Citer Tengok Bola Kat Stadium

Salam. Minggu ni ramai kaki-kaki bola yang mengambil tahu hal ehwal sukan bolasepak tanah air mula bercakap-cakap pasal Piala Malaysia. Walaupun sebelum ni mungkin ramai di kalangan kita lebih mengetahui pasal BPL, Bundesliga, La Liga dan macam-macam lagi liga yang kat luar sana tu. Lagi ramai pemain luar negara kita lebih kenal dari pemain kat liga kita sendiri. Itu pun kita kenal pemain kita jika pemain itu berkahwin dengan artis. Hee..heee. Tapi apapun kita tetap minat tengok bola lebih dari kita suka bersenam dengan cara bermain bola. Apapun cara kita bolasepak tetap sukan yang paling digilai diseluruh dunia.

Aku nak kongsi sikit citer tengok bola kat stadium kat Malaysia la ni. Ramai orang kita suka pergi stadium masa pasukan mereka masuk final saja. Ada juga yang jadi fan giler2 pun ada. Ada orang suka tengok kat T.V je. Ada yang kata tengok bola kat TV lagi baik dari pergi stadium. Ini pemikiran setengah dari kita la. Tak ramai yang sanggup turun stadium dari awal musim lagi. Sebab mungkin mutu permainan bola sepak kat Malaysia ni masih lagi tahap lama. Seribu satu sebab timbul atas sebab-sebab yang kita sendiri saje yang tahu. Masing-masing ada sebab masing-masing.

Aku golongan yang tengah-tengah kut. Sebab aku akan follow team aku jika permainan mereka ok dari awal musim. Kalau asyik kalah je tak lalu juga aku nak bayar tiket yang berharga RM10 tu. Ada juga aku turun stadium tengok pasukan lain main kalau pasukan tu jugak ok permainannya. Bagi aku pergi stadium satu kepuasan kerana kita dapat merasa suasana sebenar dalam stadium. Tambah-tambah kalau perlawanan akhir. Ragam yang tak pernah aku tengaok pun aku boleh tengok kat stadium. Sebab kat TV tak de ragam-ragam macam tu. Ok itu serba sikit pasal tengak bola kat TV ke kat stadium?? Korang leh dicide sendiri lah ya. Yang tak pernah pergi stadium tu berhati-hatilah jugak. Jaga diri dan orang lain sekali.

Ok layan gambar outdoor Ema dan Marzuki.










Gambar-gambar ni diambil oleh Cots yang membantu hari tu untuk cover outdoor Ema dan Marzuki dan aku just buat editing. Thanks Cots.

Nota: Hari sabtu malam ni aku tak tahu lagi nak pergi ke tak stadium tengok Kelantan vs Negeri Sembilan. Ini final ulangan tahun lalu. Aku rasa nak tengok TV je tahun ni sebab nak tengok ‘game’ bukan nak tengok ragam penonton kat stadium tu. Kepada kawan-kawan yang ke stadium jagalah adab dan displin kita. Jangan lupa solat Magrib kat dalam stadium tu banyak surau. K moga team aku ‘red warrior’ boleh cipta sejarah yan baik tahun ni.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s