Majlis Akad Nikah Fadzil dan Nurul

Salam, hari ni baru berkesempatan upload gambar majlis akad nikah jiran depan rumah aku yang berlangsung pada bulan lepas al maklum kat ofis dok sibuk ngan beberapa program besar ofis tahun ni. Dah lama-lama dah kawan-kawan kat apartment aku dok tanya bila boleh tengok gambar 1st wedding yang berlangsung kat apartment kami ni. Kira Fadzil dan Nurul adalah pasangan pertama yang dinikahkan di kediaman kami ni. Dan majlis perkahwinan pertama untuk pertama kalinya dianjurkan dikediaman aku apartment Sri Ixora, Shah Alam.

Apa yang menariknya ialah semua AJK hari majlis tersebut dapatlah marasa pakai baju seragam yang kami sama-sama usahakan untuk menjayakan majlis ini. Kaler hijau yang dari jauh dah nampak. Dan aku macam biasa menyibukkan diri untuk jadi jurugambar yang tak official. Dan aku dapat belajar lagi.

Buat kenduri kat kediaman baru ni susah jugak kalau tak ramai yang menolong. Tapi Fadzil dan jiran-jiran satu blok 46 dan kawan-kawan Ixora lain dah macam kawan-kawan lama walaupun baru je kami ni semua berjiran. AJK surau pun pun banyak membantu urusan akad nikah. Ok layan dulu sedikit hasil nukilan wide angle yang aku pinjam ngan sensei acaii. Banyak aku dapat belajar dari lensa ni. Memang best.


Sebahagian AJK bergambar ngan bakal pengantin

Antara orang yang paling sibuk ialah bapa pengantin dalam majlis kawin ni. Oleh itu menjadi peranan jurugambar merakam setiap detik-detik begini. Reaksi suka, gementar, suasana hepi-hepi yang boleh difahami dari riak wajah potrait seseorang. Ini yang aku belajar la. Kalau salah mohon betulkan.

Jurugambar juga perlu menjadikan gambar yang diambil ada ceritanya. Ada ‘meaning’ kata yang pro. Jadi itu yang aku perlu banyak belajar lagi. Ok layan lagi la….mana-mana yang patut.



Wajah ayah dan ibu pengantin menunggu detik bahagia anaknya



Cerita mengisi borang-borang penting



Cerita khutbah nikah



Cerita detik lafaz akad nikah…saat paling wajib penting untuk di shot



Saat mengaminkan doa


Bacaan taklik nikah….kadang kita lupa kita pernah bertaklik


Penyerahan mahar kepada isteri




Setiap detik ciuman, jelingan, pandangan dan perasaan setelah bergelar suami dan isteri. Kadang-kadang gambar membawa maksud tersebut.


Apapun selamat pengantin baru kepada Fadzil dan Nurul. Moga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat. Jangan lupa turun sembang-sembang dengan ahli2 mesyuarat blok.

Nanti aku up load lagi gambar-gambar sekitar majlis persandingan yang berlangsung pada hari yang sama jugak.


6 thoughts on “Majlis Akad Nikah Fadzil dan Nurul

  1. Salam we.. waa.. terbaikla we.. mesti best kan dpt gune wide lens.. gmbr mse sarung cincin tu cm muka en zahar la. tp version kurus laa.. =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s