Pemeriksa Kira-kira II : Roslan Ramlee

  3. cayala…hari ne baru aku buka blog nie…terkejut gak gambar anak aku ada dalam blog nih….nie kena bayar ne…heheh…anyway…gambar yang ditangkap cantik-cantik belaka…syabas…kalau anak aku nak kahwin..pasti aku hubungi kau…

  4. terima kasih wan.. nampaknya kena war2kan blog kau ni.mesti ramai yg nak tengok gambar2 ni. nnti bolehlah jadi fotografer tetap kt sri ixora. fadhil pun nk kahwin.. bolehlah tolong tangkap gambar masa majlis tu nnti..dpt gak kita mempromosikan aktiviti2 kita kt sri ixora.

    1. salam Abg Sham, saya ok je. Nanti masa fadhil tu memang saya akan ambik gambar AJK2 semua. Semoga program tu akan jadi perintis untuk program2 kenduri lain lepas ni…terima kasih la kerana tolong war2kan juga blog ni. Apa2 program nak ambik gambar leh lah maklum ngan saya…

  5. salam wan 18hbapril ada majlis di surau boleh tlg amik gambo?

    abg roseli bilal buat jamuan dan doa selamat….makan kambing nasi beriani
    gotong royong memasak lepas zohor…di jemput datang

  6. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Saya amat berminat untuk membeli 1 unit apartment di Sri Ixora ini. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menjual atau mengetahui ada owner yang ingin menjual unit mereka. Silalah berhubung dengan saya segera untuk perbincangan. no hp 012-2205647 (Aziz). Sekian terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s