Hari Raya’s Story

Salam semua. Hari ni dah masuk hari ke 19 Syawal. Tapi kemeriahan raya masih terasa. Hampir setiap hujung minggu ada jemputan ke rumah terbuka. Jika hari kerja pula jemputan ‘opis terbuka’. Dan dalam kesempatan yang masa yang kita ada eloknya kita dapatlah hadir atas jemputan-jemputan tersebut. Bukan makan semata-mata tapi yang lebih penting ialah kita dapat ziarah-menziarahi dan mengeratkan silatulrahim. Moga amalan ini dapat kita teruskan walaupun bulan Syawal dah abis.

Alhamdulillah aku sempat juga beraya tahun ni di kampung macam tahun2 sudah. Aku tak dapat bayangkan kalau aku tak dapat balik kampung. Mungkin aku akan beraya masa sembahyang raya je. Lepas tu duk ngadap Tv je. Mujur aku masih ada kampung lagi. Bila dah dekat 2,3 hari nak raya tu mulalah aku dah tak buat kerja dah. Lagu ‘balik kampung’ menjadi pembakar semangat perantau aku ni. Yang best tu perjalanan balik kampung yang memakan masa 7-8 jam macam sekejap je. Pernah dulu aku kene jalan sesak sampai 14 jam aku kene drive balik kampung. Tapi perkara macam tu tetap tidak mematahkan semangat nak balik kampung.

Apa yang best sangat kat kampung tu? Aku rasa semua orang ada ‘rasa’ masing-masing. Ada perasaan masing-masing. Jadi layan la sikit gambar aku masa raya ari tu…..korang pun tentu ada ‘story’ masing-masing.


bunyi mercun memang tak pernah sunyi kat kampung aku. Tapi tahun ni lagi gempak maklumlah ada member sekampung dapat mercun free….macam perang pun ada malam raya tu.


saat cium tangan kedua orang tua kita….dan mohon maaf atas salah silap kita yang kita tak sedari

Aku ada sedikit nak kongsi pengalaman. Dulu kita kecik2 selalu ayah kita bagi duit raya kat kita. Tak pernah ‘miss’ walaupun ayah kita orang susah. Mesti pagi raya kita akan dapat duit raya itu. Apa salah bila kita dah bekerja ni kita janganlah ‘kemut’ nak bagi duit raya kat ayah dengan mak kita. Mereka tak minta. Mereka tak tanya tapi sebagai menghargai mereka. Nak balas jasa mereka memang tak padan. Kalau kita balik beraya bawak kereta baru orang pertama kita ajak naik ialah mak ayah kita. Kalau kita balik beraya beli baju baru orang pertama dapat baju baru juga ialah mak ayah kita. Sebab bila mereka sudah berusia mereka cuma nak anak-anak ingat kat mereka sahaja.Mereka bukan nak harta kita. Jadi lapang-lapangkan lah memberi kepada kedua orang tua kita agar hidup kita pun diredhai Allah.


masakan wajib di pagi raya nasi dagang gulai ayam kampung dan itik serati. Perghh…..memang aku tak makan kat umah lain dulu lepas sembahyang raya sebab teringat lauk2 ni.


makcik sedara dari pahang balik beraya ke kampung


anak-anak sepupu aku yang tinggal kat Kedah….penuh tangga umah ayah aku

Raya ketiga aku balik beraya kat Terengganu. Macam biasa kat Terengganu aktiviti wajib setiap tahun ada majlis BBQ. Tahun tambah lagi sekor bilangan ayam dan ikan pun tambah gak. Kumpul adik-beradik dan pak-cik dan mak cik sedara terdekat. Macam biasa meriah dan makanan biasanya abis. Aku tahun ni masak ‘lokan’ bersos tomato. (Lokan sejenis makanan laut macam kerang atau mentarang cuma saiz dia besar). Ok layan gambar raya kat Terengganu.


macam-macam ada…setiap orang kena sediakan menu..yang wajib ialah ayam bakar


orang kuat di dapur membakar….jawatan tetap ni

Alhamdulillah dengan ada hari raya dapatlah hati-hati insan ini bercantum dengan kasih dan sayang kerana Allah. Moga kita dapat berjumpa lagi di hari raya tahun depan. Amin. Aku ingin mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang menulis kat blog ini kepada yang selalu menjongok blog ini dan yang baru jumpa blog ni. Tak lupa juga kepada client yang ‘hired’ aku untukl klik detik2 ceria korang. Can ci cau…


6 thoughts on “Hari Raya’s Story

  1. salam awe. selamat hari raya we. lokan tu sedap ke we?? kat sini (sel & kl) xde ke?? mane gambar raye family ko?? xde pung. hehehee..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s