Citer Result SPM

Semalam adalah hari keputusan SPM diumumkan. Tahniah buat yang cemerlang dan yang kurang cemerlang pun jangan bersedih. Berusaha lagi. Ada orang tu ambil SPM sampai 2,3 kali baru berjaya. Masih teringat aku hari aku ambil keputusan SPM dulu. Dari malam tak dapat tidur. Berdebar-debar. Belum azan subuh berkumandang pun aku dah siap mandi.


Teaser Majlis Akad Nikah Fadzil & Siti Noraini, Ampang

Pagi-pagi lagi aku dah bersiap-siap nak ke sekolah. Tak sabar nak ambik ‘result’ SPM hari tu. Maklumlah aku rasa aku dah berusaha habis-habisan. Tinggal tengok keputusan je lagi. Aku ingat lagi sebelum ayah hantar aku terus ke sekolah hari tu, aku mintak ayah singgah sekejap kat kubur ‘arwah’ mak. Aku singgah sekejap. Membaca al-fatihah dan sekelumit doa. Dulu aku pernah janji dengan ‘arwah’ mak yang aku akan jadi salah sorang anaknya yang akan menjejak kaki ke Universiti. Sesudah selesai ayah terus membonceng aku ke sekolah. Ayah menunggu di luar pagar. macam biasa ayah tak suka masuk ke sekolah. Segan katanya. Tak pe aku mintak ayah menunggu dan doakan yang terbaik untuk aku pagi tu.

Akhirnya aku berjaya dengan izin Allah. Berkat doa ayah. Mungkin ‘arwah’ mak masa hayatnya jua tidak pernah henti mendoakan kami adik beradik supaya berjaya. Aku berjaya menjadi salah sorang pelajar cemerlang sekolah. Aku rasa air mata aku menitis bila cikgu aku peluk aku dan ucap tahniah. Aku rasa terus nak berlari untuk dapatkan ayah di luar pintu pagar sekolah. Tapi aku segan pulak nak berlari. Jadi aku jalan cepat-cepat mendapatkan ayah. Kawan-kawan yang bertanya pun aku tak jawab apa ‘result’ aku. Aku nak ayah jadi insan pertama selepas cikgu aku melihat keputusan itu.

Ak masih ingat bila aku tunjuk keputusan itu kat ayah. Ayah aku terus tanya. “Kenapa sikit sangat nombornya?” aku tersenyum. Aku tahu ayah tak faham argregat keputusan SPM. Jadi aku kena terngakan kat ayah.Barulah ayah senyum dan ucap tahniah kat aku. Hari tu aku dibelanja makan AFC bukan KFC. Masa tahun 97 tu kat tempat aku mana ada KFC lagi. AFC ni pun kira macam KFC la. Kalau dapat makan kira bertuah la. Terima kasih ayah dan pak cik aku yang belanja hari tu. Tak terbalas jasa ayah.

Sebelum pulang ke rumah sekali lagi aku singgah kat kubur ‘arwah’ mak. Aku bawa ‘result’ untuk mak. Macam aku janji masa ‘arwah’ mak masih ada dulu. Terima kasih buat semua. Hari ni aku pula yang akan diberi tanggungjawab untuk anak-anak aku. Dapatkah aku jadi macam ayah aku. Moga aku diberi kekuatan.

Nota: Al-fatihah buat arwah mak


6 thoughts on “Citer Result SPM

  1. Salam Sensei, tima kasih banyak2 atas pembelajaran ngan ko. Ni gambar terus dari kamera ni.
    Pengalaman ambik SPM memang mendebarkan hati….mujur result ok.

  2. sedih kawe dengar kisoh demo zek.ore yg xde pengalaman xkan raso apo yg demo rase.boleh buat lagu la pulok zek.sambungan bangkit asal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s