Hari Guru

Salam kepada semua kawan-kawan. Petang semalam semasa aku nak ambik anak aku kat Taska ‘teacher’nya memberitahu bahawa Taska anak aku akan membuat sambutan hari guru pada 1 Jun ni. Macam mana aku boleh terlupa pulak yang 16 Mei setiap tahun adalah sambutan hari guru. Cuma sambutannya diadakan berbeza-beza di setiap sekolah. Tapi aku tak pernah pulak tengok orang buat sambutan hari pensyarah, guru sekolah memandu, guru silat dan sebagainya. Itu semua pun bukan dikira guru jugak kan?

Aku teringat dulu masa sekolah rendah sibuk kami satu kelas membuat persiapan untuk meraikan guru kami. Yang disambut ialah biasanya guru kelas kita sendiri. Seminggu sebelum hari tu dah sibuk mintak ngan arwah ‘mak’ belikan hadiah untuk cikgu kelas. Selain guru kelas biasanya guru yang baik ngan anak murid akan dapa hadiah yang banyak dari anak muridnya. Kalau guru displin tu lagi sikit dapat hadiah.

Tapi kat sini aku nak kongsi sedikit citer tentang guru yang paling istimewa pernah hadir dalam hidup aku. Guru yang tak ada tandingnya bagi aku. Guru yang menyuluh hidup aku walaupun beliau sendiri hidup dalam kegelapan. Guru yang menjadi idola bukan hanya aku seorang tetapi satu kampung menyanjung beliau. Bukan kerana hartanya. Bukan kerana tubuhnya. Bukan kerana jasanya. Tetapi semua hanya kerana ilmunya.


Gambar ehsan dari guru photografer dari Indonesia yang terkenal satu dunia. Rarindra Prakarsa. Melihat gambarnya mampu membuat kita sedar tentang kehidupan.

Guru paling istimewa yang aku maksudkan ialah guru ‘ngaji’ aku. Aku rasa korang semua pernah ada guru ‘ngaji’ korang. Tapi tak ramai antara kita menyanjung guru ini. Tak ramai yang memartabatkan guru ini. Tak ramai yang mengiktiraf guru ini. Mungkin sebab guru ‘ngaji’ kita bukan lulusan universiti, bukan ada PhD, bukan ada sekolah moden, cuma surau usang, bukan berpangkat, bukan berbayar. Ajarnya cuma ehsan, ajarnya cuma bakti, ajarnya cuma agama, ajarnya cuma bacaan, ajarnya tiada balasan hadiah no 1,2,3 dan seterusnya.

Apa yang membuat aku bangga dengan guru ‘ngaji’ aku. Apa yang membuat aku menulis tentangnya. Apa yang membuat aku mengiktiraf beliau sebagai ‘the best of all’. Guru ‘ngaji’ aku ialah seorang tua yang kami Pak Cik. Seorang yang buta matanya sejak dari umur 3 tahun. Seorang yang Allah pilih untuk menjadi Al-Quran hidup. Seorang imam kampung aku. Seorang ketua penasihat kampung aku. Seorang yang sentiasa senyum walaupun dia tidak nampak apa yang dia perlu senyum. Seorang ayah kepada anak, atuk kepada cucu, abang kepada adik, ketua kepada penduduk. Hidup beliau lebih bercahaya dari aku yang celik. Dari aku yang memegang ijazah. Dari aku yang berpangkat. Dia lebih dari segala ukuran. Sebab dia guru ‘ngaji aku.

Aku berterima kasih kepadanya kerana ilmu ‘ngaji’ nya mengenalkan aku dengan kitab Allah. Kenal alif, ba, ta. Kenal sikap hormat. Kenal akan disiplin hidup melalui rotannya. Kenalkan aku dengan arahan melalui suaranya. Banyak sekali aku kenal. Bukan hanya aku semua orang pun begitu.

Dan sekarang aku sudah tidak lagi dapat lihat, dengar, rasa dan kagum dengan semua itu. Sudah hampir 7 tahun guru aku ‘pergi’ menemuiNya. Moga arwah Pak Cik Soh nama yang sentiasa dalam ingatan semua kami yang pernah menerima ilmu ‘ngaji’nya. Kami yang pernah merasa libasan rotan beliau. Kami yang pernah terdidik dengan ilmunya itu. Moga Allah memberi sebaik-baik ganjaran atas segala ilmunya itu. Ustaz aku cakap selagi kita mengamalkan ilmu yang pernah diajar oleh guru itu selagi itu pahala akan mengalir kepadanya. Kepada semua sahabat aku sedekahkan al-fatihah buat nya dan buat semua guru ‘ngaji’ korang. Kerana Al-fatihah ialah surah pertama kita semua pandai kerana guru ‘ngaji’ kita. Al-fatihah.


4 thoughts on “Hari Guru

  1. Teringat cikgu2 aku semasa baca entry ko ni awe..entry yang sangat bagus..thanks for sharing..semoga roh arwah dan semua guru2 kita ditempatkan dikalangan orang yang beriman,amin.

  2. bertakung air mata aku we bc entry ko ni…sbb aku teringat kat bapak aku kerna dialah ‘guru ngaji’ aku dan dialah guru segala guru yg menjadi asbab aku berjaya seperti ini skrg,alhamdulillah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s