Bandung Street…

Salam. Saje2 je nak post gambar yang sempat ambik masa gi trip bandung bulan Jun yang lalu. banyak gambar yang aku ambik sepanjang kat sana tapi gambar ni je yang aku rasa ada sikit lain bagi aku. Lagipun aku juga jenis suka ambik foto jalanan. Aku juga suka tengok gambar-gambar foto journalist. Nampak nature dan banyak penceritaan dalam satu-satu gambar tu.

Kalau boleh lepas ni aku nak ambil gambar wedding ikut konsep photo street. Itu pun kalau ada pasangan pengantin sudi dan boleh terima idea ni. Boleh digambarkan pengantin duduk tengah2 kesesakan lalulintas, sebelah pengemis, tempat orang lalulintas dan macam-macam lagi. Macam best je. Ada saper2 nak sudi jadi model pengantin tak? Tak pun ada mana2 sifuu yang nak anjurkan bengkel macam ni. Selalunya kalau outdoor je mesti kat taman bunga, tepi tasik, celah-celah bangunan dan biasanya photografer akan elakkan ambil gambar outdoor kat ‘crowd’ yang ramai. Aku pun ada gak terfikir best juga kalau ambik gambar pengantin dengan baju bersanding pergi shopping kompleks ke, kat pasar beli ikan ke? dan macam2 lagi idea yang merapu dah keluar. Haa..haaa. Saje je nak shared idea. Mungkin dah ada otai-otai dah buat kan??

K layan seketul 2 buah tangan dari Banda Bandung yang lebih dikenali juga dengan nama Java Van Paris ke tak silap aku.


Moto Vespa kat sana leh tahan jugak klasiknya

Abang penjual sate

Korang bayangkan jika pengantin yang tolak benda tu..mesti best gambarnya.


Gambar seorang model (kawan aku) kat gambar wall di sebuah pusat membeli belah…

Aku masih banyak lagi nak belajar tentang seni foto ni. Banyak benda yang boleh diilhamkan menjadi seni foto. Emmmmm..emmmm..emmmmm. Ok.

Nota: Aku juga tengah siapkan editing satu story album pasal beraya di sawah padi. Aku ambik gambar tengahari dalam kul 1.00 kat sawah padi menghijau. Tapi ada satu kepuasan. TQ kat sensei aku acaii yang banyak memberi tunjuk ajar.


16 thoughts on “Bandung Street…

  1. pergh smart pic2 ni abg z,,, best gak idea tu,,tunggu ambe kahwin kita kita wat kt area pasar bt6.,.hahah mcm best gak,,,p/s tgh kumpul duit nk cr dslr gak ni,..cz xtahan tgk org ambil gambar,,,hehe

    1. Salam, cayalah nak angkat DSLR gak…nak ambik model ghapo? Abg Z dah 2 job try guna D90, boleh tahan gak hasilnya. Nanti kalu majlis non kita wat street photo kat kg cina kat bandor tu…pastu ambik dalam kedai payang..hee..heee

  2. kumpul duit kawin la,…mama dah tanya….amik gambar kat batu 6….oooo nak kena sorak ngan kengkawan…tp bagus gak idea pak ajie nak amik gambar kat kg cina…situ cantik dan klasik….tunggu matnon kawin tak tau lg…so, amik gambar ct dulu la….ehheheh

    1. SAlam Mak Ajie, tak pe lah Matnon lambat kawin pun. Orang laki. Yang penting bersedia. Nanti Ct tunang leh car tempat yg best tak nak shoot gambar. Ingat nak cari lokasi rumah lama. Umah Arwah Mek pun ok..nampak tradisional….huu..huuu

    1. SAlam guspur, terima kasih sudi mampir di sini dari jauh. Selamat berkenal2….sana duk kawasan mana? Bandung? Jakarta?..best bangat sihh melancong negara kamu. Hee..heee ingat nak gi shot lagi kat sana…

    1. Pegi2..bandung beg kamera murah2…nak shoot ko bila?? Sifuu kata tunggu ko kawin la. Hajat dia satu lagi nak shoot kat area pantai2 kat Ganu. Kira ko lah calonnya. Aku follow jerrr…hah bila tarikhnya?

  3. mak ajie ambe muda lg ah…lgpun x sedia lg nk kahwin ni..mcm abg z kata yg penting sedia,,,abg z nk cr umah lama2 kat muzium terengganu byk,, ambil pic situ ok gak tu,,,

  4. Terimakasih tlah menganggap daerah kami bagus. Oya saya dari magelang dkat candi borobudur, anda pasti tahu candi tersebut to! Eh trimakasih tlah berkunjung diblogku!

  5. Salam awe – waa.. ni hasil dari D90 ke we?? dulu aku pernah tgk ada gmbr pengantin kat pasar, mmg cantik. idea ko ni mmg best we. xsabar nk tgk gmbr kat sawah padi pulak.🙂

    1. Salam my bro Din. X de lah Din ni D60 aku jelah. Bawak masa gi trip bandung/jakarta hari tu. Gambar kat sawah padi..insyallah akan menyusul. Lamo dok main futsal sesama Din. Sabtu turun stadium?

    1. Salam sifuu. TQ sudi singgah sini. Nanti sifuu kerul pun leh wat gambar mcm tungan FF. Mesti lagi cun…aku tunggu gambar ko yg macam tu. Tak pun masa ko kawin nanti..hee..hee jangan lupa jemput.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s