Bersiap untuk Liga Ramadhan

 

 

Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan

Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab, Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan (HR. Ahmad dan Thabrani.)

Salam. Malam semalam aku ke surau rumah kat perumahan aku. Kebetulan ada tazkirah ringkas berkenaan persiapan Ramadhan. Apa yang aku nak kongsi ialah beberapa isi kandungan tazkirah tersebut yang bermakna buat aku. Ustaz malam tu ada menyebut tentang asas persiapan untuk kita menyambut bulan yang mulia ada beberapa perkara yang perlu buat  iaitu:

1) Mohon ampun dan taubat kepada Allah

2) Mohon ampun dan maaf kepada kedua ibu bapa

3) Ibu bapa perlu beri redha kepada anak-anak

4) Suami isteri perlu saling bermaafan

5) Memaafkan sahabat-sahabat

6) Bermaafan dengan jiran tetangga

7) Melangsaikan hutang jika mampu dan memohon pertimbangan dari si pemiutang

“Moga kita dapat melangkah ke Ramadhan dalam jiwa yang bersih dan suci.  Moga Allah bagi kita kesihatan dari pusingan saringan, semi final dan pusingan akhir”. Sambung ustaz lagi.

Nota: Al fatihah buat arwah mak aku yang telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 4 Ramadhan tahun 1995. Masih ingat lagi lembut tangan mak kejutkan aku supaya bangun bersahur. Masih ingat jam 3 pagi arwah mak bangun masak untuk anak-anak. Lepas tu terus mak berjaga hingga Subuh. Moga Allah tempatkan arwah mak dikalangan orang-orang yang dikasihi.


2 thoughts on “Bersiap untuk Liga Ramadhan

  1. al fatihah untuk mak ko awe,huhu..sedihlah plak aku baca😦
    mohon maaf atas segala salah silap ye awe..:) selamat menyambut ramadhan. nanti kita buka puasa ramai2 lagi..:)

  2. Salam sensei, moga kita yang masih hidup ni ambil peluang di bulan yg penuh barakah ni. Ada cadangan nak bukak poso kat mana ini tahun??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s