Anak kucing

Salam, dah banyak hari rasanya aku tak mengetip keyboard komputer ni untuk menaip sikit coret-coret kat blog ni. Bila lama tak letak sesuatu kat blog ni rasa ada benda yang yang dibuat dalam masa seminggu. Tapi macam biasa la orang korjo ngambik gambo ni kat blog kami ni ada gambar jelah yang banyak. Tulisnya bukan banyak pun. Jaranng-jarang dan kadang-kadang je tangan ni gatal nak manaip panjang dari biasa. Tu pun lengoh rasanya.

Kali ni nak kongsi sikit gambar-gambar ‘anak kucing’ yang sempat aku snap masa balik bercuti kat kampung tempoh hari. Saja nak cuba ambik gambar binatang yang comel ni. Selalu tengok photografer ada yang ambik gambar anak kucing ni nampak comel je.

Pagi tu aku angkat kamera aku dan anak kucing tu jadi subjek aku. Semua aksi-aksi spontan anak kucing ni aku snap guna 50mm dan manual. Mujur anak kucing ni tak nakal sangat. Senang nak kawal. Aku tunggu je aksi dia. Mula-mula aku letak kat atas tanah, celah2 rumput. Dia asyik nak lari je. Susah nak snap muka comel dia. Lepas tu aku dapat idea dengan meletak anak kucing ni kat atas pokok. Kat dahan kecik. Kucing tahulah mana dia berani nak turun dari pokok. Heee..heee. Jadi dapat lah aku snap aksi dia masa dia tengah cari jalan nak turun. Ok cuci mata sikit tengok gambar-gambar kucing ni. Asyik gambar orang kawin je. Mana tahu ada kat luar sana ada pemilik-pemilik kucing nak aku rakam gambar-gambar kucing mereka. Bolah gak wat satu album binatang kesayangan.

Aku cukup senang belajar menggunakan kamera dengan mengambil gambar-gambar sebegini. Aku boleh belajar bermain dengan cahaya asli, RO3, titik fokus dan ketepatan menekan shutter.

Nota: Mulai hujung minggu ni aku akan mula sibuk dengan kerja-kerja mengambil gambar orang kawin. Kepada client aku moga korang jaga kesihatan dan keselamatan menjelang hari bahagia korang. Kami photografer2 juga harap kami juga berada dalam keadaan sihat dan boleh bekarya dengan baik.

zakuanhasan.wordpress.com l 019-388 0575 l awemerahmerah@yahoo.com


4 thoughts on “Anak kucing

  1. Aku punyalah pelik orang yang tak suka kucing, macam kak lily,hehe🙂
    ko dah kena amik tele ni awe,hehe.
    Gambar ko yang entry lepas tu memang dah bagus awe. Kalau nak perbaiki aku rasa saturation dialah awe. Mungkin sebab ko punya laptop kot. Kalau ko guna monitor biasa mesti nampak macam over skit saturation,hehe. Keep it up awe!!

  2. SAlam Sensei, thanks lot for ur advice. I keep it up. Cewahhh..aku cakap omputeh.
    Akak Lily mmg cam tu. Dia suka yang kulit licin2 je.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s