Cerita Hantu


Iklan yang ikhlas dari aku…hee..heee…gambar2 entry akan datang

Salam, kebelakangan ini kat TV atau pawagam banyak betul cerita hantu. Tak kisah la pasal hantu seram ke, seram sejuk ke, seram lawak ke dan yang citer hantu seksi pun banyak dah menjengah kaca TV dan pawagam kita. Apatah lagi filem seram sekarang semua dah sampai tahap pecah panggung macam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Nyangkung, Jangan Pandang Belakang Congkak dan macam-macam. Itu belum citer seram kat TV3, Astro Prima siap ada siap ada slot khas tiap-tiap minggu. Sampai kita dah hafal jalan citer nyer.

Aku bukan bukan nak kondem jalan citer atau salahkan penerbit atau nak salahkan sesaper. Aku bukan pengkritik filem atau drama. Aku bukan nya pakar dalam bab-bab plot2 citer ni. Aku minat ambil gambar. Tapi yang aku nak sampaikan kat sini kesan dan pengaruh cerita-cerita sebegini terhadap minda anak-anak kecil.

Aku pun kadang-kadang susah gak nak menjawab bila anak-anak aku bertanya pasal hantu. Kadang-kadang anak-anak lebih takutkan hantu dari kita. Labih takutkan hantu dari Allah. Hinggakan nak gi tandas kat umah sendiri pun anak-anak jadi takut. Aku biasanya memberi jawapan ‘hantu tinggal kat hutan” bila nak aku tanyakan aku abah hantu tu duk mana?..so aku dah tanamkan itu jawapan bagi mereka rasa hantu tak de dalam rumah, dalam tandas, dalam lif dan sebagainya. Dan aku juga mengajar mereka bahawa hantu itu ialah syaitan yang dimurkai oleh Allah dengan mengatakan Allah ciptakan guruh dan kilat untuk menghukum hantu yang jahat. Aku selalu menerapkan ini supaya anak aku membesar dan bakal mengerti yang lebh berkuasa ialah Allah bukannya hantu.

Jadi sama-samalah kita menerap nilai-nilai agama dalam jiwa anak-anak kita. Anak-anak kita lebih tahu Allah itu Maha Besar dan Maha Berkuasa. Sebenarnya guru yang sebenarnya ialah kita untuk anak-anak kita. Wassalam.


2 thoughts on “Cerita Hantu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s