Fly With AirAsia

Salam, kali ni aku nak citer sikit pengalaman pertama aku belajar bawak kapal terbang. Bukan naik kapal tapi aku jadi pelajar akademi Air Asia yang bawak kapal terbang. Sebenarnya bawak kapal terbang ni tak lah susah mana. Semua ‘button’ teknikal dia dah disistemkan secara automatik. Cuma masa nak ‘flight’ naik dan nak mendarat saja kena guna manual sistem.

Kali pertama memang la kekok sikit. Pulok kali pertama pun aku dah kena ‘terbangkan’ Airbus 320. Besar tu. Kapal ni leh bawak hampir 400 penumpang. Gayat pun ada. Cemas pun ada. Apapun hasil tunjuk ajar ‘sifuu’ terlatih akhirnya berjaya jugak aku terbangkan pesawat AirBus ni. Walaupun cuma dalam tempoh 45 minit penerbangan je. Korang tengok la gambar yang sempat aku ambik masa bawak kapal terbang ni. Caya tak??


Masa ni kat ketinggian 5000 kaki dari aras laut

Sempat lagi bagi pose kat photografer….ni dah tahap tinggi sampai awan biru dah ni

Lepas tu aku ngan kawan-kawan lain sempat lagi tukar-tukar jadi ‘pilot’ jadian. Ha..haa…haa…macam betul-betul je bawak kapal terbang. Tu semuanya sebenarnya hanya lakonan semata-mata. Kejadian ni berlaku masa aku dan rombongan cik Kiah dari LZS mengadakan lawatan muhibbah ke AirAsia Academy dan Ofis AirAsia kat LCCT sana tu minggu sudah. Rombongan ni diketuai oleh sahabat aku Ustaz Syahril dan Ustaz Azhar. Dua-dua ni ada gaya jadi ‘pilot’. Okey aku citer panjang2 tak pandai sangat korang layan gambar dari kamera cabuk aku…kebetulan lak ari tu aku kena jadi fotografer tak berlesen untuk aktiviti lawatan ni. Ok gak boleh aku belajar lagi. Layan gambar kawan2 aku yang masing-masing berangan cam aku nak jadi’pilot’ walaupun ikut saiz badan masing-masing tak lepas…hee..hee.

Ladies pertama yang berani mencuba simulasi ni…akhirnya kapal terbang tu terhempas…nasib baik simulasi je

Hatta ngan Ajis yang tengah dalam perjalanan ke kampung masing2 ikut setting sukahati dioarang..macam kampung diaorang ada landasan nak mendarat. Sawit adalah.

Ustaz Syahril yang tersenyum puas…

Pak Cik Razali orang penting yang banyak memberi taklimat dalam kokpit pesawat AirAsia

Keadaan sebenar tempat juruterbang duduk….pening tengok butangnya banyak sangat.

Komputer ‘touch scrin’ untuk tukar2 keadaan cuaca semasa sesi latihan penerbangan

Rupa kepala kapal terbang untuk latihan penerbangan dari luar…satu ni harganya USD30 juta. Kat dalam sama macam kapal terbang sebenar

Ini yang paling terbaru la kepalanya….ada bran nak beli untuk ganti PS3 korang kat umah

Lepas tu kami dibawa melawat tempat-tempat diorang belajar, bilik gromming steward.stewardess, ruangan dalam pesawat, tempat latihan terjun dalam air n macam-macam lagi. Pendek citer lawatan membuka bukan sahaja membuka mata aku tapi menambahkan lagi ilmu aku dan kawan-kawan. Sekali fikir teringat masa lawatan sambil belajar kat sekolah rendah dulu. Aku dulu melawat kilang sawit je yang paling ‘grand’ la masa tu.Layan gambar lagi.



Ahli rombongan Cik Kiah..hee..hee kat sini la drama Awan Dania siri dulu tu selalu buat penggambaran dan aku dapat tahu satu rahsia citer kenapa siri baru drama tu dah beralih ke firefly pulak

Calon-calon pramugara yang tak lepas ujian saringan ketinggian ikut saiz patung kat belakang tu…ni bilik gromming pramugara dan pramugari belajar make-up dan dressing dan kami dapat tahu apa alasan sebenar paramugari AirAsia kena pakai skirt pendek atas lutut sikit….jeng–jeng…je..jeng

Kereta F1 lotus milik AirAsia…..korang jangan tak kenal pulok bila tengok race nanti. Ada jugak hasil tempatan masuk F1 walaupun baru berjinak-jinak.


Ni nak ambik gambar kete ke nak ambik gambar orang ni??

Lastnya aku n kawan-kawan berasa bertuah sangat..(cehhh ayat tak tahan) dapat ikut rombongan ni melawat AirAsia. Objektif sebenar aku dan kawan-kawan dari LZS ialah datang untuk membawa misi dakwah zakat kepada pekerja-pekerja kat Air Asia tu supaya membayar zakat gaji diaorang yang besar-besar tu. Dengan adanya aktiviti ni mudah sikit lah kami nak berjinak-jinak denga hati mereka yang jarang berada didarat ni. Asyik ‘fly’ je diaorang ni.

Tima kasih kepada pihak AirAsia yang melayan kami dengan sungguh hati. Nampak kebanggaan mereka dalam kerja mereka ni. Kami pun rasa bangga jugak sebab ada antara pembayar ialah kapten sebuah AirBus yang besar tu….bangga jugak walupun seposen.

Nota: nanti aku up load lagi citer disebalik kejayaan Tony Fernendes. Aku suka versi kerja beliau terapkan untuk staf2 diaorang. Ada banyak rahsia disebalik kejayaan syarikat penerbangan tambang murah ini. Dari keadaan pejabat yang sempit ke meja CEO terbaik Asia ni. Tunggu ye gambar-gambarnya….


16 thoughts on “Fly With AirAsia

  1. sheera bawa sampai koner baring…hatta nak landing dalam parit…memang suspen….tapi kak nurul……memang mempunyai pakej yang lengkap….

  2. fuh..awe, kawe ingat nak buat part time keja pilot airasia…ingatkan susah nak terbangkan pesawat,rupanya taklah sesusah mana…hahaha.. cuma mendarat agak susah sket..kat landasan banyak longkang…kena gtau JKR ni, suruh tutup longkang yang ada…hahahaha…
    kak noorul dressing mcm ketua pramugari walaupun sket lagi nak cukup ketinggian…

    1. Salam gak En Man, boleh aku bawak ko tengok ‘fly’. Biasanya kat kedai mamak punya gelas teh tarik ada hinggap sekali sekala.

      Apa projek sekarang bro??

  3. awe,yg penting kite dapat lepak kat “board of directors” nyer tempat meeting.
    memang terbaik!! “i believe i can fly”…

  4. waa… aku jd jeles kalo cm ni. bole pgil captain awe la cm ni sbb dpt trbgkan flight. hehehee.
    we… cerita la ape rhsia diaorg kene pakai skirt ngn pasal awan dania tu?? hehee..

    1. Salam Iskandar. terima kasih kerana singgah kat blog ni. Abang bukan bekerja di Air Asia. Abang photografer je. Iskandar boleh terus merujuk ke web Air Asia terus rasanya.

Tinggalkan Jawapan kepada zakuanhasan Batal balasan