Selamat Tahun Baru 2011


Kredit gambar untuk big picture

Assalamulaikum semua. Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru masihi setelah kiit atelah melalui tahun baru hijrah yang lalu. Apapun elok rasanya kita semua memulakan hidup kita dengan sesuatu yang baru dan lebih positif bukan untuk tempoh satu tahun tetapi setiap hari adalah hari yang baru untuk kita.

Tahun ini ialah tahun arnab menurut kepercayaan orang Cina. Tahun arnab telah memberi harapan kepada masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Individu yang lahir pada tahun arnab mempunyai perwatakan yang lemah – lembut, baik budi, baik hati, peka, ramah, berbudi bahasa, berat mulut, berwaspada, berjiwa seni, teliti, manis, yakin pada diri sendiri, panjang akal, belas kasihan, fleksibel, sensitive,modest, dan mempunyai daya ingatan yang kuat. Mereka gemar untuk berkomunikasi dengan masyarakat yang mempunyai sikap yang ceria atau humorous manner. Mereka juga mampu bersikap romantic dan menarik minat orang lain untuk mendekatinya. Tetapi, mereka kekurangan sikap mahu berkerja dan ini penyebab kepada kegagalan dalam berkerjaya. Sumber dari laman web ini.

Apapun kepercayaan seluruh dunia, Islam meletakkan satu asas mengenai perkara ini iaitu salah satu kepercayaan kita dalam rukun iman iaitu percaya kepada Qadha dan Qadar. Kita melakukan sesuatu demi mengharapkan Redha Allah di dunia mahupun akhirat. Ibadat kita bermula dengan niat. Percayalah semua ketentuan adalah milik Allah. Kita adalah hamba dan ibadat adalah seluruh amalan dan perlakuan kita yang akan dinilai samada ganjaran pahala atau dosa yang bakal kita dapat.

Selamat tahun baru semua. Moga kita semua berjaya dan diberi kemenangan atas segala usaha kita. Amin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s