Majlis Persandingan Man dan Mas

Salam, agak lama jugak aku tak load entry baru ni. Maklumlah aku bukannya ada job kencang macam kawan-kawan yang dah bergelar otai jurufoto. Lagipun aku baru memulakan langakah aku. Orang kata mulakan dengan bismillah atau mula step by step. Belajar dari mula bukan belajar dari bab yang terakhir je. Betul tak?

Aku kira dah tiba masa aku naik ke satu tahap lagi dalam kerjaya dan minat aku ni iaitu ambik job wedding. Ada jugak yang dah bertanya kan aku tentang ni. Sensei aku pun dah kata aku dah boleh dah ni walaupun aku rasa aku masih jauh kebelakang lagi dalam bidang ni. Makin banyak aku belajar makin banyak yang aku tak tahu. Itu yang seronok tu. Ilmu Allah ni takkan habis.

Prinsip aku jika kita tak cuba mana kita nak tahu kita ok ke tak? Macam sebelum ni aku cuba ambik job family potrait. Alhamdulillah kawan2 bagi respon yang positif. Jadi aku akan terjun juga tahap ini walaupun sebelum ada jugaklah sikit2 dah ambik gambar wedding kat kampung….orait dah makin letih jari2 aku menaip. Ayat aku pun macam skema kertas BM 2 kat sekolah dulu….huu..huuu.

Okeylah layan sikit gambar wedding sepupu Man dan isterinya Maslinda. Aku yang secara tak langsung aku jadi tukang ambik gambar disamping jadi juru kaka kata orang kelantan atau kat sini orang panggil penanggah.

Majlis ni berlangsung secara sederhana sahaja dibelah makcik aku di Saujana Putra, Sepang. Masa belah pengantin pompuan hari tu aku tak dapat datang. Tapi yang best tentang majlis ni ialah ada tetamu istimewa iaitu bos kepada sepupu aku datang. Korang tengok la kat gambar saper tetamu yang best tu. Aku pun semangat gak nak ambik gambar. Ok layan sikit dari yang masih newby.










Inilah tetamu istimewa majlis perkahwinan sepupu aku. Masa Dato’ Siti sampai punyalah ramai nak ambik gambar dan bergambar. Padahal sebelum tu masing-masing buat tak tahu je. Lagipun makcik aku tak maklumkan kat tetamu yang Dato’ Siti nak datang. Aku dah maklum awal-awal lagi. Aku pun tersepit kat celah-celah orang ramai. Ni pengalaman bermakna la buat aku ambik gambar dicelah-celah ramai orang. Jadi ada satu koleksi album aku yang ada gambar artis….huu berangan.

Masa ni gambar Dato’ Siti lagi banyak aku shot dari gambar sepupu aku. Tapi tak pe aku akan buat satu album untuk hadiah kepada sepupu ni. Layan sikit lagi.





Kepada Man dan Mas selamat pengantin baru. Semoga korang bahagia dan ceria walau apa pun keadaan. Sampai ke akhir hayat. Nanti album dah siap Abg bagi buat hadiah kawin Man dan Mas. Nyambil2 buat promosi…hee..hee. Senang-senang datang la rumah nak kenal gak ngan sepupu baru.

Note: kepada kawan-kawan yang nak ambik gambar bertunang, kawin or yang seumpama bolehlah hubungi saya ni….


8 thoughts on “Majlis Persandingan Man dan Mas

  1. Salam, wah bro! Tahniah! Patut ar lama tak update blog ko… Dapek gak ko amik gambau siti ek… :(( huhuhu jealous aku. Gambau outdoor takde ker? Tapi pelik ar… mana Dato K?!😀

  2. waaaaaaaaaaaa, bukan senang awe nak amik gambar dia..best tu kenduri kahwin ada dato; siti datang,hehe..:) gambar2 ko pun makin baik awe..aku rasa memang dah tiba masa ko upgrade body or at least kena ada flash,hehehe..keep it up awe..

  3. Kebetulan je Sensei, masa tu pun aku tengah kalut ngan tetamu, heroes2 aku. Masa CT tiba terus ambik kamera aku cepat….huuu…huuu. Tu lah nak beli..tak beli lagik…

  4. pergh… terbaik la we. agknye bile leh tgk dgn hasil kamera baru ni we?? sure brtmbh gempak. we, agk2 ak kawin nt ko leh tolong jemput dato’ siti tak?? hehee..

  5. Ko dah nak kawin ke Din?? Alhamdulillah. Mesti ramai kawan2 kaki bola ngan kaki photog datang….aku leh la panggil Dato’ Siti datang….tapi takut Siti Mek Kelate salam Pantai Timur hok datang…huu…huuu

  6. salam we..
    lame xsinggah sini…
    haha….
    untung ko we.
    dpt abik gmbr ct dpn2..
    gmbr2 ko dh makin maju…
    bli flash cpt2 we…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s