Selamat Hari Jadi Faris Daniel (Along)

Salam, pejam celik, celik pejam rupanya dah 4 tahun umur putera sulong aku. Dulu ingat kecik lagi…masih ‘berpampers’, masih hisap susu botol, masih tidur kat tengah2 ngan abah n ibu. Tapi sekarang dah besar dah anak abah.


Faris Daniel ngan cup kek yang ibunya tempah

Dah pandai bercakap…tak renti-renti plak tu. Letih abah nak menjawab semua soalan Along. Abah teringat iklan ‘burong murai’. Tak jadi abah nak mengabaikan satu pun soalan along….tapi ada kadang-kadang abah jawab acuh tak acuh tapi along tetap tak jemu bertanya tiap kali ada benda baru along nak tahu. Maafkan abah la kalau ada kadang-kadang jawapan tu abah tak reti nak ‘explain’ jawapannya dalam ayat anak-anak seumur alaong yang bertanya soalan orang dewasa pun tak tanya. Tapi abah cuba jugak ‘meloyar burukkan’ jawapan itu.

Dah besar dah anak abah. Dah pandai pakai baju sendiri. Dah tak nak pakai pakai ‘pampers’. Dah tahu nak ‘buang air’ kat tandas. Dah lancar baca doa makan. Dah pandai ABC, Alif ,Ba, Ta..tersilap2, lancar no 1-10..kadanng2 dah sampai gak 20. Dah pandai ikut radio menyanyi. Dah pandai main sorang2. Kadang-kadang abah jadi mangsa main lawan-lawan macam ‘power ranger’. Abah kena jadi ‘power ranger’ biru, along ‘power ranger’ merah, angah ‘power ranger’ pink walapun angah tu ‘boy’ macam along. Nasib baik adik masik kecik lagi…kalau tak pecah rumah kita dengan ‘rangers2..’ abah ni.

Abah tak de nak bagi along hadiah besar. Hadiah mahal-mahal. Sebab along pun masih mentah nak nilai hadiah tu mahal ke murah. Along masih naif nilai harga hadiah. Yang along tahu cuma nak hadiah dan nak kek. Itu pun dah kira along dah pandai menilai walaupun sikit. Beza ngan hari jadi along tahun2 sudah….along pun tak tahu apa itu ‘bestday’….tahu2 abah bagi along sepotong kek.

Abah pun tak nak ajar along memintak-mintak hadiah. Abah nak ajar along menghargai hadiah yang diberi. Bukan abah ‘kedekut’ tapi ada jugak sikit2..hee..heee. Tapi ada benda abah nak ajar. Nanti along besar along akan faham…along akan mengerti…..)cewahhh….panjang dah nih….macam along pandai baca. Mungkin nanti along akan baca jugak….bila dah pandai tahun depan.


Muaz Naufal besar nanti nak jadik Ben 10


Mufid Mikail curi kek Alonggggggg…..

Apapun selamat Hari Jadi yang keempat buat anak sulong abah dan ibu. Along ialah zuriat pertama abah. Along akan jadi ketua kepada adik2. Along akan jadi lebih baik dari abah. Insyallah. Satu je…abah nak along jadi anak yang mentaati abah dan ibu. Itu sudah cukup. Amin.

Nota: Kepada sesaper yang nak ambik gambar hari jadi anak boleh lah hubungi saya. Sama-sama kita kongsi saat2 ceria anak-anak2 kita. Jadikan ia satu album kenangan.


12 thoughts on “Selamat Hari Jadi Faris Daniel (Along)

  1. isk sadisnya ceriter seorang abah… sebak gak baca.. eh ko punya wall yg gambar sangkar burung n ada pokok2 tu ko lukis sendiri ke wan? ke ada dijual n main tampal je?

    1. Jgn sedih Pn Anis…aku punya wall tu mula2 aku lukis lepas tu aku cat putih..lepas tu aku kaler2..lepas tu aku keringkan…lepas tu aku padam..lukis lagi…siap conteng2..

      last2 aku beli je ngan Affandi kaunter PKNS lepas tu balik tampal je kat dinding rumah..haa….haaa. Nampak sangat ko tak pernah datang rumah aku….maklum la umah aku rumah flet…issk..issskk sedih aku….Jemput la datang rumah nak nengok benda tu….

      1. hamboi10x berani sungguh ko kluar kenyataan aku tak penah pergi rumah ko….!!!! cuba ko kenang balik, ada tak ko pernah jamu 2 org tetamu ko kepok lekor dan grg pisang di kala tengahari itu… ingat tak… masa aku dtg masa tu mana ada lagi benda tu

        bersyukur la ko ada rumah doh… aku sampai sekarang menumpang rumah org lagi huhu. tu pun kene bersyukur gak dari org lain yg takde langsung tempat berteduh isk….

  2. Salam, bro! Takpe Awe tu semua kemanisan hidup. Mereka penyeri hidup. Apa yang peliknya ada yg kat luar sana sanggup buang anak. Apa nak jadi la… Anyway gambau semua chanteks.

  3. waaaa….sedih nyer baca…luahan hati seorng bapa…
    mst anak abg wan proud kalu die bcer entry nie…hehehhee….
    cup cake ben10 cumel..=)..
    tu jer nk ckp,,=)

    1. Tu lah Yan. Bila jadik ibu bapak ni. Kadang2 kita nak tak mengerti benda2 macam ni. Tahu nak mintak je ngan bapak kita. Jadilah yang kita anak yang bersyukur….

  4. sedih aku baca citer ni…beri kesadaran kat ali jua…tak sedar rupanye anak aku tahun depan dah tahun satu dah….sekejap aje masa berlalu…

    1. Betul tu cikgu…tahu2 anak kita dah makin membesar. Piki2 balik kita tak tahu apa pun yg kita dah rancang kat anak kita. Tahu2 dia lebih banyak belajar dari orang lain lebih dari kita…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s