Tazkirah: Masa


Teaser majlis bertandang Zaidi dan Zaza: Kuala Kubu Bharu

Kadang-kadang kita rasa masa yang ada pada kita dalam sehari tidak cukup untuk kita melakukan semua perkara. Ada juga kita rasa masa yang ada itu kita tidak tahu nak penuhkan ia dengan hal apa. Ada orang mengejar masa. Ada orang mencari masa. Ada orang mencipta masa. Ada orang masa yang mengejar mereka. Ada juga yang tidak menghargai masa yang ada. Jadi kita fikir kita dimana?

Bagi aku masa adalah hidup kita. Kita dan masa adalah sama. Jika kita cepat maka masa akan mengejar kita. Jika kita lambat masa akan meninggalkan kita. Kita selalu dengar ada satu pepatah melayu berkaitan masa. Masa itu emas. Jadi masa itu memang sesuatu yang paling penting. Sesuatu yang akan dikira dan dihitung. Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan,tahun, dekad dan abad. Semua ini adalah masa.

Jadi, kita iaitu termasuk aku patut menghargai masa. Isikan ia dengan hal-hal yang baik. Perkara-perkara yang bermanafaat. Jangan mengeluh dengan masa. Mengeluh dengan diri kita. Moga kita terus percaya dan yakin dengan firman Allah dalam surah Al-Asr:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1.وَالْعَصْرِ
Demi masa.
2.إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3.إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Nota: Full entry majlis akan menyusul nanti. Aku sekarang tengah aktif bersukan pulak. Nak fit kan semula badan aku ni..hee..hee


2 thoughts on “Tazkirah: Masa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s