Bertandang Zaidi & Zaza : Kuala Kubu Bharu

Sasuatu majlis perkahwinan akan menjadi begitu meriah dengan kehadiran tetamu. Memang tak menang tangan jika jumlah tetamu yang datang tak putus-putus. Adakala sampai ke malam. Tapi kata orang itu menandakan majlis perkahwinan itu memang diraikan, memang dinanti-nanti dan boleh dikatakan suatu majlis yang berjaya. Ada juga orang cakap majlis tu majlis yang berkat, ikhlas dan penuh rahmat.

Apapun sebagai tuan rumah, tanggungjawab melayan tetamu adalah satu tugas yang besar. Semua perkara perlu dititik berat. Dari persiapan makan minum, tempat, keselesaan tempat dan lain-lain lagi. Kita sebagai tetamu pun ada tanggungjawab dan adab kita bila datang ke majlis. Kadang-kadang kita tak sempat nak jumpa tuan rumah. Maklumlah ramai sangat orang. Kadang-kadang kita pergi majlis pun makanan dah habis padahal kita sampai awal. Tak pe. Jangan lah kita merajuk pulak. Sebab kita sudah dapat pahala datang ke majlis. Makan tu kadang-kadang cukupkan syarat je.

Majlis bertandang Zaidi dan Zaza cukup meriah dengan kehadiran tetamu dari kalangan sedara mara, sahabat handai dan kenalan. Cukup meriah. Penuh kerusi. Dan yang paling best masa sesi aku ambik gambar keluarga diaorang. Sampai kena susun barisan kat atas pentas. Adalah lebih kurang 60 orang lebih. Semua bagi kerjasama yang baik. Terima kasih semua dari yang paling veteran hingga ke cucu dan cicit diaorang kumpul. Yang best juga semua hali keluarga Zaidi ni jenis yang pandai berkaraoke. Terima kasih juga atas layanan keluarga Zaidi dan Zaza. Kepada Zaidi lepas ni jangan lupa turun latihan bola dengan pasukan kita ya.

Sesi outdoor petang tu Zaidi bawa aku ke Emapangan Selangor. Jalan nak naik ke Bukit Freser tu. Nasib baik hujan dah berhenti. Cantik juga permandangan kat area empangan ni. Kalau pagi-pagi ambik sunrise kat sini mesti best. Nanti aku nak ke sana lagi sambil-sambil bercuti ke Freser Hill.

Masa turun sempat lagi singgah area pekan Kuala Kubu Bharu yang ada deretan kedai-kedai lama. Zaidi dan Zaza memang senang nak bergambar. Lagipun Zaidi memang dah biasa jadi model kat iklan dan promosi kat majalah dan pamplet ofis aku. Macam yang Acaii ada cerita kat blog dia.

Terima kasih sekali lagi buat Zaidi dan Zaza serta keluarga. Moga ikatan yang dibina ini sampai ke akhir hayat.

untuk pertanyaan pekej dan quatation harga photografer

zakuanhasan.wordpress.com l 019-388 0575 l awemerahmerah@yahoo.com


8 thoughts on “Bertandang Zaidi & Zaza : Kuala Kubu Bharu

  1. Waaaaa cayalah awe🙂 nampaknya ko dah ada konfiden nak amik job sendiri. Pasni boleh bergerak lebih jauh lagi🙂 cantih weh tempat outdoor dia tu. Awe, nanti aku tunjuk camne aku shrapkan gambar kat web. Ko punye line tengah tu ada yang tak centre,hehehe. Nak kena beli iMac ni we,hehe

    1. Salam my Sensei, tergagap-gagap juga ambik gambar sorang2 ni Caii. Banyak lagi nak kene belajar nih. iMac?….hee..hee..heee…..kalau bonus 3 bulan lg leh la angkat..haa..haaa. tempat tu memang cantik Caii. Nanti ada masa kita gi nak tak?…pastu naik ke Freser terus…bercuti….

      Orait sensei nanti aku jumpa ko terima ilmu baru….terima kasih banyak2 deh.

  2. salam.. bestnyer tempat outdoor encik awe… kalu aku g tempat tu sambil outdoor sambil mancing kot… ekekeke… ok dah tu.. sket2 lagi ko kna bodek lebih2 sensei acaii tu… biar dia turunkan semua ilmu dia tu.. eheheh…

    Acaii : bila nak ajar aku plak??? ekeke..

    1. W’salam, wak Ajey. Lama x jumpo mu. Main bola lagi ko? Kami kat sini ngah sibuk berlatih bola padang ni. Moh join la padang bukit jelutong.
      Lain kali kita gi sana nak tak?..buat outing sambil mancing. Kat atas lagi ada jeram..leh mandi manda. Best..oooo….air dia…

      En Acaii ok jerr…ko yg lama tak datang jumpa kami kat sini…

    1. Salam…Cots. Siot je. Mana aku reti sain-sain ni. Cari saing aku reti la.
      Cots nak frenly bola ngan staf UPM bulih?….main kat padang UPM la. LZS mana ada padang
      Saje nak test budak zakat nak gi game kat melaka nanti

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s