Harga Pekej Ambil Gambar

Salam, lama benar dah rasanya aku tak up load sesuatu kat blog aku. Masa ni aku masih lagi sibuk berkemas kat ofis baru LZS yang telah secara rasminya telah berpindah ke tempat baru. Adat orang berpindah la ada je benda-benda baru yang nak kena diubah. Kali ni dah kali ke 4 LZS berpindah ibu pejabat. Kali ni bangunan dan ruang agak kecil berbanding tempat lama. Tapi aku tetap ok walau kat ceruk mana aku ditempatkan. Namanya kerja makan gaji. Ye tak? Tu yang ramai orang kerja makan gaji ada buat kerja sambilan atau free lunch. Termasuklah aku…hee..hee. Lagipun kerja sambilan yang aku buat ni atas dasar minat dan hobi yang ramai kita boleh shared sesama yang yang minat dalam bidang fotografer. Best jugak hobi ni.

Ok lah layan sikit beberapa contoh album yang aku. Sebab yang bertanya dan nak tengok sample album dari fotografer yang akan mereka ‘hired’ nanti bagi merakam detik-detik penting majlis mereka nanti. Ini adalah salah satu dari contoh custom album yang pernah aku buat untuk ‘client’ aku. Biasanya custom album ni ada beberapa saiz dan ketebalannya. Kebanyakkan fotografer selesa memilih custom album bersaiz dari 8 x 12cm, 8 x 24cm atau 10 x 24cm. Ada bermacam jenis dan bentuk custom album yang dihasilkan. Biasanya dari segi warna ‘layer’ yang paling diminati dan sedap dilihat ialah hitam atau putih. ‘Client’ berhak memilih dan bertanya tentang hal ini. Dari segi ketebalan album pula biasanya dari 20 muka surat hingga 24 muka surat. Itu serba sedikit tentang album la. Just nak kongsi-kongsi, nanti senang jika korang nak buat tempahan dan bertanyakan harga kat fotografer.


Muka depan custom album yang dipanggil ‘mock up’…maknanya ada gambar di depan. Ada juga yang kosong je dan ada tulisan je. Aku nyer stail suka buat cam gini.


Pandangan sisi tepi


Pandangan dari atas


Pandangan dari depan


Pandangan sisi tengah

Biasanya photografer yang bekerja dengan daya kreativiti akan me’reka’ sendiri bentuk dan stail album untuk client mereka. Bukan ‘main’ hantar ke kedai gambar dan suruh kedai yang buat. Sebab photografer yang design sendiri susun atur gambar di dalam album akan tahu mana satu gambar yang memberi makna tersendiri sebab ‘dia’ sendiri yang merakam detik-detik manis tersebut. Ini pandangan dari aku yang design sendiri custom album dan meng’edit’ sendiri gambar. Sebab lain ialah sekeping gambar menceritakan seribu cerita di dalamnya. Itu sebab bezanya ada sesetengah potografer mengambil sikit masa untuk menyiapkan satu-satu album. Tapi bukan masa yang terlalu lama. Paling lama pun dalam 1 bulan atau lebih sikit.

Ada beberapa jenis dan stail yang menjadi kegemaran di dalam men’design’ custom album. Antaranya ialah:

1. Clean n modern. Biasanya jenis design ini ialah pilihan kebanyakan potografer di mana background album ialah hitam atau pun putih. Gambar yang dihasilkan pula simple dan bersih bila dilihat. Biasanya 1-2 keping sahaja gambar di dalam satu mukasurat. Gambar yang menggunakan stail ini ialah gambar2 yang agak penting seperti ‘moment’ akad nikah atau gambar ‘potrait’ dan biasanya tiada gambar2 yang overlapping. Lihat contoh gambar muka surat kedua sisi depan di atas atau gambar pertama ‘mock up’.

2. Backdrops. Iaitu design gambar yang berlatar belakang gambar-gambar/landskap/atau gambar yang ditindan di atas gambar2 yang lain sebagai latar belakang. Lihat contoh gambar pandangan depan muka surat pertama di atas.

3. Boutique style. Boutique style ialah gambar-gambar yang direka dengan menambah imej-imej lain seperti ‘kerawang’ tepi, corak ‘tecsture’, tulisan-tulisan dan lain-lain imej yang boleh menaikkan seri gambar. Contoh seperti gambar pertama yang menjadi cover album.

Di harap dengan sedikit infomasi ini memboleh korang yang masih tertanya-tanya rupanya custom album tu dapatlah sikit ‘view’ dari aku yang bukannya mahir sangat ni. So, kami fotografer ni biasanya akan mencampur-campur stail ‘design, ni supaya ianya tidaklah nampak terlalu sekata dan malar bentuknya. Ada juga muka surat yang akan dimasukkan gambar-gambar yang lebih banyak seperti gambar2 tetamu yang hadir ke majlis korang. Apa-apa pertanyaan korang leh emailkan aku di awemerahmerah@yahoo.com. atau komen saja kat sini. Mohon maaf kalau ada yang tersilap kat sini.

Wassalam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s