Selamat Hari Raya Haji


Kredit gambar-gambar best dan cun dari Boston Picture.

Salam. Aku rasa baru je aku tulis entry pasal hari raya haji tahun lalu. Sedar tak sedar dah datang lagi sekali hari raya yang lebih besar sebenarnya dari hari raya puasa. Cuma raya haji ni tak de lah orang nak sambut secara meriah macam hari raya puasa.

Biasanya tiap-tiap tahun aku akan pulang ke kampung untuk menyambut raya haji. Biasalah kat belah Kelantan dan Terengganu raya haji suasananya agak meriah sikit dari kat belah-belah bandar Kolumpo ni. Kat sana hari raya pertama pun disambut macam hari raya puasa. Ada ketupat, nasi impit, lemang, biskut raya dan macam-macam lagilah. Sanak-sedara pun biasanya pun akan pulang ke kampung macam jugak hari raya puasa walaupun cuti raya haji ni tak panjang.

Ramai kawan-kawan kat sini tanya aku betul ke meriah beraya kat Kelantan? Bagi aku meriah la. Salah satu sebab ialah ibadah korban kat negeri aku berbeza sikit ngan kat sini. Maksud aku bukan cara penyembelihan atau amalan wajib tetapi yang berbeza ialah cara pengendalian dan proses urusan ibadah korban itu sendiri.

Kat tempat aku ibadah korban biasanya dilakukan di rumah-rumah sedara-sedara yang mengambil bahagian. Berbeza dengan kat sini yang bisanya dilakukan di masjid-masjid dan surau-surau secara bergotong-royong. Meriah jugak. Kat kampung aku ramai lagi oarang-orang kampung yang ‘terrer’ bab-bab melapah-lapah daging korban ni. Kadang-kadang aku pun tak sempat nak lapah daging tahu-tahu dah siap dah. Lepas dah selesai tu daging-daging tu akan terus dibahagi 7 kepada tuan punya bahagian. Tentang agihan 1/3 tu tuan punya sendiri yang akan menguruskan agihan kepada orang-orang susah satu kampung. Biasanya satu kampung akan dapat merasa daging korban ni.

Saat yang paling best ialah time memasak daging-daging ‘fresh’ ni lah. Semua pakat-pakat masak rasa macam kenduri pulak. Tu bab yang paling best tu. Dapat makan daging ‘fresh’ ngan masak ‘singgam’ tulang, sup perut, daging masak ‘gulai kawah’, sup kaki lembu, belum lagi resepi spesel makan bahagian-bahagian pelik lembu macam lidah, bahagian kaki yang dibakar lepas dibuat reneh menjadi sup yang sangat sedap….fuhh!! aku dah kecur air liur dah ni. Macam-macam ada menunya..siap ada yang buat BBQ lagi. Meriah-meriah-meriah sesangat. Pendek kata kalu hari raya kat sana seminggu itu lah masakan utamanya. Mana-mana rumah mesti akan dihidang ngan menu daging. Kuih raya macam tak diusik pun.

Hari raya pertama kat sana penuh gak ngan bunyi-bunyi mercun, ziarah kubur, ziarah sanak sedara, kenduri kawin yang berderet, ada gak yang bagi duit raya. Tapi tak sehebat raya puasa la. Sebab orang dewasa biasanya sibuk ngan amalan qurban.

Tapi yang paling best ialah orang dapat pergi ke menunaikan ibadah haji la. Sama-sama kita doakan mereka semua dapat haji yang mabrur. Kita kat sini kirim-kirimkan lah doa untuk mereka doakan kita di sana. Terutamanya doakan kita supaya lekas sampai ke Tanah Suci.

Selamat Hari Haji semua kawan-kawan di ruangan ini dan di ruangan luar. nak datang beraya kat umah aku tahun ni sila lah ya sebab tahun ini aku tak dapat balik beraya kat kampung.


One thought on “Selamat Hari Raya Haji

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s