Akad Nikah Jia & Niezam

Salam, entry kali ni ialah akad nikah Jia dan Niezam yang diadakan di rumah Jia sendiri di Taman Kosas, Ampang. Bagi photografer agak sukar jika majlis akad nikah diadakan di rumah yang penuh dengan kaum kerabat dan kawan-kawan pengantin yang ingin turut sama menyaksikan detik bersejarah ini. Pergerakan untuk mengambil sudut yang pelbagai agak terbatas apatah lagi jika ruang akad nikah juga agak kecil. Tapi hal-hal begini yang menguji tahap kreatif seseorang photografer. Sabar dan gunakan ruang yang ada untuk merakamkankan detik yang bersejarah itu yang hanya kadang-kadang tak sampai 1 minit pun. Kadang-kadang photogafer nak je biar pengantin lelaki tu akad la dalam 2,3 kali lafaz….hee..hee..banyak sikit sudut gambar boleh dirakam. Jahat tul…

Ok layan sikit gambar-gambar di majlis akad nikah Jia dan Niezam yang penuh warna-warni dan seminggu sebelum tu kakak Jia, Ima dan Marzuki telah selamat diijabkabulkan di tempat yang sama. Tetapi majlis bersanding diadakan pada hari yang sama dengan majlis akad nikah Jia dan Niezam. Selamat pengantin baru untuk kedua-dua beradik ni.



Jia sebelum akad nikah agak gementar tetapi peranan kawan-kawan mengusik dan bergurau telah sikit membuat Jia tenang. Photogafer juga perlu memainkan peranan untuk membuat pengantin rasa gembira dan ceria. Jadi pandai-pandailah kita ambik hati dengan ‘client’ kita. Jangan photografer pun senyap je..kaku pula pengantin nanti. Ini serba- sedikit yang aku belajar dari sifu aku. Photografer pun perlu jadi kawan kepada bakal pengantin. Orait.









Terima kasih kepada keluarga pengantin yang layan aku dan kawan aku dengan baik hari tu. Segan juga sebab pak cik Jia pun rupanya seorang photografer otai. Ada jugak seorang lagi kawan ayah Jia ‘uncle’ Adam yang bawak FF hari tu. Dapat tengok je lah aku hari tu dan dapat juga aku dapatkan beberapa tips ambil gambar dari beliau.

Tak lupa kawan-kawan Jia yang sangat ‘cool’ yang memberi idea kat aku nak ‘klik’ detik gembira mereka. Lepas ni kawan yang mana satu pulak nak naik jinjang pelamin. Sekali lagi tahniah buat Jia dan Niezam.

Nota: Nantikan full entry gambar sanding Ima & Marzuki dan Jia & Niezam yang berlangsung pada tengahari tu. Insyallah.


2 thoughts on “Akad Nikah Jia & Niezam

    1. Thanx shereen sudi mampir sini. Gambar tu biasa jelah. Ada banyak lagi nanti insyallah saya up load. Sau gelaran baru untuk photografer “abg camera’ leh saya guna tag line ni. TQ..TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s