Tips; Photographer dan Pengantin

Salam, sedikit maklumat penting untuk photografer dan pengantin iaitu tips kerjasama antara kedua-dua pihak. Perkara ini bagi memastikan perjalanan sesebuah majlis berjalan lancar. Salah seorang orang luar yang paling lama berada bersama pengantin ialah photographer. Dari ambil gambar make up pagi-pagi lagi sampailah majlis habis. Ada kadang-kadang sampai lepas magrib. Tapi itulah tugas kalau nak jadi photographer. Tapi hal ini menjadi pengalaman yang agak bagus.


Teaser wedding Ima & Marzuki, Ampang Hilir


Teaser wedding Jia & Niezam, Ampang Hilir

Tips ni aku kongsi dari sensei aku en Acaii untuk kita sama-sama kongsi:

1.INFO MAJLIS : Satu perkara yang selalu terlepas pandang ialah menyangka photographer tahu segala-galanya tentang majlis kita. Kita sangka mereka tahu perjalanan majlis, tetamu yang datang, kenal ahli keluarga dsb. Walaupun kebanyakkan majlis kahwin hampir sama, tetapi adalah baik kalau kita terangkan secara ringkas perjalanan majlis kita, kenalkan dengan ahli keluarga termasuk saudara mara dan orang2 penting dalam majlis. Setiap majlis juga kadangkala mempunyai tradisi berbeza yang mungkin perlu penjelasan dari pengantin. Ia penting supaya mereka dapat rancang kedudukan dan timing mereka dalam majlis tersebut.

2.PERSEDIAAN PENGANTIN : Persediaan pengantin merupakan perkara paling penting. Maksudnya persediaan fizikal dan mental untuk menghadapi hari berbahagia mereka. Ada pengantin yang berhempas pulas siapkan majlis sampai muka mereka nampak letih semasa majlis persandingan. Mata mereka sembab dan merah sebab kurang tidur. Tenaga mereka juga tidak banyak ketika menghadapi hari yang penting tersebut. Bila badan dah letih sangat, mukapun dah tak ceria terutamanya bila sesi outdoor pada sebelah petang. Jadi secara tidak langsung ia menjejaskan gambar yang bakal diambil oleh photographer.

3.PERSONALITI PENGANTIN : Satu perkara yang perlu diingat, photographer juga adalah seorang manusia biasa. Kalau mereka bekerja dengan ceria dan seronok dalam majlis kita mungkin idea mereka lebih banyak dan lebih kreatif. Jadi kalau pengantin masam dan garang je, tanya sepatah jawab sepatah. Mood mereka nak bekerja pun terjejas. Camne kalau bos tempat kita kerja layan kita macam kuli dan tak hormat kita dengan alasan mereka bayar gaji kita?🙂

4.KERJASAMA : Ada photographer mempunyai style dan cara mereka sendiri untuk mendapatkan hasil gambar yang baik untuk kita. Sekiranya ia tidak keterlaluan, berilah kerjasama yang baik kepada mereka. Sekiranya kita tidak selesa bagitau terus kepada mereka supaya mereka faham. Photographer yang bagus biasanya dapat sesuaikan cara pose pengantin berdasarkan karektor mereka. Cuba berbincang dengan photographer tentang ni sekiranya ada perkara yang tidak boleh dilaksanakan semasa majlis.

5.LAIN-LAIN : Antara perkara lain yang nampak macam tak penting adalah seperti mempelawa photographer makan, hehe. Bukan apa, ada photographer yang jalankan tugas seawal 9 pagi. Jadi ada yang tidak sempat bersarapan pagi. Pastu mereka bertugas sampailah lewat petang tak sempat nak makan tengahari. Kalau photographer tu diet takpelah, tapi kalau jenis yang banyak makan mesti dia kelaparan, haha. At least jemputlah sebab ramai member2 photographer yang aku kenal jenis malu-malu nak makan kalau tak dijemput.

Apapun photographer pun kena memahami juga emosi dan keadaan pengantin semasa sesi ambil gambar diadakan contohnya ada pengantin yang dah kepenatan kita kena bagi mereka ‘rest’ dulu. Lepas tu baru dia ada mood balik nak bagi pose yang lebih baik. Akupun masih lagi belajar dengan kawan-kawan photographer yang lebih banyak ilmu dan pengalaman. Jadi sesaper yang nak share ilmu tu aku memang nantikan.

Nota: Nantikan full entry majlis perkahwinan pasangan adik beradik Ima dan Jia serta pasangan mereka Marzuki dan Niezam akan datang. Kali pertama aku shot majlis yang melibatkan 2 pasangan pengantin sekaligus. Terima kasih tak terhingga kepada sahabat otai aku Cots yang banyak cover satu lagi pasangan semasa sesi make up dan outdoor yang berlangsung.

Wassalam.

Zakuan Hasan aka Awe
Photographer
Email : zakuan@e-zakat.com.my
Blog : https://zakuanhasan.wordpress.com
facebook: zakuan awe.facebook.com
Hp: 019-388 0575


3 thoughts on “Tips; Photographer dan Pengantin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s