Sawah Padi Part 2

Salam, entry ni adalah sambungan dari entry sebelum ni. Ramai juga orang bila nak ‘hire;photographer mereka fikir mereka malu dan sukar untuk beraksi depan kamera. Mereka tak tahu macammana nak beri ‘pose’ yang menarik. Mereka takut muka mereka tak cantik dalam gambar nanti. Tetapi itulah antara salah satu tugas fotographer. Antaranya;

1. Menjadikan orang yang susah senyum menjadi senyum. Walaupun ada yang jenis memang kalau senyum pun memang tak nampak macam senyum. Fotographer yang mahir biasanya tahu apa yang perlu dibuat. Kadang-kadang gambar yang tak perlu senyum lebih baik dari gambar yang dibuat-buat senyumnya. Nampak ‘neutral’.

2. Menjadikan ‘view’ sesi outdoor dan indoor dari biasa ke luar biasa. Dengan sudut pandangan mata biasa mungkin kita tak jangka hasilnya tetapi keputusanya ‘owesome’. Tugas photographer merangkumi kemahiran tersebut.

3. Membuat majlis menjadi lebih lengkap. Ada ‘moment’ yang terlepas pandang dari pandangan pengantin atau tuan rumah. Cth. suasana di tempat memasak, ragam tetamu yang ramai bertandang dan sebagainya. Melalui gambar oleh photographer yang dibayar perlu ada ‘story’ ini walaupun dianggap tidak penting oleh kebiasaan.

Itu serba sikit dari apa yang tercetus dari aku sendiri yang masih banyak belajar ambil gambar ni. Jadi bagi yang bercadang mencari photographer tu pilihlah yang photographer yang betul-betul tahu seni ambil gambar. Bukan sekadar kamera yang mahal sahaja tetapi bakat dan kreativiti itu yang membezakan gambar yang dihasilkan nanti. Jadi soal harga anda boleh tentukan dengan hasil yang diilhamkan. Jangan pula kerana mencari harga yang murah anda menyumpah seranah gambar yang siap nanti.

Ok layan sikit gambar dari aku yang sedang dan akan terus belajar. Apa-apa komen dan teguran bagi aku ‘improve’ aku nyer pembelajaran aku hargai dan aku akan pelajari. Terima kasih kepada ‘sensei’ aku yang banyak memberi tunjuk ajar dan kawan-kawan lain yang banyak memberi teguran.

Aku mohon maaf jika gambar aku mungkin berbeza-beza kualitinya.Aku masih mencuba pelbagai ‘view’ editing.










Nota: Ada gak yang bertanya tentang ‘custom’ album. Nanti aku tunjukkan sample ‘custom’ aku nyer.


2 thoughts on “Sawah Padi Part 2

  1. at last dpt tgk posing2 ustazah nie..=)..
    tp awat en.azhar x pkai bju melayu??.(ekh, azhar kn nma dia, ker zahar?)..x igt sudah)..=p
    abg wan..kalu utk convocation, harga utk yan yg masih muda remaja x byk gaji nie, agak2 murah x??..eheheh…outdoor photo shoot..
    xper..nk email..nnt yan send detail..ekh…=)..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s