Majlis Bertandang : Zaidie & Ain

Salam, dalam kesibukan kita seharian terkadang kita ada terlupa bahawa hidup kita selama hari ini berjalan tanpa dirancang. Memang benar ada selalu kita menyebut, mendengar dan melihat ada satu ayat yang bebunyi, tertulis dan terpampang “kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan”. Tetapi setakat mana kita pernah merancang hidup kita. Maksud aku arah, misi dan visi hidup kita dalam masa harian, bulanan dan tahunan.

Aku menghadiri satu kursus motivasi 4 tahun yang lalu. Selalunya kursus motivasi ini kandungannya adalah sama dan lebih kurang sahaja. Tetapi kursus yang aku hadiri pada kali itu ada sesuatu yang telah membuat aku sedar bahawa hidup kita perlu dirancang sebagaimana kita berada di tempat kerja. Kerja kita ada KPI. Begitu juga hidup kita perlu juga ada KPI yang perlu kita capai. Agama telah meletak satu asas supaya visi kita yang paling besar ialah mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Jelas.

Dalam kursus tersebut aku dan ahli-ahli yang lain telah diberi satu ‘planner’ kehidupan untuk aku merancang hidup aku dalam masa 5 tahun ke hadapan iaitu apa yang perlu capai dan perlu aku buat. Aku perlu mengisi setiap kotak ‘planner’ tersebut sebagai draf perancangan aku untuk masa 5 tahun. Agak susah juga pada mulanya untuk aku isi apa yang aku nak dalam hidup aku ni. Kami diberi masa selama 2 jam untuk memenuhi kotak tersebut yang mengandungi jumlah bulan dalam setahun. Perah punya perah oatak ni maka terhasil lah juga kesedaran dalam diri aku bahawa selama ni aku cuma hidup macam sabut hanyut je. Hanya mengikut arus. Cehhh..ayat…falsafah sikit.

Bila aku dah isi kotak-kotak tersebut, aku makin nampak masa depan aku apa yang perlu aku buat. Contohnya…bila masa aku perlu kawin, umur berapa aku perlu ada anak, berapa orang, tahun ke berapa aku perlu ada rumah sendiri, berapa tahun aku perlu capai target untuk kumpul duit sebanyak sekian dan sekian. Dan punyalah banyak benda yang kita buat dalam hidup kita ni. Bayangkan kalau kita tidak ada sebarang perancangan!! Dalam masa 4 tahun selepas itu aku selalu menyemak apa yang telah aku tulis dan aku dapat banyak pencapaian dari apa yang aku rancang tersebut. Alhamdulillah. Memang kita perlu merancang dan buat macamjuga kita buat kat tempat kerja kita. Jadi korang boleh lah praktik kan perkara ni dalam hidup korang lepas ni. Jangan tunggu lama-lama.

Panjang pulak aku menulis kali ni. Ok lah layan sikit gambar-gambar majlis bertandang En Zaidie dan Pn Ain kat Klang tempoh hari. OP majlis ni ialah En Acaii. Aku jadi assistant je. Apa-apa pun terima kasih kat keluarga Zaidie yang mana menu ayam bakar dia memang best.







Sesi outdoor hari tu dilokasi sekitar Tasik Shah Alam. Mereka berdua nampak ‘nice’ dalam warna ungu. Seronok tengok En Acaii baring-baring ambik gambar mereka ni. Aku ‘just back up shooter’. Banyak jugak dapat ceduk ilmu-ilmu baru hari tu. Layan.








Selamat berbahagia kepada Zaidie dan Ain. MOg adapat anak yang comel-comel nanti. Amin.


5 thoughts on “Majlis Bertandang : Zaidie & Ain

    1. W’salam, my fren. Mana ada baru Cots..tu 2hd nyerrr…air tangan sifuu.
      Nanti ko kawin aku leh tolong ambik gambar dari kejauhan…hee..hee
      Mana leh lawan gambar ko lagi….nanti ada masa ajar aku lagi cots…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s