Potraiture: Muhd Mufid Mikail

Salam 15 Ramadhan. Dah separuh dah ramadhan berlalu. Aku cuba jugak gagah untuk tidak ‘miss’ sunat tarawikh tahun ni. Kalau tak sempat nak ke surau, orang kata buat lah kat rumah. Alhamdulillah setakat ni masih lagi aku bertahan. Itupun sebab surau aku buat 8 rakaat je. Ada yang mampu buatlah sampai 20 rakaat. Tu kadang-kadang kita ada dengar orang dok berdebat mana satu yang lebih afdal 8 ke 20 rakaat. Kata seorang ustaz yang menyampaikan tazkirah pada awal ramadhan yang lalu di surau pangsapuri aku Surau Ar Rayyan, yang afdal ialah menunaikan solat tarawikh. Sebab pahala di bulan puasa Allah sahaja yang tentukan ganjarannya. Kalau ada salah tentang ni kawan-kawan yang lebih tahu bolehlah tambahkan ilmu.

Agak lama tak up date blog ni. Maklumlah bulan puasa. Inilah bulan puncak kerja aku kat ofis dan kat luar ofis. Jadi hari ni agak free sikit sempat la selinap masuk sekeping dua gambar. Di kesempatan ini juga nak mengiklankan pekej gambar family potraiture untuk edisi aidilfitri. So kepada sesaper yang minat nak ambik gambar ‘story’ hari raya keluarga anda dengan baju raya tahun ni bolehlah hubungi aku. Shooting akan dibuat lepas raya lah ya. Mana tahu masa tu korang pun tengah buat majlis open house bolehlah skali detik2 tu kita albumkan. Ya tak? Korang leh tinggalkan mesej kat ruangan komen.

Layan sikit gambar2 potrait Mufid Mikail di bawah yang diambil secara spontan aksi-aksinya.








Aku juga tengah meletakkan watermark baru dalam gambar. Saje je nak test2…nampak macam gempak tapi tak..heee..heee

nota: Selamat menyambung puasa semua. Tawaran makin lumayan dari Allah hujung-hujung ni. Begitu juga dengan tawaran dari gedung-gedung membeli belah. Salam


8 thoughts on “Potraiture: Muhd Mufid Mikail

    1. Ok sensei..terima kasih atas tunjuk ajar semalam. Aku bab ni yg lemah sikit ni. Nanti akan diusahakan lebih baik. Profesional tu jauh lagi la untuk budak2 hingusan mcm aku nih..

  1. Yup, kata2 sifuu Acaii tu betul… Watermark kasi sama bro! Jgn besar sgt nanti ganggu pemandangan. Kredit utk 1st & last picture tu… marbelesss. Kipidup!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s