Akan datang


Teaser kenangan di sawah padi

Salam. Masa aku dapat job shot gambar ni aku memang teruja sangat sebab suasana kampung kat Tanjung Karang ni tak ubah macam kat kampung aku di Pasir Puteh, Kelantan. Kampung aku pun dikelilingi sawah padi. Aku teringat balik asal usul aku anak seorang pesawah. Tapi aku bangga aku membesar dalam lumpur, membesar bersama lintah yang kini telah glamour jadi ubat, kalau dulu aku picit-picit je lintah tu bagi dia mati, membesar dalam ‘kubang kerbau’, membesar dengan kulit yang hitam, lebih hitam dari kena ‘sun burn’ kat pantai Langkawi, membesar dengan lalang-lalang yang dulunya tak ada rasa gatal buat aku, tapi sekarang kena sikit aku dah tergaru-garu, membesar dengan air bah musim tengkujuh, membesar dengan umpan cacing, membesar dengan membakar ubi kayu dengan jerami padi dan terlalu banyak kenangan datang balik kat ‘hard disk’ otak aku ni.

Aku bangga ayah aku seorang pesawah. Kalau tak tak mungkin aku kenal dengan pokok padi,mungkn cuma kenal beras saja macam anak aku sekarang. Mungkin aku tak kenal dengan gigitan lintah sebesar ibu jari, tak tahu nak makan belut dan ikan darat seperti haruan, puyu, sepat, ikan tili (macam belut jugak rupanya), ikan keli limbat dan macam-macam jenis ikan lain lagi. Mungkin aku tak tahu macam mana nak ‘menggagau ikan’ dalam lumpur masa musim kemarau. Tak tahu nak tahan jaring dan ‘taut’ masa musim tengkujuh. Tak tahu nak kayuh sampan besar. Banyak ayah ajar aku tentang kehidupan seorang petani.

Aku masih ingat ayah membanting tulang seawal embun pagi selepas subuh hinggalah matahari hinggap tegap kat atas kepala ayah dan arwah mak. Aku masih ingat peluh ayah basah selenjun aku bermain futsal. Baju ayah basah peluh bercampur lumpur. Ayah mengajar aku menabur benih padi, membaja dan menuai menggunakan ‘sabit’ bergigi macam gergaji. Pernah jari aku sekali terkena sabit tersebut. Tapi ayah lebih banyak parut di tangannya. Jadi aku tak menyesal. Aku membesar dengan beras yang ditanam sendiri. Beras baru. Ada bau. Bukan macam beras yang beli kat kedai sekarang nampak cantik tapi khasiat asli dah banyak hilang.

Terlalu banyak kenangan di sawah padi atau aku panggil ‘baruh’ dalam ingatan aku ini. Aku boleh buat satu novel tentang kehidupan seorang petani. Kalau dapat aku nak anak-anak aku kenal akan lumpur, lintah, ikan darat, bau tanah liat, kenal pokok padi dan berkubang dalam lumpur macam aku dulu. Tapi dulu ayah dan arwah mak tak pernah lupa menyuruh aku rajin belajar supaya aku dapat kerja di tempat ‘air cond’ sejuk supaya aku tak kena panas kata ayah. Tapi kerja kat dalam ‘air cond’ lagi tidak menyihatkan sebab peluh ‘kemut’ nak keluar.

Aku lihat ayah masih lagi sihat. Cuma umur ayah dah lebih separuh abad. Ayah masih lagi sihat membanting padi. Tapi sekarang cara dah moden. Tapi ayah tetap dengan kerjanya. Di sawah. Cuma aku sudah jarang dapat berpeluang nak pulang ke kampung untuk mengulangi kenangan lama dulu. Aku pasang niat tahun ni nak pulang bawa cucu ayah turun ke ‘baruh, bermain lumpur dan kenal akan sawah. Tapi aku tahu mesti ayah melarang. Macam-macam alasan yang diberi supaya cucunya tak bermain lumpur.

Aku sudah jauh dari kampung. Jauh dari kenangan. Jauh dari tangan ayah. Jauh dari sawah. Tapi aku doakan ayah dan mak su aku sentiasa sihat. Boleh aku makan ‘beras baru’ lagi. Aku sayang ayah aku.


6 thoughts on “Akan datang

  1. Salam awe,

    Perrghhhh syahdu siot aku baca entry ko ni awe..:) baru aku tau abah ko sorang pesawah. Itulah untungnya kita dibesarkan sebagai orang kampung. Dah ada pengalaman bergelumang dengan semua tu. Kalau tinggal di bandar mungkin takkan pernah rasa seronoknya semua tu.

    Walaupun cuma kenangan tapi kenangan itu tetap kita kenang sampai akhir hayat kita.

  2. Ya betul tu Acaii. Hanya orang mcm kita2 ni je yg tahu dan rasa pengalaman macam tu. Setakat kaki kotor kena habuk air becak tu biasa jelah….haa..haaa. Tu belum citer masuk getah n sawit lagi tu…belum citer idup cuma guna pelita ayam je..ya tak sensei??

  3. Salam awe,

    sayu je bila bace entri ko ni we. aku pernah rase membesar dengan sawit ngan getah tapi ngan sawah tak pernah lagi. best dan jeles je bile bace ko cerita pasal sawah. bila ingat balik kenangan lalu main lumpur, godak parit semua memang seronok. semoga ayah ngan mak su ko sihat sokmo we, amin..🙂

    1. W’salam Din. Kiro ko lagi mencabar la ya jadi anak peneroka. Ko sempat meneroko tanah sawit tak Din? Main kek kobun gotah memang best gak Din. Lastik burung, tarik sekorap buat ‘bola gotah’ yang lantun2 tu. Main askar sampai berbelat kulit kena daun yg kesat tu. OOO..bestnya zaman kanak2 kito dulu. nanti aku nak citer lak citer main lago buah gotah, ikan lago, citer mandi sungai n macam2 laie…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s