Perkahwinan Marena & Zul : Putrajaya

Salam. Orang kata jodoh, rezeki, ajal maut semua sudah ditentukan oleh Allah. Tetapi kita tidak pula disuruh menunggu, menanti dan bersabar tanpa membuat apa-apa tindakan, usaha dan bertindak. Pagi ni pula terbaca berita sepasang suami isteri di negeri utara tanah air mendapat cahaya mata kembar empat setelah hampir tujuh tahun menunggu. Inilah yang dinamakan rezeki. Tetapi pasangan ini tidak pernah serik berusaha. Nah, Allah tidak pernah menipu hambaNya. Kita yang kadang menipu Allah dan diri sendiri.

Allah memang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah telah mencipta sesuatu bukan sia-sia. Allah sayang semua hambanya. Hanya hambaNya sahaja yang kekadang lupa akan nilai dirinya termasuk aku sendiri. Allah cipta keadaan senang dan keadaan susah supaya manusia menilai erti diciptakan. Kita semua tahu cerita nabi Ayub yang menderita sakit, cerita nabi Musa yang mengaku dialah yang paling hebat dan dipertemuka dengan nabi Khidir dan cerita derita Rasullah sendiri yang diuji dengan kesukaran dalam kehidupan. Semua Allah telah jadikan sebagai ikutan kita. Kita semua memerlukan sandaran dalam hidup ini. Perlu sokongan. Perlu didikan dan sebagainya. Setinggi mana kita ada yang lebih dari kita, serendah mana kita ada yang lebih rendah dari kita. Pesanan ini khas untuk aku sendiri sebenarnya.

Sedikit hasil pembelajaran dari seorang sahabat dalam bidang mengambil gambar.Gambar masa follow Acaii hari tu. Tima kasih Acaii kerana bagi aku guna ‘mata ikan’ ko yang marbelus tuh.









Ramadhan pun dah tak lama dah nak tiba. Satu bulan yang Allah angkat martabatnya menjadi bulan yang mulia disisi agama. Sama-sama kita berdoa agar kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramdhan tahun ini dan mampu mengisinya dengan amal ibadah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s