Akad Nikah Marena & Zul: Masjid Besi

Salam buat semua, sedar atau tidak sudah setengah tahun kita semua menjalani kehidupan di tahun 2010 ini. Jika dalam bulan Islam kita sudah pun masuk dalam bulan Rejab. Bulan yang ibadat yang banyak ganjarannya sebelum tibanya bulan Ramadhan. Bulan ini juga ramai yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri kahwin kerana mengambil berkat bulan Rejab.

Bagi aku la, walau apa bulan pun yang kita hadapi semuanya ada baik jika kita berlaku baik dan sebaliknya. Jadi dalam Islam juga sebenarnya menekankan supaya ibadat kita hari ni seolah-olah kita akan meninggal dunia esoknya dan usaha dan kerja kita seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi. Itulah hebatnya agama kita.

Begitu juga dalam ibadah perkahwinan. Perlu juga diselitkan sedikit ilmu perkahwinan dalam Islam. So, aku sama-sama kongsikan ilimu ini. Korang leh la baca info ni bagi yang akan berkahwin dan yang dah kawin pun leh baca. Bagi aku seorang fotografer kawin pun perlu tahu hukum-hakam dalam perkahwinan ni. Manalah tahu masa bakal pengantin tengah gugup tu leh la kita tolong mereka dalam mengingat hukum-hukum ni. Betul tak? So kawan-kawan semua leh baca artikel kat wikipedia ni. Pastu layan gambar akad nikah Marena dan Zul semasa aku ikut sensei Acaii kat Masjid Besi Putrajaya tempoh hari.


Mercu tanda Putrajaya dari Masjid Besi





Bila ikut orang berpengalaman ambil gambar ni mesti ada benda baru aku boleh belajar. Contoh ada jugak dikalangan pengantin yang tidak suka sangat bergambar di hadapan ramai orang. Tapi bila kat sesi outdoor mereka okey je.

So, dari situ fotografer ‘otai’ macam sensei Acaii banyak memainkan peranan beliau masa tu. Tu belum kira lagi cerita pengantin lambat tiba ke majlis. Cerita makanan tak cukup. Cerita kes kecurian duit hantaran. Kepada semua kawan-kawan fotografer saling ingat mengingati kita dalam menjalankan tugas mengambil gambar. Cewahh macam bagus pulak rasanya. Ini lah hasil pembelajaran namanya.

Entry penuh korang leh masuk blog sensei aku acaii next week. Selamat Pengantin Baru Marena dan Zul. Moga bahagia dan ceria ke akhir hayat. Amin.


4 thoughts on “Akad Nikah Marena & Zul: Masjid Besi

  1. waaa..
    cayalah we..
    ko dh ade speedlight ke…
    dh byk kali ikut shoot weding t mst makin cun gmbr ko…
    lame xlepak dgn ko we..
    hehe

  2. Salam COTS, tu lah lama dah x jumpa ko. Malam tadi program Zakat kat De Palma jumpa fotografer UPM. Pakai white body ya korang. Dia kenal ko.

    Gambar aku masih dalam proses belajar la Cots. Baru setahun ketiak jagung..hee..hee. Jom la lepak. Bagitahu tempat nanti aku ajak sifuu sekali turun. Dapat tengah2 area puchong, shah alam n serdang ok lah….

  3. Salam awe,
    Thanks sudi ikut aku aritu..memang pengalaman best betullah sesekali dapat pengantin yang susah skit nak bekerjasama,hehee..:) nasib semuanya ok je. Gambar ko makin lama makin meningkat ni we, yelah dah agak berpengalaman pegang kamera,hehe. Ada masa bolehlah follow aku lagi. Aku pun belajar lagilah.

    1. W’salam sensei. Pegang kamera mmg dari kecik caii. Ambik gambar je baru belajar. Insyallah nanti aku rembat ko punya 90 tu…tima kasih bagi aku itut ko. Lain kali nak follow lagilah….leh ambik gambar budak2 kecik pun jadilah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s