Perkahwinan Mustaqim dan Ezan

Salam. pagi tadi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja aku pilih saluran radio Selangor fm. Selalunya Sinar fm atau Hot fm akan jadi pilihan aku. Telinga aku terus melekat dengan topik yang agak menarik pagi ni di ruangan secawan kopi secubit kuih kalau tak silap aku la. DJ dia nama Abg Zainal. Mungkin ramai yang kurang kenal. Ruangan ni biasanya bermula jam 8.00 pagi. Ianya sama sahaja berbincang tentang topik-topik permasalahan manusia. Ragam manusia. Kerenah manusia. Dan macam-macam berkenaan perasaan manusia.

Apa yang best sangat pagi tadi ialah tentang masalah seorang pendengar ini menceritakan satu cerita yang berkaitan dengan masalah rumahtangga. Bukan rumahtangga beliau tapi masalah rumahtangga adiknya. Adik lelakinya yang baru 6 bulan berkahwin. Jadi aku juga seorang yang berumahtangga. Aku juga seorang yang ada kaitan dengan kerja-kerja orang baru kawin ni. Iaitu ambil gambar orang kawin. Siapkan album kawin yang mewajahkan detik-detik bahagia pasangan pengantin. Apa ceritanya.

DJ Abg Zainal ni biasanya mengolah semula cerita dari pendengar ni. Dia akan buat dengan nada dan muzik yang mengusik jiwa kita. Menyedarkan kita. Ada tazkirah, motivasi, nasihat dan iktibar untuk kita yang mendengar. Pagi tadi ceritanya simple saja. Kisah bagaimana rumahtangga yang baru dibina di atas dasar cinta dan sayang boleh musnah kerana ada orang yang dengki dan mahu memusnahkan mahligai yang baru dibina itu. Kisahnya adalah bagaimana seorang individu lain yang menaruh minat kepada adik pendengar tadi cuba merosakkan rumahtangga yang baru dibina. Merosakkan dengan menggunakan jalan yang salah atau kata lain menggunakan bomoh.

Bukan kita nak percaya 100% kekuatan ilmu sihir ni. Tapi ada berlaku. Kat sini aku pun bukan nak citer pasal bomoh menujum ni. Kesimpulan ialah kenapalah ada manusia yang selalu tidak puas hati dengan kebahagiaan orang lain, kesenangan orang lain, ketenangan orang lain. Bukankah semua yang terjadi adalah sudah qada’ dan qadar dari Allah. Kita semua mohon jauh dari hal-hal begini. Bukan apa. Kadang-kdang kita berasakan kita tiada musuh. Kita ni baik dengan semua orang. Tapi ada juga orang yang iri hati dengan kebaikan kita. Mohon Allah lindungi kita dari fitnah manusia, iblis dan dajjal. Amin.

Layan sikit gambar masa jadi Assistant sensei Acaii tempoh hari.

Sesi outdoor pasangan ini diadakan di sekitar kawasan sawah padi di Tanjong Karang. Kawasan ‘favourite’ aku untuk buat outdoor pengantin. Sedap mata memandang kehijuan sekeliling.

Macam biasa gambar last ialah gambar bersama sensei dan pasangan pengantin baru. Selamat pengantin baru buat En Mustaqim dan Pn Ezan. Moga rumahtangga yang dibina terus berkekalan dan dilindungi Allah selalu serta dalam rahmatNya selalu.

Zakuan Hasan l 019-388 0575 l awemerahmerah@yahoo.com


9 thoughts on “Perkahwinan Mustaqim dan Ezan

    1. Salam Wak, Terima kasih. Aku ni assistant je. Mana ada kuasa nak menjemput. Kang Acaii bukan dah tepon ko ari tu. X pe. Lain kali aku leh folo ko plak.

    1. Salam Iyra, terima kasih. Biasa je lah gambar2 tuh. Iyra nak jadi model….model apa tu? Butik pengantin ke?…Boleh je. Turun Shah Alam kita wat satu sesi shoot….

  1. Salam awe.. nak gak we jd model tapi.. xlayak la plak. hehee..
    bab² bomoh semua ni memang menakutkan we. Nauzubillah..

    *we, biasenye jadi assistant gambar dr kamera ko akan serah kat acai wat album ke? cam tu eh?? 🙂

    1. Salam Din?…Ko nyer gambar kan aku dah jadikan model poster sukan kat LZS ni..hee..heee maaf la aku tak bagitahu ko sebelum ni….tapi gambar nampak belakang ko jelah….muka hensem ko tak nampak…plak…nak royalti gak ke?

      Jadi assistant acaii ni sebenarnya tukang bawak tripod n beg lens jelah..haa..haaa…(mcm tu lah din kiranya)…sambil2 blaja apa2 yang patut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s