Ambik Gambar Sukan: Karnival Sukan LZS

Salam, lama benar dah aku rasa aku tak upload sebarang entry baru kat sini. Bukan apa aku sepanjang bulan April aku terlalu sibuk dengan persiapan sukan tahunan ofis aku. Tahun ni kali pertama sukan futsal diadakan serentak dengan bola jaring. Lagipun sukan bola jaring kat ofis aku dah lama tak dibuat kejohanananya. Jadi hari tu adalah lebih kurang 200 orang lebih kakitangan yang terlibat termasuk isteri dan anak-anak diaorang. Enjoy gak bila semuanya berjalan dengan baik….

Aku bukanlah pengarah sebenarnya tapi saje-saje gak menyibuk sebab sukan ngan jiwa aku ni tak boleh dipisahkan. Lagi-lagi sukan yang berkaitan dengan bola. Tak kira la bola padang ke futsal ke…janji bola yang ada kaitang tendang menendang. Tapi kalau takraw aku memang bangku….malah lebih dari tu kut??

Sebelum karnival ni bulan Mac ari tu aku dah sibuk buat persiapan ‘set up’ pasukan ofis aku ke kejohanan 9 sebelah bola sepak anjuran MAIS. Korang leh la layan citer n gambar kat blog aku ngan Sifuu Acaii bangunkan untuk membangunkan sukan kat ofis aku ni. Korang leh klik la kat riangria lezas ni. Kat sini banyak entry2 aku ngan sifuu Acaii menulis dan melalut…kira kuar la dari topik wedding dan sebagainya. Tak lah kami dicop asyik citer kawin-kawin..n pasal topik photographer je. Photographer pun manusia normal gak…kan..kan…kan.

Gambar-gambar sukan hari tu pun aku tak sempat nak upload kat blog LEZAS tu lagi. Tapi korang layan la sikit hasil insiatif dari kamera cabuk aku mana yang aku sempat snap masa hari kejohanan tu. Hari tu aku dan Acaii dah lah selaku AJK, merangkap pemain dan jugak kena jadik tukang ambik gambar. Nasiblah Acaii pun turut sama. Pening kepala sebab semua hal nak kena pikir time tu jugak. Tu sebab pasukan aku dan Acaii kecundang peringkat kumpulan lagi. Tahun depan aku tak nk dah jadi AJK. Nak fokus jadi pemain je….jeles tengok orang dapat hadiah. Dah lah hadiah tu kita yang tukang cari sponsor..ye tak Caii??

Ok layan sikit gambar sukan pulok….


Pagi-pagi 7.30 aku dah siap gantung banner kejohanan kat Futsal Extreme Park Shah Alam

Pemain-pemain bola jaring mendaftar

Ramai jugak lah staf2 baru yang turun hari tu…rasa macam anjur family day pulok. Lepas ni aku kena join AJK family day LZS pulok. Sekarang pun tengah sibuk kena promosi kemeriahan family ni pulok.













Keeper pasukan aku dan baju pasukan aku tahun ni warna ungu dengan moto AdaBrans?…


Piala-piala yang jadi rebutan pada tahun ni…

Seperti tahun-tahun sebelum ni, pasukan aku biasanya sekurang-kurangnya akan masuk jugak ke separuh akhir. Tapi tahun ni nampaknya pasukan-pasukan dari daerah lebih menyerlah berbanding pasukan dari ibu pejabat.

Apapun kawan-kawan semua tahniah diucapkan atas komitmen yang diberikan. Tahniah pada yang menang dan yang gagal tahun depan kita cuba lagi.

Nota: Hari tu ada 4 bijik DSLR, 2 dari fotografer ofis aku masing-masing satu ngan tele 200mm, satu ngan 17-55, sifuu acaii ngan D80 dia dan aku ngan cabuk D60 aku masih ngan kits lens….belajar-belajar…kena terus belajar. Semua gambar aku kat atas tu guna 18-55 aku je…orait lagi kan


6 thoughts on “Ambik Gambar Sukan: Karnival Sukan LZS

  1. jeles gak tgk org lain dpt hadiah..
    kita2 nih dok cari,depa p balun..
    saringan pon xlepas..aduss!! sadis betul..
    xper,bkn luck kita..
    Kalah itu satu kepastian,menang itu satu anugerah!..
    bro, thn dpn kita bg org lain in charge (cam xder org lain jer??)..
    ringan ckit otak kita..
    pasnih kita fokus nak main jer..HUH??

    1. Insyallah ada orang lain yang boleh buat punyer….asyik kita je..bosan orang lain nengok kita jadi AJK. Apapun thanks semua team AdaBrans? Gaya permainan kita dipuji….kalah tu memang pasti…

  2. xlepas kump we?? ala sygnye.. xde rezeki la tu. syg team febret xmsuk, tu sure pnt organize tu.. bende² cm ni mmg susah sikit we nk cari peganti. bukan pe, takut da ada peganti takut xjalan pulak. kalo bg kat org baru dan push wat kije kalo respon baik tu ok la.. tp kalo slow je tu yg xbest tu. smg korg jumpe peganti yg bagus tuk organize bende² cm ni nt dan yg pastinye InsyaAllah piala tu akan kembali ke tgn korg.. =)

    thniah kerana berjaya organize tournament tu ngn jayanye..

  3. Salam Dins…thanks atas kepercayaan ko yg team aku masih best w’pun x best..hee..heee. Dah ramai dah DIns sekarang kawan2 baru yg best2 main. Aku pun umur pun makin bertambah…perut pun makin tak maintain…tu yg berat tu nak lari tu…

    Insyallah akan ada pengganti yg lebih best lagi untuk tournament akan datang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s